Sektor Kesihatan Keluarga JKNT

Sektor Kesihatan Keluarga JKNT Aktiviti dan program melibatkan sektor kesihatan keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

10/08/2026
BENGKEL PEMURNIAAN PELAN TINDAKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN WARGA EMAS JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU 202628 - 29 Jula...
02/08/2026

BENGKEL PEMURNIAAN PELAN TINDAKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN WARGA EMAS JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU 2026

28 - 29 Julai 2026 :- Bengkel Pemurnian Pelan Tindakan Warga Emas Peringkat Negeri telah diadakan di Tingkat 1, Wisma Kokitab, Kuala Terengganu.

Objektif bengkel adalah bagi membentuk pelan tindakan yang bersepadu dengan mengambil kira faktor-faktor isu warga emas masa kini dan akan datang selaras dengan keperluan semasa serta kolaborasi bersama agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan.

Bengkel dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Tuan Timbalan Pengarah Kanan (Kesihatan Awam), Dr Mohd Anuar bin Abd Rahman.

Slot kemudian diteruskan dengan pengenalan senario dan profil semasa warga emas di Malaysia dan juga di Negeri Terengganu yang disampaikan oleh Dr Nur Akmal binti Ismail, selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan I (Keluarga), Sektor Kesihatan Keluarga, JKNT.

Seterusnya, dibahagikan kumpulan antara peserta mewakili setiap teras strategi yang diwujudkan. Perbincangan dalam kumpulan dilanjutkan bagi melengkapkan setiap strategi yang dibentuk.

Pada hari kedua, diadakan pembentangan laporan lawatan teknikal ke Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memfokuskan kepada pelaksanaan program Kesihatan Warga Emas di Sarawak yang telah disampaikan oleh Dr Farhan Aizuddin bin Mohamad Noor, Penolong Pengarah Kanan III (Keluarga) Sektor Kesihatan Keluarga, JKNT.

Seterusnya, diikuti oleh slot "Draft Proposal Promoting Active Community Eldercare (PACE)", yang disampaikan oleh Dr Nur Baiti binti Yusoff, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kuala Kemaman.

Bengkel ini dihadiri oleh wakil dari sektor-sektor yang terlibat termasuk pakar pergigian kesihatan awam dan pakar psikiatri (Geriatrik). Selain itu, bengkel juga turut dihadiri oleh wakil dari profesion yang menjaga program merangkumi pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai sains pemakanan, pegawai fisioterapi, pegawai dietitik dan jurupulih perubatan carakerja sebagai ahli bengkel.

Semoga pelan tindakan yang diwujudkan bertepatan dengan aspirasi Dasar Kesihatan Warga Emas Negara seterusnya memainkan peranan penting sebagai panduan kepada pelaksanaan Program Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas di Negeri Terengganu.



KURSUS TRAINING FOR TRAINERS ON APPROACH TO UNWELL CHILDREN UNDER 5 YEARS (ATUCU-5) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 Pad...
21/07/2026

KURSUS TRAINING FOR TRAINERS ON APPROACH TO UNWELL CHILDREN UNDER 5 YEARS (ATUCU-5) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

Pada 19- 20 Julai 2026, Sektor Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah menganjurkan Kursus Training for Trainers on Approach to Unwell Children Under 5 Years (ATUCU-5) Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Pejabat KEMAS Setiu, Bandar Permaisuri, Terengganu.

Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memantapkan kemahiran dan pengetahuan anggota kesihatan di lapangan dalam pengendalian kes kanak-kanak bawah umur 5 tahun yang tidak sihat di fasiliti kesihatan primer seluruh Terengganu. Seramai 81 orang peserta yang terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan, Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat dan Penolong pegawai perubatan dari semua daerah telah menghadiri kursus ini.

Kursus ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Nurnajayati binti Omar, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kesihatan Keluarga) JKNT.

ANTARA MODUL & TOPIK UTAMA:

๐Ÿฉบ Tanda Bahaya Umum & Pengurusan Bayi Muda (Young Infant) โ€“ Disampaikan oleh Dr. Zahrni binti Muda (Pakar Perunding Perubatan Keluarga, KK Kuala Dungun).

๐ŸŒก๏ธ Penilaian & Pengurusan Demam, Cirit-Birit & Jangkitan Tempatan โ€“ Disampaikan oleh Dr. Nini Shuhaida binti Mat Harun (Pakar Perubatan Keluarga, KK Batu 2 1/2).

