26/08/2026
๐ข Pelarasan Harga Runcit Petroleum 27 Ogos 2026 - 2 September 2026
Harga runcit produk petroleum tanpa subsidi naik bagi tempoh 27 Ogos hingga 2 September 2026 seiring dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.
Ketidaktentuan mengenai pembukaan semula Selat Hormuz terus menimbulkan risiko gangguan bekalan minyak dunia, sekali gus memberi tekanan terhadap harga petroleum. Dengan itu, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara dalam tempoh terdekat.
Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 27 Ogos 2026 hingga 2 September 2026 adalah :
โฝ RON97 โฌ๏ธ 5 sen kepada RM4.30 seliter
โฝ RON95 tanpa subsidi โฌ๏ธ 5 sen kepada RM3.82 seliter
โฝ RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter
โฝ Petrol bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter
๐ Diesel โฌ๏ธ 5 sen kepada RM4.72 seliter
๐ Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal pada RM2.15 seliter
๐ Diesel (BUDI Diesel) kekal pada RM2.10 seliter
Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.