Nuur Centre

Nuur Centre Nuur Counselling & Training Centre
(Nuur Centre)

Book Now :
https://www.nuurcentre.com/tempah-sesi

✨ Salam Aidiladha daripada kami di Nuur Centre ✨Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan hati, mengeratk...
26/05/2026

✨ Salam Aidiladha daripada kami di Nuur Centre ✨

Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan hati, mengeratkan kasih sayang, dan menghidupkan semula nilai pengorbanan serta keikhlasan dalam diri kita semua. 🤍

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf Zahir & Batin 🌙🐄

24/05/2026

Isu jenayah seksual pedofilia bukan isu sekali berlaku, kemudian selesai. Kesan dia boleh terbawa sampai dewasa, in all aspects, psychologically, emotionally, socially, malah educationally.

Sebab itu, masyarakat kena faham isu ini dengan lebih matang dan evidence-informed, bukan sekadar react bila kes viral.

Ramai mangsa mengalami anxiety, depression, PTSD, rasa takut, malu dan rendah diri untuk tempoh yang sangat panjang. Ada yang nampak normal di luar, tetapi sebenarnya struggle untuk regulate emosi, trust orang lain dan rasa selamat dalam kehidupan harian.

Kesan sosial p**a sangat besar. Mangsa boleh berdepan isu hubungan interpersonal, social withdrawal dan kesukaran membina hubungan yang sihat. Dalam konteks Malaysia, stigma masyarakat kadang-kadang menyebabkan mangsa memilih untuk diam kerana takut dipersalahkan atau diaibkan.

Dari sudut pendidikan dan perkembangan kognitif, trauma boleh ganggu fokus, memori dan motivasi belajar. Bila kanak-kanak hidup dalam keadaan kelampau-waspadaan (hypervigilance) atau emotional distress yang berpanjangan, prestasi akademik dan perkembangan diri turut terjejas.

Recovery bukan berlaku secara automatik dengan “masa akan sembuhkan”. Mangsa perlukan trauma-informed support system daripada keluarga, sekolah, komuniti, kaunselor, sistem perundangan dan healthcare yang responsif.

Awareness sahaja tak cukup, mesti ada capacity, competency dan coordinated intervention. Kalau tak, trauma itu akan terus diwarisi secara senyap dalam masyarakat.

Sekadar berkongsi sedikit pandangan dan pengalaman. Terima kasih Sinar Harian menyiarkan ulasan saya tempoh hari.

Jemput baca di ruangan komen.

Mahirah A Rashid
Nuur Centre

SELAMAT HARI GURU 2026Guru bukan sekadar penyampai ilmu di dalam kelas, tetapi mereka adalah 'nadi' yang menggerakkan po...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026

Guru bukan sekadar penyampai ilmu di dalam kelas, tetapi mereka adalah 'nadi' yang menggerakkan potensi, membentuk emosi, dan membina jati diri masyarakat. Kerana seorang gurulah, lahirnya generasi yang berwawasan.

Terima kasih, Cikgu!

Selamat Hari Guru daripada kami di Nuur Counselling & Training Centre! Kepada semua guru (cikgu-cikgu, teachers, asatizah, para pensyarah dan semua para pendidik), moga terus cekal dan gembira dalam menabur bakti.

Kongsi rasa, cipta bahagia. 🥰

PENGURUSAN MINDA SIHAT : EMOSI TERJAGA, AKADEMIK BERJAYAHari ini bersama dengan anak-anak Tingkatan 4 & 5 daripada SMK M...
10/05/2026

PENGURUSAN MINDA SIHAT : EMOSI TERJAGA, AKADEMIK BERJAYA

Hari ini bersama dengan anak-anak Tingkatan 4 & 5 daripada SMK Megat Panji Alam. Di penghujung, banyak soalan yang dikirimkan melalui kertas-kertas, tanda banyak perkara yang sebenarnya ingin di ketahui oleh mereka.

