08/06/2026
Hippotherapy atau Terapi Kuda Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Mesti ramai mak bapa dan guru biasa dengar pasal terapi berkuda atau hippotherapy untuk anak istimewa.
Tapi, ramai yang salah faham ingat asal bawa anak naik kuda pusing-pusing taman tu dah dikira hippotherapy.
Bukan semudah itu nak claim hippotherapy.
S**a saya nak perbetulkan persepsi ni sebab naik kuda biasa dengan hippotherapy adalah dua benda yang jauh berbeza.
Kalau setakat naik kuda pusing taman, itu dipanggil therapeutic riding atau tunggangan santai.
Matlamatnya lebih kepada belajar kemahiran menunggang kuda.
Hippotherapy p**a adalah satu strategi rawatan perubatan yang dijalankan oleh terapis bertauliah seperti Terapi Cara Kerja, Fisioterapi atau Terapi Pertuturan.
Dalam sesi ini, terapis menggunakan pergerakan semula jadi kuda untuk hantar input sensori dan motor yang sangat spesifik kepada tubuh anak murid.
Kuda yang digunakan untuk hippotherapy pun bukannya kuda biasa yang kita boleh tangkap kat mana-mana sahaja.
Kuda itu sendiri kena dilatih terlebih dahulu secara intensif sebelum boleh terlibat dalam sesi terapi.
Ada beberapa sebab kenapa kuda hippotherapy ni sangat istimewa.
Pertama, kuda tersebut dilatih untuk mempunyai rentak berjalan yang sangat stabil dan konsisten.
Pergerakan pelvis kuda semasa berjalan sebenarnya melambangkan pergerakan pelvis manusia semasa kita berjalan tegak.
Jadi bila anak duduk atas kuda tersebut, otak mereka akan terima isyarat seolah-olah kaki mereka sendiri yang tengah berjalan dengan betul.
Kedua, kuda terapi kena melalui latihan penyahpekaan atau desensitization yang sangat ketat.
Kita sedia tahu murid berkeperluan pendidikan khas kadangkala boleh menjerit tiba-tiba, mengepak tangan, atau melakukan pergerakan drastik akibat bebanan sensori.
Kuda biasa akan terkejut dan mungkin melompat, tetapi kuda hippotherapy telah dilatih untuk kekal tenang dan tidak panik dengan sebarang bunyi bising atau pergerakan mengejut daripada anak.
Ketiga, kuda tersebut dilatih untuk bertindak balas dengan sangat sensitif terhadap arahan terapis yang mengawalnya di bawah, bukannya bergantung kepada tunggangan anak di atas.
Jika cikgu nak masukkan elemen hippotherapy ni dalam RPI murid, ini antara fokus kefungsian yang kita boleh sasarkan.
1. Latihan kekuatan otot teras dan keseimbangan badan
Untuk buat assessment ini, biasanya kena ada consultant physician bertauliah yang ada latar belakang medical.
Senang cerita, doktor perubatan lah ya. Jangan main-main dengan perkara ini.
Pastikan orang yang buat assessment anak kita nak buat hippotherapy adalah betul dan tepat orangnya.
Kalau lulus assessment. Boleh teruskan dengan hippotherapy.
Bila anak duduk atas pergerakan kuda yang bergerak ke depan, belakang, dan sisi, otot teras badan mereka terpaksa bekerja keras untuk kekal tegak.
Ini sangat bagus untuk anak yang ada isu otot lembik atau hipotonia supaya postur badan mereka lebih sedia untuk duduk belajar di sekolah.
2. Regulasi sensori dan tumpuan
Pergerakan naik turun dan ritma berjalan kuda memberikan input vestibular dan proprioceptive yang sangat kuat.
Input ini akan membantu menenangkan sistem saraf anak yang hiperaktif supaya mereka lebih fokus dan tenang selepas tamat sesi.
3. Koordinasi motor dan kesedaran ruang
Sambil kuda berjalan membelok atau melalui laluan berbeza, anak belajar merancang pergerakan badan mereka untuk ikut ritma kuda tersebut.
Ini melatih kemahiran perancangan motor mereka dengan sangat baik.
Kesimp**annya, hippotherapy ni adalah satu sains terapi yang sangat mendalam dan memerlukan kepakaran tinggi, bukannya sekadar aktiviti rekreasi naik kuda hujung minggu.
Bila kita faham beza ini, barulah kita boleh buat pilihan intervensi yang tepat dan selamat untuk anak berkeperluan pendidikan khas kita.
Sinergi kepakaran terapis dan latihan haiwan yang hebat mampu membuka potensi fizikal anak.
Tahun ini, tahun kita
“Guru Bitara, Nadi Negara”
Kredit : Dr. Mahfuzah Zainol Mahfuzah Zainol
Occupational therapist KPM
Guru Pendidikan Khas KPM
Handwriting Specialist HWT 2021-2024
Sensory Integration Certified 2019
Rehabilitasi Pendidikan Khas
Gambar itu adalah sesi hippotherapy dikendalikan oleh Green Apple Hippotherapy di Pusat Equine Putrajaya.