Klinik Arif & Haizi Kuala Terengganu

Klinik Arif & Haizi Kuala Terengganu Private clinic
(1)

🏍️ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 πŠπ„ 𝐑𝐗𝐙 πŒπ„πŒππ„π‘ πŸ–.𝟎! 🏍️Selamat datang kepada semua rider dari seluruh pelosok negara yang hadir memeriah...
30/07/2026

🏍️ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 πŠπ„ 𝐑𝐗𝐙 πŒπ„πŒππ„π‘ πŸ–.𝟎! 🏍️

Selamat datang kepada semua rider dari seluruh pelosok negara yang hadir memeriahkan RXZ Member 8.0.

Semoga perjalanan anda dipermudahkan, sentiasa dilindungi dan selamat pergi serta selamat kembali ke pangkuan keluarga.

❀️ Ingat... di rumah ada insan yang sentiasa menanti kep**angan anda.

Sebelum memulakan perjalanan:
βœ… Pakai topi keledar yang betul
βœ… Pastikan motosikal berada dalam keadaan baik
βœ… Patuhi had laju dan undang-undang jalan raya
βœ… Jangan berlumba di jalan awam
βœ… Rehat jika mengantuk atau keletihan
βœ… Sentiasa bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain

Biar lambat asalkan selamat.
Perjalanan yang paling bermakna ialah apabila anda tiba di destinasi dan p**ang semula dengan selamat.

Daripada kami di Klinik Arif & Haizi, kami mengucapkan selamat berhimpun, semoga ukhuwah terus erat dan semoga semua rider sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

🏍️ Ride Smart. Ride Safe. Jumpa keluarga dengan senyuman. ❀️

πŸ“’ 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ ππ„π‘π“π”π†π€π’π—žπ—Ÿπ—œπ—‘π—œπ—ž 𝗔π—₯π—œπ—™ & π—›π—”π—œπ—­π—œ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨Nak jumpa doktor hari ini? Kami ADA! βœ…πŸ‘©β€βš•οΈ 𝑫𝒓 𝑡𝒐𝒐𝒓 π‘­π’‚π’“π’‰π’‚π’π’‚πŸ•˜ ...
30/07/2026

πŸ“’ 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒
π—žπ—Ÿπ—œπ—‘π—œπ—ž 𝗔π—₯π—œπ—™ & π—›π—”π—œπ—­π—œ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨

Nak jumpa doktor hari ini? Kami ADA! βœ…

πŸ‘©β€βš•οΈ 𝑫𝒓 𝑡𝒐𝒐𝒓 𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏𝒂
πŸ•˜ 9:00 π’‘π’‚π’ˆπ’Š – 5:00 π’‘π’†π’•π’‚π’π’ˆ

πŸ‘©β€βš•οΈ 𝑫𝒓 𝑡𝒐𝒐𝒓 𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏𝒂
πŸ•— 8:00 π’Žπ’‚π’π’‚π’Ž – 10:00 π’Žπ’‚π’π’‚π’Ž

Jangan tunggu sakit jadi teruk baru datang ya.
Datang awal untuk pemeriksaan, rawatan demam, batuk, selsema, luka, tekanan darah, kencing manis & kesihatan mental.

πŸ’¬ Walk-in dialu-alukan!

πŸ“ KLINIK ARIF & HAIZI KUALA TERENGGANU

PT1982K Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu

πŸ“ž 011-7289 3904

Kesihatan anda keutamaan kami πŸ’™
Jumpa anda di klinik hari ini!

Terbaca satu luahan seorang anak muda.Umur baru 25 tahun, tapi badan sudah rasa macam β€œshutdown”.Makan sekali sehari.Jar...
29/07/2026

Terbaca satu luahan seorang anak muda.

Umur baru 25 tahun, tapi badan sudah rasa macam β€œshutdown”.

Makan sekali sehari.
Jarang minum air.
Tak bersenam.
Sentiasa penat walaupun keputusan darah normal.
Mudah marah
Rasa kosong.
Rasa hopeless.

Orang sekeliling p**a selalu kata dia nampak sakit. Ini bukan sekadar β€œmalas” atau β€œtak pandai jaga diri”. Kadang-kadang badan memang sedang bagi isyarat bahawa kita sudah terlalu lama hidup dalam mode bertahan.

Antara tanda badan dan minda sedang tidak sihat:
Cepat penat walaupun tidur cukup.
Selera makan berubah teruk.
Berat turun atau naik tanpa sebab jelas.
Kerap pening, berdebar atau rasa nak pitam.
Kulit nampak kusam, bibir kering, badan lemah.
Mudah marah, cepat menangis, susah fokus.
Rasa kosong, putus harapan atau tak nampak masa depan.
Mula menjauh daripada orang.
Tak ada tenaga untuk benda paling basic seperti mandi, makan, kemas bilik atau balas mesej.

Dan satu perkara penting:

Keputusan darah normal tidak bermaksud hidup kita sedang okay.
Kadang-kadang yang sakit itu bukan hanya angka dalam keputusan makmal.
Ia boleh jadi tidur yang hancur.
Pemakanan yang tak cukup.
Dehidrasi.
Burnout.
Depression.
Anxiety.
Kesunyian.
Atau hidup yang terlalu lama memaksa diri jadi kuat untuk semua orang.

Jangan tunggu sampai badan betul-betul tumbang baru mula minta bantuan.
Makan.
Minum air.
Tidur.
Bergerak sedikit.
Cari manusia yang selamat untuk kita bercerita.

Dan kalau rasa semakin berat, dapatkan bantuan profesional. Community matters. Kadang-kadang yang kita perlukan bukan nasihat panjang. Cuma satu tempat untuk rasa diterima tanpa dihakimi.

Info : PublicHealthMalaysia

KOPI MUNGKIN BAIK UNTUK JANTUNG β€” TAPI BUKAN KOPI MANISPengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan risiko penyaki...
29/07/2026

KOPI MUNGKIN BAIK UNTUK JANTUNG β€” TAPI BUKAN KOPI MANIS

Pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, strok dan kegagalan jantung yang lebih rendah bagi sesetengah individu.

Tetapi kopi yang dimaksudkan dalam kajian ialah terutamanya:
βœ… Kopi hitam tanpa gula
βœ… Kopi bancuhan biasa atau filtered coffee
βœ… Americano tanpa sirap
βœ… Espresso tanpa gula
βœ… Kopi dengan sedikit susu tanpa gula tambahan
βœ… Kopi tanpa krimer manis atau susu pekat

Bukan ini:
❌ Kopi ais susu pekat
❌ Kopi 3-dalam-1
❌ Kopi kaw penuh gula
❌ Caramel latte, frappe atau kopi bersirap
❌ Kopi dengan whipped cream dan krimer berlebihan

Kopi mengandungi polifenol serta sebatian bioaktif yang mungkin membantu mengurangkan tekanan oksidatif, menyokong fungsi salur darah dan memperbaiki kesihatan metabolik.

Namun, apabila kopi dicampur dengan banyak gula, susu pekat, krimer dan sirap, jumlah kalori serta gula turut meningkat.
Akhirnya, perkara yang sepatutnya berpotensi memberi manfaat boleh bertukar menjadi minuman yang menyumbang kepada kenaikan berat badan, diabetes dan penyakit jantung.

Bagi kebanyakan orang dewasa, sehingga 400 mg kafein sehari secara umum dianggap selamat. Tetapi jumlah kafein setiap cawan sangat berbeza mengikut saiz, jenis biji dan cara penyediaan. Jadi, β€œlima cawan” bukan lesen untuk minum lima gelas kopi kaw bersaiz besar.
Kurangkan atau elakkan kopi jika ia menyebabkan:
β€” Jantung berdebar
β€” Gelisah atau anxiety bertambah
β€” Tangan menggigil
β€” Pedih ulu hati
β€” Sukar tidur
β€” Tekanan darah meningkat

Kesimp**annya:
Manfaat itu dikaitkan dengan kopi, bukannya gula, susu pekat atau krimer di dalamnya.

