Badan Budaya UNIMAS : BAYU

Badan Budaya UNIMAS : BAYU Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Badan Budaya UNIMAS : BAYU, Kuching.

Badan Budaya UNIMAS (BAYU) merupakan sebuah persatuan pelajar di bawah Seksyen Kebudayaan & Kesenian UNIMAS yang menggerakkan aktiviti yang berbentuk kebudayaan dan kesenian sama ada di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

pengikut
22/07/2026

pengikut

29/06/2026

Isnin | 29.06.2026πŸ•ŠοΈ
Clock-out terakhir & Majlis Penyerahan Tugas β°πŸ€πŸ“

Terima kasih, Encik Azrul, atas segala jasa, bimbingan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang bersama Seksyen Kebudayaan dan Kesenian.

Semoga setiap langkah selepas ini dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kejayaan yang berterusan. Kenangan dan sumbangan boss akan sentiasa menjadi inspirasi buat kami semua di SKK🫢🏻

Selamat melangkah ke fasa baharu. Semoga terus cemerlang di mana jua berada.

Terima kasih atas segalanya, Encik Azrul.
🍁✨ γ‚š

Credit : Bahagiaku Sederhana - Jamik Jams
https://youtu.be/Wv7EgBs92_c?si=_N4lxEjTG-R20IYl

Persaraan bukanlah pengakhiran sebuah perjalanan, tetapi permulaan kepada lembaran kehidupan yang lebih indah. Segala ja...
29/06/2026

Persaraan bukanlah pengakhiran sebuah perjalanan, tetapi permulaan kepada lembaran kehidupan yang lebih indah. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan akan terus menjadi inspirasi dan kenangan buat semua. Selamat bersara Encik Noor Azrul Mohd Ariff, Ketua Seksyen Kebudayaan & Kesenian UNIMAS merangkap Penasihat Badan Budaya UNIMAS (BAYU), semoga hari-hari mendatang dipenuhi ketenangan, kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

29/06/2026

Selamat Bersara kepada En Noor Azrul Bin Mohd Ariff

Setiap langkah yang diambil, setiap usaha yang dicurahkan, dan setiap ilmu yang dikongsikan telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami semua.

Persaraan bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada perjalanan baharu yang lebih indah. Semoga segala jasa yang telah diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Terima kasih atas segala pengorbanan dan dedikasi. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Selamat bersara. Jasa dikenang, budi disanjung, kenangan terpahat selamanya. 🌹

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan ketenangan, kesihatan serta kejayaan kepada semua calon. Lakukan yang t...
22/06/2026

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan ketenangan, kesihatan serta kejayaan kepada semua calon. Lakukan yang terbaik dan percaya pada usaha yang telah dilakukan.





pengikut

17/06/2026
 fans pengikut
30/05/2026

fans pengikut

26/05/2026
BADAN BUDAYA UNIMAS (BAYU) MENERUSKAN KEMERLANGAN DI FESTIVAL KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (FESTKUM) 2026Un...
26/05/2026

BADAN BUDAYA UNIMAS (BAYU) MENERUSKAN KEMERLANGAN DI FESTIVAL KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (FESTKUM) 2026

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi Seksyen Kebudayaan dan Kesenian, Pusat Khidmat Pelajar dan Badan Budaya UNIMAS (BAYU) telah menyertai Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FESTKUM) 2026 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 21 hingga 24 Mei 2026. Penyertaan ini menyaksikan kontinjen UNIMAS berjaya mencatat pencapaian membanggakan dalam beberapa kategori pertandingan yang dipertandingkan.

Antara pencapaian utama yang diraih ialah Tempat Ke-4 daripada 14 universiti menerusi kategori Tarian Rampaian Tradisional Melayu, Tempat Ke-4 daripada 17 universiti bagi kategori Tarian Kreatif Malaysia Solo, serta Tempat Ke-5 daripada 19 universiti menerusi kategori Instrumental Muzik Solo. Selain itu, UNIMAS turut memberikan saingan sengit dalam kategori Penulisan Khat, Nyanyian Lagu Irama Malaysia, Teater Monolog Solo dan Deklamasi Sajak Solo apabila berjaya tersenarai dalam 10 Universiti Awam terbaik daripada keseluruhan penyertaan.

Penyertaan ini sekali lagi membuktikan komitmen serta keupayaan pelajar UNIMAS dalam mengangkat bakat, kreativiti dan warisan budaya di peringkat kebangsaan.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Unimas Global
Prof Dr Hj Ahmad Hata bin Rasit
TNC HEPA, Universiti Malaysia Sarawak
PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR UNIMAS
Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS

pengikut

Address

Kuching
94300

Opening Hours

Monday 09:00 - 04:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 04:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badan Budaya UNIMAS : BAYU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Badan Budaya UNIMAS : BAYU:

Shortcuts

Share