Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak

Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak, Medical and health, Jalan belian biawak, bintawa, Kuching.

19/06/2026

πŸ’ŠPedih Ulu Hati? Ambil Ubat dengan Bijak πŸ’Š

🚚 KURSUS PENGURUSAN KENDERAAN PERINGKAT ZON SELATAN SARAWAK TAHUN 2026 πŸš¦πŸ“ Dewan Serbaguna, Cawangan Farmasi Logistik Neg...
17/06/2026

🚚 KURSUS PENGURUSAN KENDERAAN PERINGKAT ZON SELATAN SARAWAK TAHUN 2026 🚦

πŸ“ Dewan Serbaguna, Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak
πŸ“… 16 Jun 2026 (Selasa)

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkukuhkan profesionalisme pemandu serta memastikan pengurusan dan pengendalian kenderaan jabatan dilaksanakan dengan selamat, cekap dan berkesan bagi menyokong kelancaran perkhidmatan farmasi logistik kepada rakyat.

Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPJ Sarawak atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman, serta kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang kursus ini berlangsung.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tugas harian dengan penuh tanggungjawab, sekali gus menyumbang kepada pembudayaan pemanduan selamat dan peningkatan kualiti perkhidmatan awam.







MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK Tahniah kepada semua warga Cawa...
16/06/2026

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK

Tahniah kepada semua warga Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2025. Majlis APC 2025 ini telah diadakan di Penview Convention Centre (PCC) Demak pada 16 Jun 2026 meraikan semua warga kesihatan dari Bahagian Kuching, Samarahan, Serian & Sri Aman. Majlis APC ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga pengiktirafan dan penghargaan ini akan menjadi pembakar semangat dan pencetus azam bukan sahaja untuk penerima anugerah tetapi juga untuk seluruh warga CFLN Sarawak untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua!

πŸŒΏβ›°οΈ AKTIVITI HIKING JABATAN 2026 β›°οΈπŸŒΏAktiviti hiking jabatan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Farmasi yang berlangsun...
23/05/2026

πŸŒΏβ›°οΈ AKTIVITI HIKING JABATAN 2026 β›°οΈπŸŒΏ

Aktiviti hiking jabatan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Farmasi yang berlangsung pagi tadi di Mount Matang – Sri Maha Mariamman Temple telah berjalan dengan lancar dan meriah. πŸ’ͺ😊

Terima kasih kepada semua warga jabatan serta ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan program ini. Walaupun santai, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang pendakian amat membanggakan.
Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga jabatan, malah turut menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif. πŸŒ±πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Terima kasih atas komitmen dan penyertaan semua! πŸ™Œ





03/05/2026

::Persiapan Ubat Ketika Haji::

03/05/2026

::Pengurusan Ubat Ketika Menunaikan Ibadah Haji::

Bagaimanakah cara atau kaedah untuk mengurus dan menyimpan ubat semasa dalam perjalanan ke Tanah Suci & semasa menunaikan ibadah Haji nanti?

Ketahui langkah-langkah untuk mengurus dan menyimpan ubat-ubatan untuk dibawa ke Tanah Suci dengan menonton video yang disediakan oleh pihak TV Al-Hijrah dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Boleh ka bawa masuk ubat dari luar negara? πŸ€”
23/03/2026

Boleh ka bawa masuk ubat dari luar negara? πŸ€”

Bawa masuk ubat dari luar negara? Pastikan anda tahu peraturannya.
Di bawah Akta Racun 1952, ubat hanya boleh dibawa masuk untuk kegunaan peribadi dan tidak melebihi bekalan satu bulan.
Sentiasa patuhi undang-undang demi keselamatan kesihatan. πŸ’Š

17/03/2026
13/03/2026

Nak balik kampung?

Rancang perjalanan anda dan pastikan bekalan ubat anda mencukupi.

:: UBAT & PUASA::Ketahui cara pengambilan ubat di bulan Ramadan. Salam Ramadan
19/02/2026

:: UBAT & PUASA::

Ketahui cara pengambilan ubat di bulan Ramadan.

Salam Ramadan

Address

Jalan Belian Biawak, Bintawa
Kuching
93450

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6082482540

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sarawak:

Shortcuts

Share