๐Ÿซ Penilaian Batuk & Kesukaran Bernafas โ€“ Disampaikan oleh Dr. Zahrni binti Muda (Pakar Perunding Perubatan Keluarga, KK Kuala Dungun).

๐Ÿ’‰ Imunisasi, Penggunaan Buku Rekod Kesihatan, Malnutrisi & Anemia โ€“ Disampaikan oleh Dr. 'Athirah Az-Zahra' binti Abu Bakar (Pakar Perubatan Keluarga, KK Marang).

๐Ÿ”„ Sesi Drills & Latihan Praktikal bagi menguji tahap kesiapsiagaan anggota kesihatan di lapangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah, urusetia, serta seluruh peserta atas komitmen berterusan bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan kanak-kanak sentiasa di tahap terbaik.


๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’!Tahniah diucapkan kepada Sektor Kesihatan Keluarga atas penglibatan dan kejayaan memben...
11/07/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’!

Tahniah diucapkan kepada Sektor Kesihatan Keluarga atas penglibatan dan kejayaan membentangkan e-poster di 9th Asia Pacific Conference on Public Health (APCPH) 2026 yang telah berlangsung pada 6 hingga 8 Julai 2026 bertempat di DoubleTree by Hilton, Johor Bahru, Malaysia.

Lebih membanggakan, delegasi Sektor Kesihatan Keluarga telah berjaya menghantar dan mengetengahkan DUA (2) e-poster hasil kajian dalam bidang kesihatan keluarga, yang bertajuk:

๐Ÿ“Œ Content and Face Validity of Knowledge, Attitudes And Practices (KAP) Questionnaire on Measles and Immunisation

๐Ÿ“Œ Knowledge, Attitude and Practice Survey on Measles and Immunisation among Parents in an East Coast Peninsular State 2025

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat dan inspirasi untuk terus aktif dalam bidang penyelidikan demi memartabatkan perkhidmatan kesihatan awam khususnya kesihatan keluarga.

Teruskan kecemerlangan!



๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐€๐’๐ˆ๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐Œ๐„๐‘ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”30 Jun - 1 Jul...
11/07/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐€๐’๐ˆ๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐Œ๐„๐‘ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

30 Jun - 1 Julai 2026 - Kursus Pengukuhan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas di Fasiliti Kesihatan Primer Peringkat Negeri telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Dungun, Terengganu.

Objektif kursus adalah untuk memperkasa anggota kesihatan bagi pelaksanaan perkhidmatan kesihatan warga emas yang bersepadu serta melahirkan pasukan yang berkemahiran di lapangan.

Kursus dimulakan dengan kata alu-aluan, pengenalan kepada Halatuju Program Kesihatan Warga Emas di Malaysia dan juga negeri Terengganu yang disampaikan oleh Dr. Nurnajayati binti Omar, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keluarga), Sektor Kesihatan Keluarga, JKNT.

Seterusnya, slot pencapaian Kesihatan Warga Emas telah disampaikan oleh Dr Farhan Aizuddin bin Mohamad Noor, Penolong Pengarah Kanan III (Keluarga) Sektor Kesihatan Keluarga, JKNT, diikuti dengan slot pengisian reten yang disampaikan oleh Pn Suria binti Salleh selaku Penyelia Jururawat yang menjaga program.

Slot How to Start Geriatric Community Clinic dan The role of Geriatric Community Clinic masing- masing disampaikan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Dr Zaleha Binti Jusoh dan Dr Nur Baiti binti Yusof.

Sebanyak 6 tajuk pembentangan telah disampaikan oleh wakil dari setiap profession termasuk Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Pakar Psikiatri (Geriatrik), Pegawai Sains Pemakanan, Pegawai Fisioterapi, Jurupulih Perubatan Cara Kerja dan Pegawai Farmasi selaku penceramah.

Semoga pengetahuan dan perancangan aktiviti daripada kursus pengukuhan selama dua hari ini dapat memantapkan lagi gerak kerja Program Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas di Negeri Terengganu.



๐Ÿ’‰ ๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ & ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐•๐€๐Š๐’๐ˆ๐ ๐ˆ๐๐…๐‹๐”๐„๐๐™๐€! ๐Ÿ’‰Tahukah anda bahawa jangkitan influenza boleh membawa padah ya...
30/06/2026

๐Ÿ’‰ ๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ & ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐•๐€๐Š๐’๐ˆ๐ ๐ˆ๐๐…๐‹๐”๐„๐๐™๐€! ๐Ÿ’‰

Tahukah anda bahawa jangkitan influenza boleh membawa padah yang serius, terutamanya kepada golongan berumur dan mereka yang mempunyai penyakit kronik? Jangan ambil mudah!