Kalau mahu minum kopi setiap hari, pilihlah:
KOPI KURANG MANIS. LEBIH BAIK, TANPA GULA.

Kopi bukan ubat untuk mencegah penyakit jantung. Ia hanya boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat bersama pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, tidur mencukupi dan tidak merokok.

Info : Public Health Malaysia

7 cara baca darah tinggi yang betul, tapi ramai tak sangka selama ini kita buat salahRamai orang ingat bila mesin tekana...
29/07/2026

7 cara baca darah tinggi yang betul, tapi ramai tak sangka selama ini kita buat salah

Ramai orang ingat bila mesin tekanan darah keluar nombor, terus itulah bacaan sebenar.

Padahal, bacaan itu boleh jadi lebih tinggi hanya sebab kita baru berjalan, kaki bersilang, tangan tergantung, cuff atas baju, atau kita bercakap masa mesin sedang membaca.

Ini cara baca yang lebih betul.

1. Duduk rehat dulu 5 minit sebelum check.

2. Pastikan kaki rata di lantai, jangan bersilang.

3. Tangan perlu disokong dan berada lebih kurang paras jantung.

4. Cuff mesti kena pada kulit, bukan atas baju.

5. Jangan bercakap masa bacaan sedang diambil.

6. Ambil sekurang-kurangnya 2 bacaan, jarakkan 1-2 minit.

7. Jangan check sejurus selepas kopi, rokok, v**e, senaman atau ketika sedang tahan kencing.

Untuk bacaan tekanan darah dewasa ketika rehat:

Optimal atau sangat baik
Sistolik kurang 120 DAN diastolik kurang 80

Normal
Sistolik 120-129 DAN/ATAU diastolik 80-84

Berisiko
Sistolik 130-139 DAN/ATAU diastolik 85-89

Kategori berisiko ini dahulunya sering disebut sebagai pre-hypertension. Maksudnya belum tentu hipertensi, tetapi badan sudah beri isyarat awal supaya kita lebih berjaga-jaga.

Yang penting, jangan nilai kesihatan hanya dengan satu bacaan. Tengok corak bacaan, rekod dengan konsisten, dan bawa bacaan itu semasa jumpa anggota kesihatan.

Kadang-kadang bukan tekanan darah yang tiba-tiba tinggi.

Kadang-kadang cara kita check yang membuatkan nombor itu nampak lebih menakutkan.

Info : PublicHealthMalaysia

πŸ“’ 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ ππ„π‘π“π”π†π€π’π—žπ—Ÿπ—œπ—‘π—œπ—ž 𝗔π—₯π—œπ—™ & π—›π—”π—œπ—­π—œ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨Nak jumpa doktor hari ini? Kami ADA! βœ…πŸ‘¨β€βš•οΈ 𝑫𝒓 π‘¨π’‰π’Žπ’‚π’… π‘­π’‚π’“π’‰π’‚π’πŸ•˜ ...
29/07/2026

πŸ“’ 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πƒπŽπŠπ“πŽπ‘ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒

π—žπ—Ÿπ—œπ—‘π—œπ—ž 𝗔π—₯π—œπ—™ & π—›π—”π—œπ—­π—œ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨

Nak jumpa doktor hari ini? Kami ADA! βœ…

πŸ‘¨β€βš•οΈ 𝑫𝒓 π‘¨π’‰π’Žπ’‚π’… 𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏
πŸ•˜ 9:00 π’‘π’‚π’ˆπ’Š – 5:00 π’‘π’†π’•π’‚π’π’ˆ

πŸ‘¨β€βš•οΈ 𝑫𝒓 π‘¨π’‰π’Žπ’‚π’… 𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏
πŸ•— 8:00 π’Žπ’‚π’π’‚π’Ž – 10:00 π’Žπ’‚π’π’‚π’Ž

Jangan tunggu sakit jadi teruk baru datang ya.
Datang awal untuk pemeriksaan, rawatan demam, batuk, selsema, luka, tekanan darah, kencing manis & kesihatan mental.

