28/10/2026
Terima kasih, PickleSuri Kuantan! 🩷
Semalam (27 Oktober), MYA Clinic berkolaborasi bersama PickleSuri Kuantan dalam acara Pinktober: Move • Empower • Care, sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Acara ini diadakan di The Palm, IM, dan mengumpulkan wanita untuk bergerak, saling menyokong dan mengambil tahu tentang kesihatan.
Dr Tom turut dijemput untuk berkongsi maklumat umum tentang kanser payudara dan cara mengenali tanda-tandanya. Kesedaran bermula dengan tahu dan peka pada badan sendiri. 🤍
Terima kasih kepada penganjur, penaja dan semua yang hadir dengan semangat pink. Moga kita terus saling mengingatkan untuk jaga diri.
Komen 👇 atau DM kami untuk pertanyaan lanjut 💬