Kenapa anda perlu ambil vaksin ini?

โœ… Mengurangkan risiko komplikasi berbahaya seperti radang paru-paru (pneumonia), kegagalan pernafasan, serangan jantung, dan strok
โœ… Menurunkan kadar kemasukan ke hospital dan risiko kematian akibat jangkitan yang teruk
โœ… Mencegah kemerosotan penyakit kronik sedia ada seperti kencing manis (diabetes), darah tinggi, asma, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang daripada menjadi lebih teruk

Siapa yang layak menerima Vaksin Influenza 2026?

๐Ÿง“ Warga emas berumur ๐Ÿ”๐ŸŽ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž ๐š๐ญ๐š๐ฌ layak menerima vaksin tanpa sebarang syarat
๐Ÿง‘ Individu berumur ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž ๐š๐ญ๐š๐ฌ yang mempunyai ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ -๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐š ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐ค๐จ๐ฆ๐จ๐ซ๐›๐ข๐๐ข๐ญ๐ข seperti diabetes, penyakit pernafasan, penyakit jantung, obesiti (BMI>30), hipertensi, dislipidemia, penyakit buah pinggang, atau kanser

Bagaimana cara nak dapatkan vaksin?

Sangat mudah!
๐Ÿ“ฑ ๐€๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐ฒ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š: Tempah slot janji temu anda dengan mudah dan hadir ke fasiliti Klinik Kesihatan mengikut masa dan lokasi yang ditetapkan
๐Ÿ“ž ๐‰๐š๐ง๐ฃ๐ข ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฎ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ข ๐ค๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง: Anda boleh membuat tempahan janji temu terus di Klinik Kesihatan yang berhampiran dengan anda
๐Ÿšถ ๐‡๐š๐๐ข๐ซ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ (๐–๐š๐ฅ๐ค-๐ข๐ง): Anda juga boleh datang ke Klinik Kesihatan KKM terpilih, namun ia adalah tertakluk kepada ketersediaan stok vaksin harian

Jom ambil langkah bijak untuk kesihatan kita. Sebarkan info ini kepada ibu bapa, keluarga, dan rakan-rakan. Segera tempah janji temu anda hari ini! ๐Ÿ›ก๏ธ๐Ÿ’™




TAKLIMAT PENULISAN PELAPORAN KEMATIAN IBU & UNDER 5 & ICD - 11 NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026 17โ€“18 Mei 2026 โ€“ Taklimat Pe...
16/06/2026

TAKLIMAT PENULISAN PELAPORAN KEMATIAN IBU & UNDER 5 & ICD - 11 NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026

17โ€“18 Mei 2026 โ€“ Taklimat Pelaporan Kematian Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan bertempat di Dewan Utama, Tingkat 4, Wisma Kokitab, Kuala Terengganu.

Taklimat ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada setiap Pejabat Kesihatan Daerah yang terdiri daripada Pakar Kesihatan Keluarga, Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat serta pegawai Yang Menjaga (Y/M) MCH. Turut hadir ialah Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pakar Pediatrik, Pegawai Perubatan, Penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat dari hospital-hospital seluruh Negeri Terengganu.

Taklimat dimulakan dengan sesi pembentangan Garis Panduan dan Format Pelaporan SU5MR, diikuti sesi Pengekodan ICD-11 serta penerangan berkaitan format baharu kemasukan data menggunakan SPSS.

Pada hari kedua, taklimat diteruskan dengan pembentangan isu-isu berkaitan forensik dalam pelaporan dan penyiasatan kematian kanak-kanak serta maternal. Sesi โ€œClinical Perspective in Reviewing Maternal Deathโ€ turut disampaikan oleh Dr. Kamarul Azhar, Pakar Perunding O&G, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Taklimat diakhiri dengan sesi perbincangan isu-isu semasa di peringkat daerah dan hospital serta cadangan langkah penambahbaikan bagi menangani cabaran yang dihadapi di lapangan.

Diharapkan taklimat ini dapat meningkatkan kompetensi anggota kesihatan dalam memastikan pelaporan kematian dilaksanakan secara lebih berkualiti, sistematik dan berkesan.



