27/05/2026
Ramai orang ingat…
Kalau sesuatu syarikat TAK ADA panel syariah, automatik jadi “tak patuh syariah”.
Dan kalau ADA panel syariah p**a, automatik confirm “syariah compliant”.
Sebenarnya tak semudah itu.
Panel syariah bukan “lesen magik” yang terus menjadikan sesuatu bisnes itu halal atau haram.
Dalam Islam, asas penilaian syariah tetap kembali kepada:
✅ cara bisnes berjalan
✅ bagaimana duit bergerak
✅ cara bonus dibayar
✅ ada unsur riba atau tidak
✅ ada unsur penindasan atau tidak
✅ produk real atau sekadar topeng
✅ wujud manip**asi atau tidak
Sebab itu ada syarikat yang tiada panel syariah formal… tetapi sistemnya lebih bersih dan sihat.
Dan ada juga syarikat yang ada nama “Islamik”… tetapi masih dipertikaikan kerana cara operasinya.
Untuk industri tertentu seperti:
• Islamic banking
• takaful
• pelaburan Islam
…panel syariah memang diwajibkan oleh regulator seperti Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti.
Tetapi untuk banyak jenis perniagaan lain termasuk MLM, panel syariah tidak semestinya diwajibkan dari sudut undang-undang.
Cuma kalau sesebuah syarikat mahu membawa imej “patuh syariah”, memang sangat baik jika mereka ada penasihat syariah untuk semakan dan audit.
Tetapi sebagai pengguna dan masyarakat…
kita juga perlu belajar menilai dengan ilmu.
Jangan hanya tengok:
“ADA panel” → terus percaya
“TAK ADA panel” → terus cop haram
Kerana syariah bukan sekadar nama pada brochure.
Ia tentang:
keadilan,
ketelusan,
amanah,
dan bagaimana sesuatu bisnes itu benar-benar dijalankan.