05/09/2026
ANAK & BERMAIN: PRETEND PLAY PART II
🐯🐴 ZOO 🐶🐱
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dalam bahagian 2 ini saya kongsikan contoh aktiviti pretend play
“Binatang Balik Zoo!”
Kali ini kita buat pada peringkat paling mudah, dengan hanya
5️⃣ perkataan/frasa sasaran.
👉🏻 Ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa faham tentang aktiviti kali ini:
☑️ Aktiviti ini dibuat dalam bentuk skrip. Cuma tidak perlu skrip yang hebat. 😁
☑️ Skrip ini hanyalah panduan supaya ibu bapa boleh bayangkan apa yang hendak dibuat dan membuat sedikit perancangan sebelum mula bermain dengan anak.
☑️ Untuk permulaan, Ayah bertindak sebagai penggerak/penyelaras aktiviti. Ibu p**a sebagai model bahasa dan perbuatan. Ibu juga menjadi rakan komunikasi kepada anak supaya dia dapat menyertai aktiviti dengan cara yang sesuai.
☑️ Di bawah ada perkataan sasaran atau “Target Words”. Maknanya, dalam aktiviti ini perkataan-perkataan inilah yang kita mahu anak dengar, faham dan belajar cara menggunakannya dalam situasi yang sesuai.
☑️ Ingat lagi teori “Isi air ke dalam gelas”? Ya, untuk memastikan “gelas bahasa” anak semakin penuh, kita perlu sentiasa memberikan input bahasa yang berulang, jelas dan konsisten.
☑️ Saya juga senaraikan strategi yang digunakan. Tujuannya supaya kita dapat memberikan bahasa dengan cara yang lebih mudah difahami dan memberi anak peluang untuk memberikan respons.
🔎 STRATEGI YANG DIGUNAKAN
1️⃣ Acoustic Highlighting (AH)
Gunakan intonasi yang pelbagai dan “highlight” perkataan sasaran.
Contoh:
“MOO MOO MOO! Ayah ada LEMBU!”
Bukan bermaksud kita perlu bercakap kuat sepanjang masa.
Kita cuma mahu perkataan sasaran lebih menonjol dalam pertuturan kita.
2️⃣ Model (M)
Berikan contoh bagaimana hendak sebut dan buat.
Contoh:
Anak belum tahu nak cakap “Stop”.
Ibu: “STOP!”
sambil mengangkat tangan ✋🏻
🔸 Anak boleh belajar daripada model tersebut.
3️⃣ Ulangan (U)
Ulang perkataan atau ayat penting beberapa kali dalam situasi yang sama.
Contohnya:
“Lembu.”
“Lembu datang.”
“Lembu sampai.”
“Lembu masuk.”
Perkataan yang sama digunakan dalam beberapa konteks.
4️⃣ Tunggu, tunggu dan tunggu lagi (T)
Selepas kita modelkan atau beri peluang kepada anak, tunggu sekejap.
Boleh tunggu sekitar 3–5 saat, tetapi jangan anggap ia sebagai kiraan wajib.
Yang penting ialah:
👉🏻 JANGAN TERLALU CEPAT BANTU.
👉🏻 Buat “muka tunggu” 😯
✔️ Tunggu… ⏳
Beri peluang anak untuk:
👉🏻 bercakap�👉🏻 bersuara�👉🏻 menunjuk�👉🏻 menggunakan isyarat�👉🏻 mengambil giliran�👉🏻 atau menggunakan AAC jika itu cara komunikasinya.
♦️ PERKATAAN SASARAN
1️⃣ Bunyi haiwan�2️⃣ Nama haiwan�3️⃣ “Saya nak”�4️⃣ “Stop!”�5️⃣ “Bye bye”
🧰 PERALATAN YANG DIGUNAKAN
🐄 Patung lembu
🐓 Patung ayam
🚚 Lori mainan yang boleh letak barang di belakangnya
🏠 Pagar/kotak untuk dijadikan kandang
🧿 PENANDA
A – Ayah
B – Ibu
C – Anak (Ijah)
🐄🐄🐄🐄 Jom Mulakan 🐄🐄🐄🐄🐄
HAIWAN BALIK ZOO!
🐄 LEMBU
A: Moo moo moo! Ayah ada lembu. Siapa nak lembu? (AH)
B: Saya nak. (M)
A: Ibu nak lembu. Ibu kena sebut moo moo moo. (U)(AH)
B: (T) Moo moo moo moo!
(A gerakkan lembu ke arah B setiap kali B keluarkan suara.)
(Lembu sampai di depan B.)
A: OK! Lembu sampai. Ibu dapat lembu. (AH)
🐓 AYAM
A: Kok kok kok! Ayah ada ayam. Siapa nak ayam? (AH)
C: (T) Saya nak.
(Ibu bantu jika anak belum dapat menyebut.*bantu cara respon/komunikasi*)
A: Ijah nak ayam. Ijah kena sebut kok kok kok. (U)(AH)
C: (T) Kok kok kok!
(A gerakkan ayam ke arah C setiap kali C keluarkan suara.)
(Ayam sampai di depan C.)
A: Ayam dah sampai. Ijah dapat ayam. (AH)
🚚 LORI BALIK ZOO!
A: Broom broom broom! Ayah ada lori.
Broom broom broom!
(A gerakkan lori ke arah B.)
(AH)(U)
B: STOP! ✋🏻
(B gunakan tangan untuk menghalang lori.)
A: Oooop! STOP! Lori dah sampai. Siapa nak naik? (AH)
B: Lembu nak.
Moo moo moo!
(B gerakkan lembu masuk ke atas lori.)
B: Bye bye! 👋🏻
(B lambaikan tangan.)
A: Bye bye! 👋🏻
(A turut lambaikan tangan.)
Kemudian…🚚
A: Broom broom broom!
(A gerakkan lori ke arah C.)
(U)
C: (T) STOP! ✋🏻
(C gunakan tangan untuk menghalang lori.)
(Ibu bantu jika anak belum faham.)
A: Oooop! STOP! Lori dah sampai. Siapa nak naik?
C: Ayam nak.
Kok kok kok!
(C gerakkan ayam masuk ke atas lori.)
C: Bye bye! 👋🏻
A: Bye bye! 👋🏻
A: Broom broom broom…
Lori pun balik ke zoo. 🚚
Lembu turun.
Ayam turun.
Bye bye! 👋🏻
(Tunggu dan pandang kepada B dan C untuk beri peluang mereka sebut “bye bye” dan lambai tangan.)
🥳 SUDAH HABIS!
A: Siapa p**a nak jadi penyimpan?
☑️ Proses yang sama ini boleh disambung oleh B dan akhir sekali berikan peluang kepada C p**a untuk menjadi orang yang menggerakkan aktiviti.
☑️ Boleh tambah beberapa haiwan lain.
TETAPI…
☝🏻 Jangan lupa tengok tahap tumpuan dan minat anak.👀
Kalau anak sudah mula hilang minat, tidak perlu paksa sambung hanya kerana kita sudah merancang 10 ekor haiwan.
😉 Berhenti ketika aktiviti masih seronok pun, satu strategi. 😁
❤️ DALAM PROSES BERMAIN PRETEND PLAY INI, APA YANG PENTING?
1️⃣ Berikan anak banyak model bahasa yang betul.
Anak tidak perlu sentiasa mengulang selepas kita.
Kita modelkan bahasa dan beri peluang untuk anak mendengarnya berkali-kali.
2️⃣ Ulang perkataan sasaran.
Bukan sekali sahaja.
Kita mahu anak mendengar perkataan tersebut berulang kali dalam situasi yang bermakna.
3️⃣ Jadikan ia aktiviti keluarga.
Tidak semestinya perlu 1 jam.
Kadang-kadang 10–15 minit bermain bersama dengan penuh perhatian, sudah lebih bermakna daripada bermain lama tetapi masing-masing sibuk dengan perkara lain.
4️⃣ Wujudkan elemen SERONOK! 🥳
Sebab itu ibu ayah kena pakat awal-awal dan berdrama bersungguh-sungguh. 😂
Kalau lori jatuh:
“OHHHH NOOOO!!!”
Kalau lembu masuk lori:
“Wahhh! Lembu naik lori!”
Kita yang dewasa kadang-kadang kena lebih “masuk cerita” daripada anak. 😆
5️⃣ Wujudkan suasana yang selesa.
Jangan marah anak kalau dia tidak buat.
Jangan marah kalau dia tidak sebut.
Dan jangan cepat anggap dia “tak faham” hanya kerana dia belum memberikan respons seperti yang kita harapkan.
Kalau anak buat atau sebut sesuatu yang kurang tepat, kita modelkan semula dengan cara yang betul.
Contohnya:
Anak: “Moo ayam.”
Ibu: “Ohhh… ayam kok kok kok!”
Tidak perlu: ❌ “Salah! Ayam bukan moo!”
👉🏻 Kita mahu anak belajar dalam suasana yang selamat untuk mencuba.
💙 DAN INI YANG PALING PENTING…
Dalam aktiviti ini kita bukan mahu melihat:
😁 “Berapa banyak perkataan anak boleh sebut?”
Kita mahu melihat:
✅ Adakah anak mahu berinteraksi?
✅ Adakah anak mengambil giliran?
✅ Adakah anak memberi respons?
✅ Adakah anak cuba meniru?
✅ Adakah anak menggunakan apa sahaja cara untuk berkomunikasi?
Dan akhirnya…
✅ Adakah anak seronok bermain bersama kita? 🥰
💢 Pendekatan seperti model bahasa, menunggu, memberi respons terhadap komunikasi anak dan menggunakan rutin harian sebagai peluang komunikasi memang selari dengan prinsip caregiver-mediated intervention dan caregiver coaching dalam intervensi awal.
💢 Kajian terkini juga menunjukkan bahawa latihan kepada ibu bapa boleh meningkatkan penggunaan strategi fasilitasi bahasa oleh penjaga dan, dalam kajian tertentu, turut menunjukkan peningkatan penggunaan perkataan oleh kanak-kanak.
🥰 Oleh itu…
Bermainlah bersama anak anda!
Bukan untuk menguji.
Bukan untuk memaksa.
Tetapi untuk berkongsi dunia anak dan membina komunikasi bersama-sama.
Okay, sampai sini dulu.
Kita sambung lagi di:
🎭 ANAK & BERMAIN: PRETEND PLAY PART III
Mr. SI SLT 😎�
SI ORI Therapy