Terima kasih atas kepercayaan kepada Nuur Centre untuk bawa program ini. Tahniah kepada semua yang terlibat, semoga bermanfaat!
____

Bagi yang ingin membuat tempahan ceramah / bengkel / seminar / kaunseling individu / kaunseling berpasangan / terapi kelompok boleh hubungi kami di talian :

+60 11-5782 3786
Admin Nuur Centre



Genggaman kecil ini adalah dunia bagi seorang ibu. Di sebalik setiap jari jemari kecil ini, ada doa yang tidak pernah pu...
10/05/2026

Genggaman kecil ini adalah dunia bagi seorang ibu. Di sebalik setiap jari jemari kecil ini, ada doa yang tidak pernah putus dan cinta yang tidak bertepi. Sekalipun genggaman kecil itu semakin dewasa, seorang ibu pasti akan tetap terus menggenggam erat jemari yang sama.

Selamat Hari Ibu buat semua wanita hebat yang sedang berjuang, mendidik dan mencintai tanpa syarat. ❤️

04/05/2026

💔 TOKSIK DARIPADA FAMILY SENDIRI? NAK BUAT CAMNA? 😣

Kadang kita boleh “clock out” dari kerja… tapi bukan dari keluarga.

Bila hubungan dalam keluarga jadi toksik, cabarannya lebih dalam sebab ia dekat di hati dan hadir hampir setiap hari.

Dalam video ni, kaunselor kongsikan 2 tips ringkas yang boleh dicuba untuk bantu lindungi emosi dan kekal sihat walaupun dalam situasi yang sukar. 🤍

Terima kasih Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM untuk posting ini.Jom kita ambil manfaat darinya 🥰
03/05/2026

Terima kasih Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM untuk posting ini.

Jom kita ambil manfaat darinya 🥰

Jangan Pendam Sendiri: Kesihatan Mental dalam Perspektif Islam

Kesihatan mental penting, dan Islam menekankan penjagaan jiwa selain ibadah zahir. Dalam menghadapi tekanan, jangan pendam bersendirian.

Amalan yang boleh diamalkan:

👉 Perbanyakkan doa & zikir
Seperti istighfar, tasbih dan selawat untuk menenangkan hati.

👉 Solat dengan khusyuk
Jadikan solat tempat “rehat” jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

👉 Baca & tadabbur Al-Quran
Ayat-ayat Allah memberi ketenangan dan panduan dalam menghadapi ujian.

👉 Rehat & jaga kesihatan fizikal
Tidur cukup, makan seimbang dan kurangkan keletihan.

👉 Luahkan perasaan
Berkongsi dengan orang dipercayai atau dapatkan bantuan pakar jika perlu.

👉 Amalkan husnuzon
Yakin setiap ujian ada hikmah dan bukan sia-sia.

Mendapatkan bantuan bukan kelemahan, tetapi usaha bijak menjaga amanah diri.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT.




"Stres je pun, buat apa nak jumpa kaunselor?"  "Tu semua mainan perasaan je. Jangan layan sangat."  "Orang lain pun ada ...
30/04/2026

"Stres je pun, buat apa nak jumpa kaunselor?"

"Tu semua mainan perasaan je. Jangan layan sangat."

"Orang lain pun ada masalah, tak lah over macam kau."

"Cuba jadi matang sikit."

"Orang yang ada masalah mental mesti iman dia lemah."

Kata-kata seperti ini bukan motivasi , bahkan menambahkan lagi luka.

Kata-kata boleh menyembuhkan, tapi juga boleh melukai. Berhati-hatilah dengan setiap apa yang kita ucapkan kerana ia mungkin akan bergema dalam fikiran seseorang selamanya.

Kesakitan mental itu real. Seperti sakit fizikal, perlukan rawatan dan masa untuk sembuh. Hentikan stigma dan buka ruang untuk faham. Sentiasa cakna dengan orang di sekeliling kita.

Hentikan stigma.
Mereka perlukan sokongan, bukan penghakiman.

27/04/2026
27/04/2026

STIGMA TERHADAP KESIHATAN MENTAL 🤔

Penting ke hapuskan stigma terhadap kesihatan mental ni? Agak-agak sebab apa perlu? Ke ok je kalau ada stigma ni? 🤔

Address

Kompleks Usahawan Terengganu, Kubang Jela
Kuala
21200

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00
Saturday 10:00 - 16:00
Sunday 10:00 - 16:00

Telephone

+601157823786

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nuur Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nuur Centre:

Share