I-Medik Terengganu

I-Medik Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from I-Medik Terengganu, Doctor, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: 9 November 2022.Bengkel   Zon Pantai Timur telah berjaya dianjurkan di Permai Hotel dengan kehadiran h...
15/11/2022

KUALA TERENGGANU: 9 November 2022.

Bengkel Zon Pantai Timur telah berjaya dianjurkan di Permai Hotel dengan kehadiran hampir 150 peserta dari agensi-agensi kerajaan, NGO, persatuan dan orang perseorangan dari sekitar negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Bengkel ini yang merupakan program nasional anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ini telah dijayakan dengan kerjasama WAFIQ dan I-Medik Terengganu.

Program kali ini telah dirasmikan oleh Puan Hasmaryanti binti Kamaruzzaman, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Kelantan, KPWKM. Beliau menjelaskan peranan besar KPWKM dalam menyokong dan membantu wanita di dalam keluarga dan komuniti melalui pelbagai program. Antaranya adalah penubuhan Skuad Waja untuk membantu wanita dalam isu keganasan rumahtangga. Beliau menekankan peri pentingnya menganjurkan bengkel kemahiran seperti ini untuk terus memperkasa wanita di dalam negara. Selain itu, bengkel ini turut dihadiri oleh Presiden WAFIQ, Prof. Dr Rafidah Hanim binti Mokhtar dan Prediden I-Medik, Prof. Dr Azizi bin Ayob.

Sesi pertama berkenaan Kesihatan Mental Wanita telah disampaikan oleh Dr Hanisah binti Mohd Noor, yang merupakan Pensyarah Perubatan Psikiatri dan Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau telah menyampaikan berkenaan kepentingan wanita untuk mengetahui penjagaan kesihatan mental dalam menguruskan kehidupan seharian kerana merekalah tunggak keluarga dan masyarakat. Terdapat beberapa bentuk penyakit mental dan gejala yang mesti diketahui agar golongan wanita boleh mendapatkan pengesahan dan rawatan awal.
Sesi kedua p**a berkenaan Bantuan Asas Psikologi yang disampaikan oleh Dr Izyan Syazwani binti Khairuddin, Pakar Perubatan Psikiatri dari Hospital Raja Perempuan Zainab I, Kota Bharu, Kelantan. Sepertimana bantuan kecemasan, bantuan asas psikologi atau psychological first aid (PFA), adalah suatu kemahiran baharu yang perlu dipelajari bagi berdepan dengan pelbagai situasi stres dan mencabar hari ini. PFA biasa dikaitkan dengan mangsa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi. Kemahiran asas PFA seperti Look, Listen and Link ditekankan agar para s**arelawan dapat mahir mengendalikannya apabila berdepan dengan mangsa-mangsa ini.

Sesi ketiga p**a adalah sesi praktikal PFA yang dikendalikan oleh Dr Muna Hamiza binti Asiff, Pensyarah Perubatan Piskiatri, Fakulti Perubatan UniSZA. Berkongsi pengalaman beliau sebagai s**arelawan banjir di Kuala Berang awal tahun ini, beliau menekankan betapa pentingnya membina hubungan (rapport) dahulu dengan mangsa sebelum mendengar dan mengambil tahu masalah mereka. Konsep 6M iaitu mendekati, menstabilkan, membantu, memaklumkan, menyokong dan menghubung dijelaskan lagi dengan penglibatan peserta-peserta yang menjawab soalan ditanyakan sepanjang sesi ini.

Secara keseluruhannya, program Bengkel HealHer Zon Pantai Timur telah berjaya mencapai objektif memberikan pendedahan berkenaan kesihatan mental wanita dan bantuan asas psikologi kepada peserta-peserta. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian dan semasa bertugas sebagai s**arelawan.

10/04/2022

Jangan lupa hari ini
Sembang Ramadhan anjuran I-Medik Perak.

Jumpa anda nanti!!

🗓Tarikh : 10 April 2022
⏰Masa : 10 -11:30 pagi
🎥Medium : FB Live I-Medik
Klik pada pautan ini
https://www.facebook.com/imedikpusat/

Ingin menjadi ahli I-Medik? Daftar di 👇🏼
https://bit.ly/3kvEP8h

Anda berminat untuk menyumbang kepada I-Medik? Klik di
https://cloud.raudhahpay.com/quickpay/default/quickpay-payment?id=2645

https://www.facebook.com/imedikpusat/

I-Medik adalah pertubuhan yang berdaftar di bawah ROS dan ahli Malaysia Council of To***co control

22/08/2021
08/07/2021

Kita faham perasaan ibu yang dijangkiti Covid-19, yang ingin masih menyus**an bayinya.

