Klinik Rahim, Hamzah, Halim & Razali

Klinik Rahim, Hamzah, Halim & Razali "Menyantuni Pesakit"

&Razali


𝑷𝑬𝑴𝑬𝑹𝑰𝑲𝑺𝑨𝑨𝑡 𝑲𝑬𝑺𝑰𝑯𝑨𝑻𝑨𝑡 𝑯𝑨𝑱𝑰/𝑼𝑴𝑹𝑨𝑯 2024Alhamdulillah dan tahniah kepada yang layak bagi menunaikan haji pada tahun ini 144...
12/02/2024

𝑷𝑬𝑴𝑬𝑹𝑰𝑲𝑺𝑨𝑨𝑡 𝑲𝑬𝑺𝑰𝑯𝑨𝑻𝑨𝑡 𝑯𝑨𝑱𝑰/𝑼𝑴𝑹𝑨𝑯 2024

Alhamdulillah dan tahniah kepada yang layak bagi menunaikan haji pada tahun ini 1446H/2024. Pihak klinik berbesar hati ingin membantu dan membimbing tuan/puan iaitu bakal tetamu Allah untuk melakukan pemeriksaan haji.

Semuanya lengkap dan diperiksa oleh doktor yang bertauliah.
Jemaah hanya perlu bawa:
1. Surat Tawaran Haji
2. Buku Pemeriksaan Haji
3. Ubat-ubatan jika ada penyakit.

Kami akan menyediakan buku sijil vaksin sekiranya mengambil suntikan vaksin Meningococcal di sini. Segala urusan berkenaan dengan pemeriksaan haji hendaklah booking terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan, boleh hubungi kami di talian 09-6622949 (cawangan Batu 6) & 09-6223621 (cawangan Jalan Sultan Omar).

We're Hiring !!! πŸ“£Mencari seorang STAFF NURSE / MEDICAL ASSISTANT.Ciri-ciri yang dicari:β€’ Berusia antara 22 - 35 tahunβ€’ ...
27/08/2023

We're Hiring !!! πŸ“£

Mencari seorang STAFF NURSE / MEDICAL ASSISTANT.

Ciri-ciri yang dicari:

β€’ Berusia antara 22 - 35 tahun

β€’ Boleh bekerja shift

β€’ Menepati masa

β€’ Fresh graduate adalah dialu-alukan

Sekiranya berminat, boleh hantar resume anda ke email [email protected] sekarang 😊

02/04/2022

Salam Ramadhan πŸ₯°
Waktu operasi klinik :
Siang: 8am hingga 3pm
Malam : 8.15 pm hingga 10.15 pm

28/07/2021

Hepatitis B (HBV) merebak melalui cecair tubuh seperti darah dan air mani.

Tanda-tanda untuk semua jenis hepatitis adalah sama iaitu:

1. merasa letih
2. kurang selera makan
3. loya
4. muntah
5. sakit perut (abdomen)
6. warna kuning pada mata putih dan kulit (Jaundis)
7. air kencing berubah warna menjadi warna teh
8. warna najis berubah pucat atau warna tanah liat.

Rujuk langkah-langkah pencegahan seperti yang tertera di dalam infografik.

28/07/2021

Ivermctn mesti Mengikuti Proses Kelulusan Standard Malaysia

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) sangat menyokong proses saintifik dan peraturan semasa meluluskan ubat-ubatan di Malaysia. Seperti ubat-ubatan lain, proses yang sama dan standard tinggi perlulah dilalui oleh Ivermctn.

Proses saintifik dengan standard yang tinggi adalah asas "Evidence-Based Medicine". Ini adalah kaedah asas bagi profesional kesihatan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pesakit.

Kami menggesa perkara berikut:
1. Mengatasi penjualan Ivermctn di pasaran haram atau gelap.
Pada masa ini, Ivermctn tidak diluluskan untuk penggunaan manusia di Malaysia. Namun, kerana tuntutan palsu atau mengelirukan di media dan media sosial, kini terdapat pasaran gelap aktif yang menjual Ivermctn yang tidak berlesen dan berpotensi berbahaya.

Ivermctn dari bekalan haiwan atau sumber yang tidak diketahui dijual dengan harga yang sangat tinggi. Kami menyokong tindakan membanteras Ivermctn yang tidak sah atau gelap, kerana kami menyokong preskripsi ubat yang selamat untuk semua rakyat Malaysia.

2. Luluskan Ivermctn hanya melalui proses NPRA.
Terdapat tekanan yang besar diberikan kepada Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM untuk segera meluluskan Ivermctn. Beberapa pendesak ivermctn bahkan meminta ia segera "diedarkan secara besar-besaran" untuk mengelakkan C19.

Kami menyakini proses kerja NPRA iaitu tiada campur tangan politik atau masyarakat. Maka, Ivrmctn mesti diluluskan berdasarkan bukti saintifik perubatan. Ivermctn tidak boleh disetujui berdasarkan "permintaan popular" atau laporan polis.

Tidak ada negara yang meluluskan Ivermctn untuk merawat atau mencegah C19, termasuk Agensi Ubat Eropah atau Pentadbiran Makanan & Dadah Amerika Syarikat.

3. Hanya gunakan ivermctn dalam ujian klinikal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menasihatkan bahawa Ivermctn hanya boleh digunakan dalam ujian klinikal. Di Malaysia, kajian I-TECH sedang berlangsung pada pesakit C19 berisiko tinggi, dan hasilnya diharapkan pada bulan Januari 2022.

Sekiranya terdapat data yang kuat mengenai Ivermctn, maka harus dipersetujui untuk digunakan melalui proses dan standard yang ditetapkan NPRA.

Sementara itu, penggunaan Ivermctn untuk mengubati diri sendiri atau di luar label(off-label) boleh membahayakan dan boleh menggangu Program Imunsasi C19 Kebangsaan. Kami sangat yakin bahawa vksin jauh lebih berkesan untuk mencegah C19 daripada Ivermctn

Sebagai profesional kesihatan, kita mempunyai kewajipan untuk melindungi kesihatan Rakyat. Kita mesti hormat dengan undang-undang dan proses saintifik untuk meluluskan ubat-ubatan di Malaysia. Kami memperjuangkan penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan berdasarkan bukti, dan kami menentang penggunaan ubat-ubatan yang tidak sah, tidak selamat atau mengelirukan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC)
Senarai Tandatangan Penuh di myhealthcoalition.org.

Penyataan di atas telah diterjemahkan oleh PHM. Untuk merujuk penyataan asal di dalam Bahasa Inggeris, anda boleh layari laman web MHC seperti di atas.

Infografik oleh PHM.

24/07/2021

KRHHR CAWANGAN JALAN SULTAN OMAR
BUKA PADA MALAM INI IAITU 24/7/2021
PUKUL
8PM HINGGA 10PMπŸ₯°

Address

Jln Sultan Omar
Kuala Terengganu
20300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
20:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 16:30
20:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 16:30
20:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 16:30
20:00 - 22:00
Friday 20:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 16:30
20:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 16:30
20:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Rahim, Hamzah, Halim & Razali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Rahim, Hamzah, Halim & Razali:

Share

Category