03/04/2023
Apakah Program Iltizam Selangor Sihat (ISS)?
ISS merupakan program perlindungan kesihatan rakyat yang ditambah baik menggantikan skim insurans sedia ada iaitu Skim Peduli Sihat.
Dianggarkan seramai 100,000 penerima serta keluarga berdaftar bakal menerima manfaat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor ini.
Kriteria Permohonan
Warga Selangor yang berminat untuk memohon perlulah menepati kriteria yang ditetapkan seperti berikut :
Merupakan warganegara Malaysia
Calon merupakan pemilih / pengundi dan menetap di Selangor (Bermastautin lebih 10 tahun di Selangor)
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 (Keluarga) atau RM2,000.00 (Individu)
Calon perlu sertakan salinan Kad OKU (sekiranya berkenaan)
Langkah permohonan & dokumen yang diperlukan:
1. Borang permohonan (boleh muat turun di web https://pedulisihat.com/…/membership_registration_forms…
2. Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip Gaji/ Akuan Sumpah jika tiada pendapatan/ salinan e-Kasih https://ekasih.icu.gov.my/…/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx, salinan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
3. Salinan Semakan Pengundi di laman web SPR https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih
4. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon & Ahli Keluarga)
5. Salinan Kad OKU (Kategori OKU)
6. Salinan Ahli SMUE (Skim Mesra Usia Emas) untuk warga emas http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php
7. Dokumen jika ada penyakit kronik yang menunjukkan ahli keluarga sering memerlukan rawatan (Contoh: asma, sakit jantung atau sawan).
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Skim Peduli Sihat boleh hubungi kami di talian
03-32898063
https://sraklinik.wasap.my
https://sraklinik.wasap.my
https://sraklinik.wasap.my
Alamat kami:
No 2 & 3-GF, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor, Selangor
(Berhadapan JPJ Kuala Selangor)
Waktu operasi
Isnin - 8 pagi : 10 malam
Selasa - Sabtu : 8 pagi - 6 petang
Tutup : Khamis/Ahad/Cuti umum