Berikut merupakan apa yang perlu para ibu lakukan semasa menyus**an bayi.

💡💡💡💡💡

Daftar vaksin di vaksincovid.gov.my untuk melindungi diri anda dan orang tersayang.

06/07/2021

Rupanya ada yang silap faham. Mendaftar di MySejahtera sahaja belum lagi menyempurnakan urusan pendaftaran vaksin anda. Bagi yang ada ibu ayah atau kenalan, pastikan mereka mendaftar di

vaksincovid.gov.my
vaksincovid.gov.my
vaksincovid.gov.my

06/07/2021

Pegawai Farmasi Saudari Raudhah Khairiah Muhamad menasihati orang ramai agar cakna terhadap orang sekeliling terutama sekali warga emas untuk mereka mendaftar sebagai penerima vaksin. Bantu mereka seadanya.

06/07/2021

Kadang-kadang ibu ayah kita ni lebih s**a dan percaya 'group sebelah' kan? Walaupun anaknya sendiri doktor, jururawat atau bekerja dalam sektor kesihatan.

Apa-apa pun cuba lagi. Rujuk tip-tip yang kami berikan, mana tahu berkesan.

Daftar vaksinasi anda di vaksincovid.gov.my

01/07/2021

KENYATAAN MEDIA I-MEDIK: 5 CADANGAN SOLUSI ISU PETUGAS KESIHATAN KONTRAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

I-Medik mengikuti rapat perkembangan isu pegawai perubatan dan kakitangan kontrak KKM yang sedang hangat dibincangkan sejak akhir-akhir ini.

I-Medik berpandangan isu ini hendaklah diperhalusi oleh pihak kerajaan dan pihak bertanggungjawab yang boleh mengubah polisi berkaitan sistem kesihatan di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, I-Medik ingin mengambil perhatian pihak kerajaaan, khususnya Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan semua ahli parlimen untuk:

1. Mengambil langkah drastik dalam menangani isu lantikan perjawatan kontrak melibatkan semua pekerja sektor kesihatan dan perubatan awam iaitu: Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juru X-Ray Diagnostik dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dengan segera dan mengambilkira kebajikan mereka serta ahli keluarga yang terlibat.

2. Mengkaji semula terma-terma skim lantikan kontrak yang sedia ada, memperbaiki dan memberikan kemudahan kenaikan gaji dan manfaat yang sama dengan sektor swasta seperti sumbangan KWSP, caruman PERKESO dan perlindungan insurans pekerja (Employee Insurance Scheme).

3. Membuka peluang kerjaya latihan kepakaran (HLP) yang sama rata tanpa menghadkan status tetap atau lantikan kontrak perjawatan KKM dan mengiktiraf laluan kerjaya alternatif selain yang sedia ada.

4. Memberikan insentif industri profesional (Professional Industrial Incentive) kepada mana-mana organisasi, syarikat atau institusi yang memberi peluang pekerjaan berkaitan profesion ini tanpa menjejaskan peluang melanjutkan kepakaran di laluan kerjaya alternatif yang ada di Malaysia pada masa kini (Atypical career pathway initiative).

5. Kerajaan digesa membuka semula peluang lantikan tetap pakar di hospital-hospital di bawah KKM walaupun individu tersebut berada di luar sistem KKM semasa melanjutkan kepakaran mereka.
Saranan-saranan ini pastinya menuntut penilaian semula kepada sistem kesihatan negara yang merupakan nadi utama kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

Sebarang perubahan seharusnya mengambil kira faktor kelestarian sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang adil dan menyeluruh buat semua rakyat Malaysia.

I-Medik ingin mencadangkan sebuah jawatankuasa bebas melibatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan berkepentingan (stakeholder) diwujudkan bagi tujuan penilaian ini.

I-Medik terbuka untuk menyumbang saran dan bekerjasama dengan kerajaan serta mana-mana pihak bagi memperbaiki sistem kesihatan negara ke arah yang lebih baik.

Prof. Dr Azizi bin Ayob
Presiden
Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
2 Julai 2021

Address

Jalan Sultan Mahmud
Kuala Terengganu
20400

Telephone

013-3118969

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I-Medik Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category