πŸ’¬ Walk-in dialu-alukan!
πŸ“ KLINIK ARIF & HAIZI KUALA TERENGGANU
PT1982K Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu
πŸ“ž 011-7289 3904

Kesihatan anda keutamaan kami πŸ’™
Jumpa anda di klinik hari ini!

🩺 ππ„π‘πˆπŠπ’π€ π’π„πŠπ€π‘π€ππ†, 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 π‹π„ππˆπ‡ ππ€πˆπŠ! πŸ’šRamai yang rasa sihat, tetapi sebenarnya penyakit seperti darah tinggi, diabetes ...
28/07/2026

🩺 ππ„π‘πˆπŠπ’π€ π’π„πŠπ€π‘π€ππ†, 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 π‹π„ππˆπ‡ ππ€πˆπŠ! πŸ’š

Ramai yang rasa sihat, tetapi sebenarnya penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan kolesterol tinggi boleh berlaku tanpa sebarang tanda pada peringkat awal.

Jangan tunggu sehingga simptom muncul. Luangkan sedikit masa untuk membuat saringan kesihatan dan ketahui tahap kesihatan anda.

βœ… 4 saringan asas yang disyorkan:
🩸 Tekanan Darah
🩸 Paras Gula Dalam Darah
🩸 Paras Kolesterol
βš–οΈ Indeks J***m Badan (BMI)

✨ Kelebihan saringan awal:
βœ”οΈ Mengesan penyakit lebih awal
βœ”οΈ Mengurangkan risiko komplikasi
βœ”οΈ Rawatan lebih berkesan
βœ”οΈ Membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat

πŸ’š Kesihatan adalah pelaburan terbaik untuk diri dan keluarga.
Jangan tunggu sakit baru bertindak.

β€œJantung tak rosak dalam sehari. Ia bermula bertahun-tahun lebih awal.”Ramai orang hanya mula risau apabila bacaan gula ...
27/07/2026

β€œJantung tak rosak dalam sehari. Ia bermula bertahun-tahun lebih awal.”

Ramai orang hanya mula risau apabila bacaan gula tinggi atau saluran jantung sudah tersumbat.

Hakikatnya, rintangan insulin (insulin resistance) dan penyakit jantung berkongsi banyak faktor risiko yang sama. Ia berkembang secara perlahan, sering tanpa gejala.

Antara perkara yang boleh membantu menilai risiko lebih awal ialah:

β€’ Glukosa puasa dan HbA1c
β€’ Profil lipid lengkap (HDL, LDL, trigliserida)
β€’ Tekanan darah
β€’ Lilitan pinggang dan lemak viseral
β€’ Berat badan serta tahap aktiviti fizikal

Sesetengah ujian seperti fasting insulin, HOMA-IR, hs-CRP atau ApoB mungkin berguna dalam situasi tertentu, tetapi ia bukan ujian saringan rutin untuk semua orang. Keperluannya bergantung kepada faktor risiko individu dan penilaian doktor.

Yang lebih penting daripada mengejar banyak ujian ialah mengawal faktor risiko yang terbukti:

βœ“ Kekalkan berat badan yang sihat.
βœ“ Berjalan atau aktif setiap hari, termasuk selepas makan jika mampu.
βœ“ Kurangkan makanan ultra-proses dan minuman bergula.
βœ“ Tidur yang mencukupi.
βœ“ Berhenti merokok dan v**e.
βœ“ Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Jangan tunggu sehingga mendapat serangan jantung atau didiagnosis diabetes.

Pencegahan sentiasa lebih mudah daripada rawatan.

