05/11/2026
🎉 SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (PPK) 2026 HOSPITAL SENTOSA 🎉
Hospital Sentosa telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) 2026 pada 3 November 2026 (Selasa) bertempat di Dewan OT, Hospital Sentosa.
Majlis yang bertemakan “Transformasi Kompetensi, Pemangkin PPK Resilien” telah dimeriahkan dengan pelbagai pengisian, antaranya sesi Continuing Medical Education (CME), ceramah kesedaran, pelancaran Logo Kelab PPK, persembahan deklamasi sajak, penyampaian hadiah Pertandingan Mencipta Logo Kelab PPK, Anugerah Tokoh PPK dan Tokoh Harapan PPK 2026 serta tayangan montaj khas Hari PPK.
Ucapan dan perasmian Sambutan Hari PPK 2026 telah disempurnakan oleh Dr. Alice Tiong Min Lee, Timbalan Pengarah 1, Hospital Sentosa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PPK atas komitmen, dedikasi dan sumbangan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta penjagaan terbaik kepada pesakit.
Transformasi Kompetensi, Pemangkin PPK Resilien
Selamat Hari PPK 2026! 💐