FB Rasmi Hospital Umum Sarawak

FB Rasmi Hospital Umum Sarawak Hospital Umum Sarawak merupakan sebuah hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan pakar kepada hospital-hospital di seluruh Sarawak

OBJEKTIF

Menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pesakit serta mempercepatkan proses pemulihan menerusi rawatan dan proses kejururawatan yang diselia. Menyediakan aktiviti sokongan yang sisitematik dan teratur dengan menggalakkan sikap penyayang terhadap pesakit, saudara mara dan pelanggan.

πŸŽ‰πŸƒβ€β™‚οΈ FUN RUN – HEALTHY RUN: WEALTHY MIND 2.0 πŸƒβ€β™€οΈπŸŽ‰Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama...
27/07/2026

πŸŽ‰πŸƒβ€β™‚οΈ FUN RUN – HEALTHY RUN: WEALTHY MIND 2.0 πŸƒβ€β™€οΈπŸŽ‰

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama memeriahkan pagi yang penuh keseronokan dan sihat di Waterfront Kuching! πŸŒΏπŸ’™

πŸ“… Tarikh: 4 Oktober 2026
πŸ“ Lokasi: Waterfront Kuching
πŸ… Jarak: 5KM

✨ Sertai kami dan nikmati:
πŸ‘• T-Shirt Eksklusif Acara
πŸ… Pingat Penamat
πŸ’ͺ Aktiviti Gaya Hidup Sihat
😊 Suasana Positif & Ceria
🎁 Lucky draw

Mari kita mempromosikan kesihatan mental melalui kecergasan dan semangat komuniti!
Bawalah keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerja anda untuk larian yang bermakna ke arah tubuh yang lebih sihat dan minda yang lebih sejahtera. 🌈

πŸ’š LARI β€’ KEKAL SIHAT β€’ KEKAL POSITIF πŸ’š

πŸ“² Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster & pautan ini https://cps4.me/fun-run-healthy-run-wealthy-mind26
Tarikh TUTUP penyertaan adalah pada 31 OGOS 2026

CALL FOR ABSTRACT- 1st Borneo Nursing Research Seminar 2026 - 1st Announcement FylerAssalamualaikum WBT, Salam Sejahtera...
21/05/2026

CALL FOR ABSTRACT- 1st Borneo Nursing Research Seminar 2026 - 1st Announcement Fyler

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

YBrs. Dr. / Tuan / Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI 1ST BORNEO NURSING RESEARCH SEMINAR 2026

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kejururawatan Hospital Umum Sarawak berkolaborasi bersama CRC HUS, ILKKM Kuching, UNIMAS dan UiTM akan menganjurkan 1st Borneo Nursing Research Seminar 2026 yang bertemakan β€œRevitalising Nursing Education, Research towards Evidence based Practice in Nursing and Primary Healthcare" seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 3 & 4 September 2026

Tempat : Borneo Culture Museum, Kuching, Sarawak

3. Seminar ini merupakan platform utama yang menghimpunkan jururawat, penyelidik serta ahli akamedik dari dalam dan luar negara, bagi membincangkan perkembangan terkini dan masa depan landskap kejuruawatan berasaskan "Evidence based Practice" di Malaysia.

4. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBrs. Dr. / Tuan / Puan untuk menghadiri seminat ini. Penyertaan YBrs. Dr. / Tuan / Puan amat dialu-alukan dan diyakini dapat menyumbang kepada perbincangan yang bermakna serta memperluas jaringan profesional.

5. Adalah dimaklumkan bahawa semua yuran penyertaan, penginapan serta kos logistik adalah di bawah tanggungjawab peserta.

6. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak urus setia Puan Rosnah binti Mohidin (012-8894071), Puan Irene Gitek (016-8007875)

7. Kerjasama dan sokongan YBrs. Dr. / Tuan / Puan dalam menjayakan semonar ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

20/05/2026

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri acara tambahan Persidangan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) di Geneva yang memfokuskan kepada agenda Penyakit Jarang Jumpa di peringkat ASEAN.

Di platform antarabangsa tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsi dua inisiatif penting serantau, iaitu pelancaran Laporan Forum Penyakit Jarang Jumpa Asia Tenggara dan pembentangan pratinjau cadangan Deklarasi ASEAN Mengenai Penyakit Jarang Jumpa.

KKM menyifatkan deklarasi ini sebagai satu komitmen moral bersama untuk mempertingkat pengesanan awal, kemudahan rujukan, dan akses rawatan pesakit. Di peringkat domestik p**a, KKM terus komited memperkasakan perubatan jitu (precision medicine), inovasi genomik, serta saringan awal bayi bagi memastikan pesakit tidak dipinggirkan akibat kerumitan atau kos rawatan yang tinggi.

Menyedari cabaran ini terlalu besar untuk dipikul secara bersendirian, KKM menegaskan bahawa kesepakatan jiran ASEAN amat kritikal. Melalui usaha sama serantau ini, KKM berazam memastikan setiap individu yang berdepan penyakit jarang jumpa dikesan lebih awal, mendapat rawatan terbaik, dan diberikan harapan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

20/05/2026

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri acara tambahan Persidangan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) bertajuk β€œThe Value of Vision: The Roadmap to the Global Summit for Eye Health” di Geneva.

Melalui acara tambahan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menegaskan bahawa isu kehilangan penglihatan adalah cabaran kesaksamaan semua, dan Penjagaan Mata Bersepadu wajib diangkat dalam kerangka Liputan Kesihatan Sejagat (UHC).

Sebagai langkah proaktif, setakat Jun 2025, sebanyak 498 buah klinik kesihatan awam di seluruh negara telah dilengkapi dengan kamera fundus bagi membolehkan saringan awal penyakit mata akibat diabetes dilaksanakan terus di peringkat komuniti.

Bagi memastikan kelompok masyarakat di luar bandar dan kawasan pedalaman tidak terus tercicir, perkhidmatan bas bergerak Klinik Katarak KKM telah digerakkan untuk membawa kemudahan pembedahan secara terus kepada golongan sasar.

Inisiatif ini turut diperkukuh dengan sistem DR MATA, sebuah inovasi digital yang direka khusus untuk mempercepat proses saringan dan meluaskan pengesanan awal penyakit yang berisiko mengakibatkan buta.

Pelaksanaan dan keberkesanan intervensi ini dipantau rapi menerusi Tinjauan Mata Kebangsaan dan Pangkalan Data Mata Kebangsaan. Perbincangan di WHA79 ini juga penting sebagai langkah persediaan awal negara menjelang Sidang Kemuncak Kesihatan Mata Global yang akan diadakan pada November 2026 kelak.

KKM berpegang teguh pada prinsip bahawa dasar antarabangsa mesti memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

20/05/2026
20/05/2026
20/05/2026

Address

Jalan Hospital
Kuching
93586

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FB Rasmi Hospital Umum Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category