LATIHAN PEMANTAPAN PROGRAM PERKHIDMATAN KESIHATAN LELAKI DI KLINIK KESIHATAN NEGERI TERENGGANU 202608 Jun 2026 โ€“ Program...
16/06/2026

LATIHAN PEMANTAPAN PROGRAM PERKHIDMATAN KESIHATAN LELAKI DI KLINIK KESIHATAN NEGERI TERENGGANU 2026

08 Jun 2026 โ€“ Program Latihan Pemantapan Perkhidmatan Kesihatan Lelaki Peringkat Negeri telah diadakan di Bilik Telepok, Muzium Negeri Terengganu.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan berkaitan penjagaan kesihatan lelaki, faktor risiko kesihatan serta penyakit dalam kalangan lelaki sebagai persediaan pelaksanaan program di Negeri Terengganu.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Nur Akmal binti Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan I (Keluarga), Sektor Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

Seterusnya, slot โ€œOverview Programmeโ€ telah disampaikan oleh Dr. Farhan Aizuddin bin Mohamad Noor, Penolong Pengarah Kanan III (Keluarga), Sektor Kesihatan Keluarga, JKNT.

Sebanyak lima tajuk pembentangan telah disampaikan oleh pakar-pakar kesihatan keluarga, iaitu Dr. Zainal Fitri bin Zakaria, Dr. Suhazeli bin Abdullah, Dr. Ahmad Dandarawi bin Ismail, Dr. Ahmad Afifuddin bin Abdullah dan Dr. Khairul Nazli bin Ramali.

Latihan ini turut diisi dengan slot tatacara pengisian e-Daftar PKL 101 menerusi tajuk โ€œReten Kesihatan Lelakiโ€ yang disampaikan oleh Puan Rohani binti Said, Penyelia Jururawat yang bertanggungjawab terhadap reten program, bagi memperkemas proses saringan serta pengumpulan data program.

Diharapkan program latihan ini dapat memperkukuh pelaksanaan Program Perkhidmatan Kesihatan Lelaki di Negeri Terengganu melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan perancangan aktiviti yang lebih berkesan.



12/05/2026

Semak Jadual Imunisasi Terkini 2026๐Ÿ’‰โœจ

Keutamaan ibu bapa adalah kesejahteraan anak-anak. Imunisasi bertindak sebagai langkah pencegahan proaktif, memberikan imuniti tanpa membiarkan anak terdedah kepada risiko penyakit berbahaya.

๐Ÿ“ Peringatan Mesra:

* Pastikan tarikh janji temu di klinik dipatuhi.
* Lengkapkan semua dos mengikut umur yang ditetapkan (dari lahir sehingga 15 tahun).
* Mencegah lebih baik daripada mengubati!

Jom jadi ibu bapa yang peka dan prihatin! โค๏ธ

LAWATAN PENYELIAAN SEKTOR KESIHATAN KELUARGA, JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU KE DAERAH MARANG TAHUN 20263 Mei 2026 ...
12/05/2026

LAWATAN PENYELIAAN SEKTOR KESIHATAN KELUARGA, JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU KE DAERAH MARANG TAHUN 2026

3 Mei 2026 โ€“ Lawatan Penyeliaan oleh Sektor Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah diadakan di Daerah Marang melibatkan Klinik Kesihatan Wakaf Tapai, Klinik Desa Bukit Perpat dan Klinik Desa Jerong Seberang.

Sesi ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan program serta mengadakan sesi libat urus bersama anggota kesihatan di lapangan. Selain itu, sesi ini turut memberi fokus kepada penilaian kualiti kerja anggota melalui pemerhatian aktiviti perkhidmatan, di samping menilai tahap pengetahuan dan kemahiran anggota dalam menjalankan tugas. Hasil penilaian ini dapat membantu penyelia merancang serta melaksanakan tindakan penambahbaikan yang bersesuaian bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

Sesi dimulakan dengan penerangan oleh pihak klinik, diikuti penilaian yang melibatkan skop penjagaan pra-kehamilan, penjagaan kesihatan ibu dan anak, serta subprogram yang merangkumi perkhidmatan kesihatan dewasa lelaki dan perempuan, perkhidmatan kesihatan remaja dan perkhidmatan kesihatan warga emas.

Diharapkan sesi penyeliaan dan pemantauan ini dapat memperkukuh keberkesanan pelaksanaan program di klinik kesihatan dan klinik desa dalam Daerah Marang, seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.



Address

Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Kuala
20920

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096222866

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Kesihatan Keluarga JKNT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sektor Kesihatan Keluarga JKNT:

Shortcuts

Share