12/08/2026
LAWATAN BSN PAHANG KE MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 3 KUANTAN PAHANG
KUANTAN, PAHANG | 12 OGOS 2026 – Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Pahang yang diketuai oleh En. Haywata bin Abdul Ghafar, Ketua Khidmat Pengurusan BSN Pahang.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh YDH Supt. Ahmad Shafiki bin Hussin, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga di Markas Polis Marin Kuantan.
Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan serta memperkukuh jaringan kerjasama dan silaturahim antara Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga dan Bank Simpanan Nasional Negeri Pahang, di samping membuka ruang kepada perkongsian pandangan berkaitan aspek pengurusan dan kepentingan bersama.
Turut hadir bersama delegasi BSN Pahang ialah:
1.Insp. PB Kamrulzaman bin Mat Ali – Ketua Keselamatan Negeri BSN Pahang
2. SM PB Syauti bin Ibrahim
3. Pn. Noor Zienana Amira binti Othman – PA Pengarah Negeri BSN Pahang
Semoga kunjungan ini dapat terus memperkukuh hubungan baik dan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak demi kepentingan bersama.
POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA