Klinik Diet KAHS

Klinik Diet KAHS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Diet KAHS, Nutritionist, Kulliyyah Allied Health Sciences, International Islamic University, Kuantan.

πŸŒ™βœ¨ Balik Kampung, Ingat Kesihatan Tersayang!Musim Raya ni, selain bertemu sanak saudara dan menikmati juadah, jangan lup...
25/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Balik Kampung, Ingat Kesihatan Tersayang!

Musim Raya ni, selain bertemu sanak saudara dan menikmati juadah, jangan lupa tanya khabar mak & ayah πŸ’–

Orang tua kita mungkin ada risiko malnutrisi dan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, atau kolesterol tinggi.

🩺 Daftarkan mereka ke Klinik Diet KAHS untuk nasihat pemakanan & pemeriksaan kesihatan.

Sama-sama pastikan Raya tahun ini bukan sekadar meriah, tapi sihat & cergas!

Salam Aidilfitri 1447H.β€œTaqabbalallahu minna wa minkum.”-Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu-Ikhlas dari :...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H.

β€œTaqabbalallahu minna wa minkum.”

-Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu-

Ikhlas dari : Klinik Diet KAHS, IIUM

Salam Ramadan-28!Puasa Sihat, Ibadah Berkat! ✨Ramadan bukan sekadar menahan lapar, tapi adalah waktu terbaik untuk 'rese...
18/03/2026

Salam Ramadan-28!

Puasa Sihat, Ibadah Berkat! ✨

Ramadan bukan sekadar menahan lapar, tapi adalah waktu terbaik untuk 'reset' corak pemakanan kita. Jom ikuti tips pemakanan sihat berdasarkan panduan nutrisi untuk kekal bertenaga sepanjang hari:

Sahur Berkualiti: Pilih karbohidrat kompleks & protein supaya kenyang lebih lama. πŸ₯£

Iftar Berhemah: Mulakan dengan kurma & air masak. Ingat formula 'Pinggan Sihat, Konsep Suku-Suku Separuh! 🍽️

Hidrasi Cukup: Pastikan 8 gelas air sehari antara waktu berbuka hingga sahur. πŸ’§

Jaga pemakanan, jaga kesihatan. Selamat menyambut Ramadan daripada kami di Klinik Diet @ KAHS & IIUM. πŸŒ™βœ¨

Tahukah anda, perubahan iklim bukan sahaja menjejaskan bumi, malah memberi kesan langsung kepada buah pinggang kita? Sem...
12/03/2026

Tahukah anda, perubahan iklim bukan sahaja menjejaskan bumi, malah memberi kesan langsung kepada buah pinggang kita?

Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia (World Kidney Day) 2026, kita perlu sedar bahawa cuaca yang semakin panas (stres haba) serta pencemaran udara dan air boleh juga mencederakan 'penapis' badan kita secara senyap. Apabila suhu meningkat, buah pinggang bekerja lebih keras untuk mengekalkan imbangan cecair, manakala toksin daripada pencemaran boleh menyebabkan keradangan dan merosakkan unit penapis buah pinggang (nefron).

Ikuti tips berikut untuk memastikan buah pinggang kita kekal sihat dalam persekitaran yang semakin mencabar ini!

β€’ Elak Dehidrasi Minum air kosong secara konsisten (setiap 1-2 jam), sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ingat, haus adalah tanda badan sudah mengalami dehidrasi!
β€’ Sifar Air Manis. Gantikan dengan air kosong atau infused water (sayur atau buah). Kurang gula = Kurang beban buah pinggang!
β€’ Lebihkan Protein Tumbuhan. Gantikan daging merah dengan tempe, tauhu, atau kekacang. Kurang jejak karbon dan, lebih ringan untuk penapisan nefron.
β€’ Pantau Warna Urin. Setiap kali ke tandas, pastikan warna urin kuning cerah. Jika pekat, minum segelas air kosong segera!
β€’ Kawal Tekanan Darah. Capai dan kekalkan berat badan yang ideal. Kurangkan ambil garam, makanan segera dan daging terproses. Rehat dan tidur dengan mencukupi. Urus stress dengan baik.
β€’ Rempah Ratus Asli. Masak tanpa kiub perasa, sos, perencah, atau penambah perisa. Gunakan bawang, kunyit, halia dan lada hitam untuk rasa enak asli. Kurang garam = Kurang beban buah pinggang!
β€’ Hati-hati Suplemen: Jangan sembarangan ambil produk kurus, pemutih kulit atau jamu tanpa nasihat pakar, kerana ia boleh memberi tekanan pada buah pinggang
β€’ Detoks Persekitaran, Kurangkan penggunaan plastik semasa membeli belah. Bawa botol air stainless steel dan elakkan membeli air botol plastik sekali guna. Pilih sayur segar (tempatan) berbanding makanan dalam tin yang tinggi pengawet.
β€’ Elakkan Terdedah Suhu Tinggi. Rancang aktiviti luar pada waktu redup (pagi/lewat petang). Elakkan pendedahan haba melampau dan dehidrasi untuk cegah stres haba (heat stress) pada buah pinggang.

By:
Nor Azwani Mohd Shukri

Sesi Webinar β€œSmall Steps, Big Changes” anjuran Fakulti Perniagaan Dan Pengurusan UiTM telah diadakan pada 4 Januari 202...
07/01/2026

Sesi Webinar β€œSmall Steps, Big Changes” anjuran Fakulti Perniagaan Dan Pengurusan UiTM telah diadakan pada 4 Januari 2026 bersama panel dari Klinik Diet KAHS dan Coach Faqeem .

Terima kasih di atas jemputan dan semoga bermanfaat.

π™ˆπ™ͺ𝙑π™ͺ𝙩 π™©π™šπ™§π™–π™¨π™– π™₯π™šπ™§π™žπ™© 𝙖𝙩𝙖π™ͺ π™₯π™šπ™™π™žπ™ π™¨π™šπ™’π™–π™¨π™– 𝙧𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 π™–π™£π™©π™ž-π™ π™–π™£π™¨π™šπ™§? 😣Jangan risau, anda masih boleh nikmati makanan yang lembut, b...
28/10/2025

π™ˆπ™ͺ𝙑π™ͺ𝙩 π™©π™šπ™§π™–π™¨π™– π™₯π™šπ™§π™žπ™© 𝙖𝙩𝙖π™ͺ π™₯π™šπ™™π™žπ™ π™¨π™šπ™’π™–π™¨π™– 𝙧𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 π™–π™£π™©π™ž-π™ π™–π™£π™¨π™šπ™§? 😣

Jangan risau, anda masih boleh nikmati makanan yang lembut, berkhasiat dan mudah ditelan!

Berikut antara cadangan menu yang sesuai untuk bantu kurangkan rasa sakit dan pastikan nutrisi mencukupi πŸ‘‡

✨ Pemilihan makanan yang betul membantu anda terus makan dengan selesa, kekal bertenaga & menyokong proses pemulihan.

Dapatkan nasihat lanjut dari dietitian di Klinik Diet @ KAHS untuk menu individu yang lebih khusus πŸ’•

Address

Kulliyyah Allied Health Sciences, International Islamic University
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6095705300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Diet KAHS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category