Let'z Play Pre-school-Sourabaya height

Let'z Play Pre-school-Sourabaya height Inclusive pre-school for children with developmental delayed

KENYATAAN MEDIALet'z Play Therapy Sokong Usaha Memperkasa Advokasi Autisme di Sarawak4 Julai 2026Let'z Play Therapy berb...
04/07/2026

KENYATAAN MEDIA

Let'z Play Therapy Sokong Usaha Memperkasa Advokasi Autisme di Sarawak

4 Julai 2026

Let'z Play Therapy berbesar hati menjadi sebahagian daripada rakan strategik dalam menjayakan Program Advokasi Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme Peringkat Sarawak Tahun 2026, yang berlangsung di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dan Persatuan SUREABLE ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap autisme, meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan intervensi awal, serta memperluaskan jaringan sokongan kepada individu autisme dan keluarga mereka.

Selaras dengan komitmen Let'z Play Therapy dalam memperkasakan pembangunan kanak-kanak berkeperluan khas, penyertaan dalam program ini mencerminkan usaha berterusan untuk membina ekosistem perkhidmatan yang lebih inklusif melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan, organisasi masyarakat, institusi pendidikan, penyedia perkhidmatan dan komuniti.

Program ini turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu, jaringan profesional dan kolaborasi strategik dalam memastikan setiap individu autisme mendapat peluang yang adil untuk belajar, berkembang dan mencapai potensi terbaik mereka.

Let'z Play Therapy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan, Persatuan SUREABLE sebagai rakan strategik program, Pustaka Negeri Sarawak atas penyediaan lokasi program yang kondusif, Singapore Chicken Rice (SCR) atas tajaan makanan, Yakult Malaysia atas sumbangan minuman, serta Tadika Good Land dan Let'z Play Therapy atas sumbangan hamper kepada para peserta.

Semoga sinergi yang terjalin ini akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan perkhidmatan autisme yang lebih berkualiti, mudah diakses dan mampan, demi kesejahteraan komuniti autisme di Sarawak dan Malaysia.

Nurturing Abilities, Inspiring Possibilities.

Let'z Play Therapy

Selamat Hari Ibu 🌸Untuk setiap ibu anak autismeterima kasih kerana terus kuat, sabar, dan penuh kasih sayang.Di saat dun...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu 🌸
Untuk setiap ibu anak autisme

terima kasih kerana terus kuat, sabar, dan penuh kasih sayang.

Di saat dunia tidak selalu memahami,
anda tetap menjadi tempat paling selamat untuk anak anda.

Kasih ibu tidak perlu sempurna untuk menjadi luar biasa

02/04/2026

Selamat menyambut Hari Autisme Sedunia 2026 💙💙💙

Selamat Hari RayaMaaf Zahir Dan BatinDari Kami Let'z Play Therapy Samarahan dan Kuching Pergi ke taman memetik delima,Si...
21/03/2026

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Dan Batin

Dari Kami Let'z Play Therapy
Samarahan dan Kuching

Pergi ke taman memetik delima,
Singgah sebentar di tepi perigi;
Bermain sambil belajar bersama,
Let’z Play Therapy sentiasa di hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

💙💙💙

Bulan yang di tunggu dah tiba,Bulan untuk muhasabah diri,Dan bulan untuk ketenangan jiwa.Selamat Menyambut Bulan Ramadan...
19/02/2026

Bulan yang di tunggu dah tiba,

Bulan untuk muhasabah diri,

Dan bulan untuk ketenangan jiwa.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dari warga kerja Let'z Play Group Sdn Bhd.

“Kenapa anak saya asyik nak didukung atau duduk dalam stroller?” Tanya seorang ibu kepada saya semasa sesi parent coachi...
15/01/2026

“Kenapa anak saya asyik nak didukung atau duduk dalam stroller?”

Tanya seorang ibu kepada saya semasa sesi parent coaching semalam.

Ibu-bapa sekalian Ini bukan sebab semata-mata anak anda manja. Tetapi...

Ini adalah cara anak autism mengawal diri mereka.

1️⃣ Sensory Overload
Bunyi, cahaya & pergerakan sekeliling terlalu kuat
➡️ Stroller buat anak rasa lebih selamat & terkawal

2️⃣ Pelukkan Deep Pressure
Didukung beri tekanan dalam yang menenangkan
➡️ Kurangkan gelisah,rasa Selamat & tantrum

3️⃣ Sukar Motor Planning
Berjalan perlukan fokus, imbangan & koordinasi yang berterusan.
➡️ Stroller kurangkan keletihan fizikal & mental

4️⃣ Cemas di Tempat Awam
Persekitaran baru boleh menakutkan
➡️ Dekat dengan penjaga = emosi lebih stabil dan Selamat.

5️⃣ Jimat Tenaga untuk Mengawal Diri
Otak anak bekerja lebih keras berbanding kanak-kanak tipikal
➡️ Duduk = simpan tenaga untuk kekal tenang

❤️ Penting Untuk Ibu Bapa

✔️ Ini keperluan perkembangan, bukan tabiat buruk
✔️ Boleh latih anak berjalan secara berperingkat
✔️ Regulasi emosi lebih utama daripada “memaksa mereka untuk berdikari”

Welcome back to school, dear Let’z Play Therapy students! May 2026 be filled with joyful learning, new discoveries, grow...
05/01/2026

Welcome back to school, dear Let’z Play Therapy students!

May 2026 be filled with joyful learning, new discoveries, growing independence, and many small victories every day.

We’re so proud of you and excited to learn and play together again!

02/01/2026

Untuk ibu-bapa yang berminat untuk mengetahui program-program kami jangan lupa datang ke open day kami di Samarahan hari ini 2.1.2026.

Pelbagai aktiviti menarik dan voucher program khas untuk anda.

✨ Selamat Tahun Baru 2026 ✨Seluruh warga Let’z Play Therapy mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua ibu bapa, a...
01/01/2026

✨ Selamat Tahun Baru 2026 ✨

Seluruh warga Let’z Play Therapy mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua ibu bapa, anak-anak istimewa, rakan kolaborasi dan komuniti yang sentiasa menyokong kami.

Terima kasih atas kepercayaan, doa dan perjalanan yang kita lalui bersama sepanjang tahun lalu. Setiap senyuman, setiap kemajuan kecil, dan setiap langkah ke hadapan adalah inspirasi buat kami untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan empati.

Semoga tahun 2026 membawa harapan baharu, kekuatan baharu, dan lebih banyak momen bermakna dalam perkembangan anak-anak kita.

Bersama, kita terus menyokong potensi satu langkah kecil, satu pencapaian besar. 💙

Ikhlas,
Let’z Play Therapy

Address

Lot 25 Taman Sourabaya Height Kuching
Kuching

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Let'z Play Pre-school-Sourabaya height posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Let'z Play Pre-school-Sourabaya height:

Shortcuts

Share