28/08/2026
Malam pertengahan bulan Hijriah sentiasa ada misteri tersendiri. Ketika bulan di langit membulat penuh, berkilau seperti perak di dada malam, air laut di bumi mula bergelora. Gelombang pasang surut naik ke puncak tertinggi, ditarik oleh daya graviti bulan yang luar biasa.
Tanpa sedar, perkara yang sama berlaku di dalam tubuh manusia.
Tubuh kita, yang 70% daripadanya adalah cecair, turut 'bergelora'. Tekanan darah meningkat, hormon bergelora, dan toksin serta sel darah merah yang telah mati (sel toks*k) terkumpul, terapung mendekati permukaan kulit—sedia untuk dibuang.
Inilah rahsia di sebalik Tarikh Sunnah Bekam (17, 19, dan 21 bulan Hijriah).
Bila Malam Bulan Penuh Berlalu...
Sebaik sahaja tarikh 15 dan 16 Hijriah berlalu, gelombang pasang surut dalam badan mula reda secara perlahan-lahan. Pada detik inilah, sisa-sisa "kotoran" dan toksin yang tersangkut di bawah kulit berada di tempat yang paling optimum untuk dikeluarkan.
Nabi Muhammad SAW, dengan hikmah wahyu yang melangkaui zaman dan sains moden, telah membocorkan rahsia ini lebih 1,400 tahun dahulu: