23/08/2026
[ Majlis Ar Razi Berselawat 2026M/1448H ]
Alhamdulillah, pagi jumaat 21 ogos baru-baru ini, sempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, pihak CSR Poliklinik Ar Razi telah mengadakan Majlis Ar Razi Berselawat bertempat di Training Room, HQ Malay Town.
Program bermula dengan solat dhuha, tahlil, selawat ke atas Nabi SAW dan berakhir dengan tazkirah oleh Dr Hapizi (Ketua Unit Dakwah Csr).
Semoga program yang diadakan dapat menambahkan lagi rasa cinta & penghayatan kepada baginda Rasulullah SAW buat semua warga Ar Razi khususnya dan masyarakat umumnya.