Info : PublicHealthMalaysia

JANTUNG BERDEGUP LAJU, TANGAN MENGGELETAR, BERAT BADAN TURUN.Ramai sangka ia cuma stres.Dia makan seperti biasa, malah k...
27/07/2026

JANTUNG BERDEGUP LAJU, TANGAN MENGGELETAR, BERAT BADAN TURUN.

Ramai sangka ia cuma stres.

Dia makan seperti biasa, malah kadangkala lebih banyak. Tetapi berat badannya terus menurun.

Duduk diam pun jantung terasa berdegup laju. Badan mudah panas dan berpeluh. Tangannya menggeletar, tidur terganggu dan emosi semakin tidak menentu.

Selepas menjalani ujian darah, barulah diketahui dia menghidap HIPERTIROIDISME atau hyperthyroidism.

Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid di bahagian hadapan leher menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid.

Bayangkan tubuh seperti sebuah kereta. Hormon tiroid yang berlebihan menyebabkan pedal minyak tubuh seolah-olah ditekan tanpa henti.

Antara gejalanya:

β€’ Jantung berdegup laju atau tidak sekata
β€’ Tangan menggeletar
β€’ Berat badan turun walaupun selera makan meningkat
β€’ Mudah panas dan berpeluh berlebihan
β€’ Sukar tidur
β€’ Cepat letih dan otot terasa lemah
β€’ Gelisah, mudah marah atau sukar bertenang
β€’ Kerap membuang air besar
β€’ Haid menjadi tidak teratur
β€’ Bengkak pada bahagian hadapan leher
β€’ Mata kelihatan menonjol atau tidak selesa bagi sesetengah pesakit Graves

Tidak semua pesakit mengalami gejala yang sama.

Punca yang paling biasa ialah penyakit Graves, iaitu keadaan autoimun yang merangsang kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon. Punca lain termasuk nodul tiroid yang aktif, radang kelenjar tiroid serta sesetengah ubat atau pengambilan iodin berlebihan.

Diagnosis tidak boleh dibuat berdasarkan gejala semata-mata. Doktor biasanya akan melakukan pemeriksaan dan ujian darah seperti TSH, FT4 atau FT3. Ujian tambahan mungkin diperlukan untuk mengetahui puncanya.

Berita baiknya, hipertiroidisme boleh dirawat.

Rawatan mungkin melibatkan:

β€’ Ubat antitiroid
β€’ Ubat untuk mengawal degupan jantung dan gejala tertentu
β€’ Rawatan radioiodin
β€’ Pembedahan dalam keadaan tertentu

Jenis rawatan bergantung pada punca, tahap penyakit, umur, kehamilan dan keadaan kesihatan pesakit.

Jika anda mengambil ubat antitiroid dan tiba-tiba mengalami demam, sakit tekak berterusan, kekuningan pada mata atau kulit, hubungi doktor dengan segera. Jangan berhenti atau mengubah dos ubat sendiri hanya kerana sudah berasa lebih baik.

Dapatkan rawatan kecemasan jika berlaku demam tinggi, jantung berdegup terlalu laju, sesak nafas, muntah berterusan, kebingungan atau pengsan. Ini mungkin tanda krisis tiroid yang jarang berlaku tetapi boleh mengancam nyawa.

Hipertiroidisme bukan kerana seseorang terlalu banyak berfikir. Ia bukan juga sekadar masalah cepat kurus.

Ia adalah penyakit sebenar yang memerlukan rawatan dan pemantauan berkala.

Jika tubuh terasa seperti sedang β€œberlari” walaupun anda sedang berehat, jangan abaikan tanda-tandanya.

Info : Public Health Malaysia

Address

Jalan Sultan Omar
Kuala Terengganu
1982-K

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 15:00 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 08:30 - 22:00

Telephone

+601172893904

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Arif & Haizi Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Arif & Haizi Kuala Terengganu:

Shortcuts

Share