Klinik Astana 24 Jam

Directions Contact the practice

Klinik Astana 24 Jam Kami menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk seisi keluarga anda meliputi wanita, kanak-kanak , warga emas & pekerja.
Buka pada setiap hari 🩺

Ketahui status kesihatan anda dengan saringan kesihatan.

Berita Baik! Kami Kini Panel Rasmi 🎉Klinik Astana 24 Jam dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami kini merupakan Panel...
28/09/2026

Berita Baik! Kami Kini Panel Rasmi 🎉

Klinik Astana 24 Jam dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami kini merupakan Panel Rasmi CRAUN RESEARCH SDN. BHD.

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang mudah, pantas dan berkualiti kepada semua ahli serta kakitangan yang layak.

✨ Kenapa pilih Klinik Astana 24 Jam?
✅ Dibuka 24 jam setiap hari
✅ Proses tuntutan panel yang mudah
✅ Rawatan oleh pasukan perubatan profesional
✅ Perkhidmatan mesra dan berkualiti

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Kami berharap kerjasama ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

📍 Klinik Astana 24 Jam
📞 082-440015
📧 [email protected]

Kesihatan Anda, Keutamaan Kami

Berita Baik! Kami Kini Panel Rasmi 🎉Klinik Astana 24 Jam dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami kini merupakan Panel...
28/09/2026

Berita Baik! Kami Kini Panel Rasmi 🎉

Klinik Astana 24 Jam dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami kini merupakan Panel Rasmi SGOS CAPITAL HOLDINGS SDN. BHD.

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang mudah, pantas dan berkualiti kepada semua ahli serta kakitangan yang layak.

✨ Kenapa pilih Klinik Astana 24 Jam?
✅ Dibuka 24 jam setiap hari
✅ Proses tuntutan panel yang mudah
✅ Rawatan oleh pasukan perubatan profesional
✅ Perkhidmatan mesra dan berkualiti

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Kami berharap kerjasama ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

📍 Klinik Astana 24 Jam
📞 082-440015
📧 [email protected]

Kesihatan Anda, Keutamaan Kami

Al Fatihah.إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونYa Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, m...
28/09/2026

Al Fatihah.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Salam takziah buat semua ahli keluarga daripada Klinik Astana 24 Jaam.

Al-Fatihah.

Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, Public Health Malaysia merakamkan ucapan salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Negara kehilangan seorang insan yang cukup disegani. Seorang wanita yang lembut pekertinya, tenang peribadinya, dan besar jasanya buat masyarakat serta negara. Pemergian seorang tokoh seperti beliau pastinya meninggalkan rasa kehilangan yang sangat besar di hati ramai.

Ada insan yang hadirnya membawa ketenangan, dan bila perginya dirasai seluruh negara. Allahyarhamah akan sentiasa dikenang sebagai sosok wanita yang penuh adab, kebijaksanaan dan kemuliaan peribadi.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan menitipkan doa buat Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

🚻 JANGAN SERING TAHAN KENCING!Kencing adalah keperluan semula jadi tubuh. Jangan abaikan isyarat badan dan jangan biasak...
25/09/2026

🚻 JANGAN SERING TAHAN KENCING!

Kencing adalah keperluan semula jadi tubuh. Jangan abaikan isyarat badan dan jangan biasakan diri menahan kencing terlalu lama.

Menahan kencing dengan kerap boleh meningkatkan risiko:
🔹 Jangkitan salur kencing
🔹 Pembentukan batu karang
🔹 Pundi kencing lemah
🔹 Masalah berkaitan buah pinggang

Dengar isyarat tubuh anda. Kencing dengan teratur demi kesihatan jangka panjang.

Hari ini klinik dibuka seperti biasa!
🏥 Klinik Astana 24 Jam https://g.co/kgs/BKh6fBa
📞 082-440015
📧 [email protected]

Selamat Menyambut Hari Malaysia! 🇲🇾Semoga semangat perpaduan dan keharmonian terus mekar dalam kalangan kita.Bersama mem...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia! 🇲🇾

Semoga semangat perpaduan dan keharmonian terus mekar dalam kalangan kita.
Bersama membina Malaysia yang lebih sihat, harmoni dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia, 16 September 2026!
Daripada kami, Klinik Astana 24 Jam 💗

KLINIK ASTANA 24 JAM DIBUKA HARI INI! 🩺✨Tak sihat? Jangan tunggu sampai keadaan bertambah teruk.Klinik Astana 24 Jam sen...
12/09/2026

KLINIK ASTANA 24 JAM DIBUKA HARI INI! 🩺✨

Tak sihat? Jangan tunggu sampai keadaan bertambah teruk.

