17/11/2026
🌧️ MUSIM BANJIR: JANGAN ABAIKAN KESIHATAN!
Bila banjir melanda, bukan harta benda sahaja yang berisiko. Kesihatan anda dan keluarga juga perlu dijaga.
⚠️ 5 risiko kesihatan musim banjir:
1. Kencing tikus (Leptospirosis)
2. Jangkitan kulit
3. Cirit-birit dan muntah
4. Luka dan jangkitan
5. Jangkitan pernafasan
✅ Elakkan meredah air banjir.
✅ Minum air bersih.
✅ Pastikan makanan dimasak sempurna.
✅ Bersihkan luka dengan segera.
✅ Dapatkan pemeriksaan jika mengalami gejala selepas terdedah kepada air banjir.
Jangan tunggu sehingga sakit menjadi serius.
📍 Poliklinik Unik – Kami sedia membantu keperluan kesihatan anda.
Semoga semua mangsa banjir diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. ❤️