Klinik Astana 24 Jam sentiasa bersedia untuk memberikan rawatan kepada anda dan keluarga. SIANG & MALAM, 24 JAM! ⏰

🤒 Demam, batuk & selsema
🤕 Sakit badan / sakit kepala
💊 Dapatkan pemeriksaan, ubatan & rawatan doktor
👨‍👩‍👧‍👦 Rawatan untuk seisi keluarga

Hari ini klinik dibuka seperti biasa!

🏥 Klinik Astana 24 Jam https://g.co/kgs/BKh6fBa
📞 082-440015
📧 [email protected]

Influenza bukan sekadar selesema biasa!Demam tinggi, batuk, sakit tekak, sakit badan dan keletihan melampau mungkin peta...
07/09/2026

Influenza bukan sekadar selesema biasa!

Demam tinggi, batuk, sakit tekak, sakit badan dan keletihan melampau mungkin petanda anda dijangkiti influenza. Jangan ambil mudah kerana influenza boleh menyebabkan komplikasi serius, terutama kepada kanak-kanak, warga emas, ibu hamil dan individu yang mempunyai penyakit kronik.

✅ Lindungi diri dan keluarga dengan:
• Kerap mencuci tangan
• Memakai pelitup muka jika bergejala
• Berehat secukupnya dan minum air yang mencukupi
• Mendapatkan vaksin influenza setiap tahun

📍 Jika gejala berlarutan, semakin teruk atau mengalami sesak nafas, dapatkan pemeriksaan dengan segera.

🏥 Klinik Astana 24 Jam https://g.co/kgs/BKh6fBa
📞 082-440015
📧 [email protected]

Kesihatan Anda, Keutamaan Kami. 💗

LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA.⚠️ NREB telah mengeluarkan larangan aktiviti pembakaran terbuka.Asap dan jerebu boleh menjej...
31/08/2026

LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA.

⚠️ NREB telah mengeluarkan larangan aktiviti pembakaran terbuka.

Asap dan jerebu boleh menjejaskan kesihatan, terutama kepada:

👶 Kanak-kanak
👴 Warga emas
🫁 Pesakit asma & masalah pernafasan

❌ Jangan lakukan pembakaran terbuka.

💨 Elakkan terdedah kepada asap dan jerebu.
😷 Gunakan pelitup muka jika perlu berada di luar.

Jaga kesihatan. Jaga udara kita. 💙

🩺Klinik Astana 24 Jam

Prihatin dengan kesihatan anda, 24 jam.

Larangan aktiviti pembakaran terbuka telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa NREB. Mohon disebarluaskan kepada komuniti & kejiranan masing-masing.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2026! 🇲🇾Hari Merdeka bukan sekadar mengingati sejarah, tetapi menghargai peng...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2026! 🇲🇾

Hari Merdeka bukan sekadar mengingati sejarah, tetapi menghargai pengorbanan para pejuang yang telah menghadiahkan kita kebebasan, keamanan dan perpaduan.

Semoga semangat patriotisme terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang lebih sihat, harmoni dan sejahtera.

Daripada kami di Klinik Astana 24 Jam, kami mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih atas kepercayaan anda kepada kami untuk menjaga kesihatan anda dan keluarga.

“Jiwa Merdeka, Rakyat Sejahtera.” ❤️🤍💙💛

Klinik dibuka 24 jam.

🏥 Klinik Astana 24 Jam https://g.co/kgs/BKh6fBa
📞 082-440015
📧 [email protected]

🌙 Salam Maulidur Rasul 1448H | 2026M 🤍“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik ba...
25/08/2026

🌙 Salam Maulidur Rasul 1448H | 2026M 🤍

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, mencontohi akhlak mulia dan mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga kasih kepada Rasulullah SAW terus mekar di hati, membawa keberkatan, kedamaian dan rahmat kepada kita semua.

Daripada kami di Klinik Astana 24 Jam, kami mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Klinik dibuka 24 jam.

🏥 Klinik Astana 24 Jam https://g.co/kgs/BKh6fBa
📞 082-440015
📧 [email protected]

Address

Jalan Astana
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Astana 24 Jam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Astana 24 Jam:

Shortcuts

Share