perubatan Islam Lahad Datu

perubatan Islam Lahad Datu pengubatan islam

BISMILLAHGARAM RUQYAH & BIDARA SYIFA   WHATSAPP NO 011-3173 1966
03/06/2024

BISMILLAH

GARAM RUQYAH & BIDARA SYIFA





WHATSAPP NO 011-3173 1966

BISMILLAH KELUPAAN KELALAIAN BERASAL DARI SYAITAN 😈DR. SULAIMAN AL-ASYQAR MENGATAKAN,  "DI ANTARA TIPU DAYA DAN RAYUAN S...
01/06/2024

BISMILLAH

KELUPAAN KELALAIAN BERASAL DARI SYAITAN 😈

DR. SULAIMAN AL-ASYQAR MENGATAKAN, "DI ANTARA TIPU DAYA DAN RAYUAN SETAN PADA MANUSIA ADALAH GANGGUAN YANG DIA LANCARKAN KEPADA NABI ADAM A.S. DIA SENANTIASA MENGGODA DAN MEMUJUKNYA HINGGA BERHASIL MELALAIKAN ADAM A.S DARI PERINTAH RABB-NYA"

ALLAH S.W.T BERFIRMAN:

وَلَقَدْ عَهِدْنَآ اِلٰٓى اٰدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهٗ عَزْمًا ࣖ
115. Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

قَالَ اَرَاَيْتَ اِذْ اَوَيْنَآ اِلَى الصَّخْرَةِ فَاِنِّيْ نَسِيْتُ الْحُوْتَۖ وَمَآ اَنْسٰىنِيْهُ اِلَّا الشَّيْطٰنُ اَنْ اَذْكُرَهٗۚ وَاتَّخَذَ سَبِيْلَهٗ فِى الْبَحْرِ عَجَبًا
63. Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan,


وَقَالَ لِلَّذِيْ ظَنَّ اَنَّهٗ نَاجٍ مِّنْهُمَا اذْكُرْنِيْ عِنْدَ رَبِّكَۖ فَاَنْسٰىهُ الشَّيْطٰنُ ذِكْرَ رَبِّهٖ فَلَبِثَ فِى السِّجْنِ بِضْعَ سِنِيْنَ ࣖ
42. Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.

اِسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطٰنُ فَاَنْسٰىهُمْ ذِكْرَ اللّٰهِ ۗ اُولٰۤىِٕكَ حِزْبُ الشَّيْطٰنِۗ اَلَآ اِنَّ حِزْبَ الشَّيْطٰنِ هُمُ الْخٰسِرُوْنَ
19. Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

Maksud golongan yg merugi adalah orang-orang munafiq, sebagai mana di jelaskan dlm ayat yang di atas surah Al an'am 68 terhadap ayat ini.
Sedangkan cara melepas kan dari pengaruh dan godaan syaitan adalah banyak berdzikir kepada Allah SWT, Sebb dengan berdzikir akan dapat mengusir setan. Allah SWT berfirman.

وَلَا تَقُوْلَنَّ لِشَا۟يْءٍ اِنِّيْ فَاعِلٌ ذٰلِكَ غَدًاۙ
23. Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
اِلَّآ اَنْ يَّشَاۤءَ اللّٰهُ ۖوَاذْكُرْ رَّبَّكَ اِذَا نَسِيْتَ وَقُلْ عَسٰٓى اَنْ يَّهْدِيَنِ رَبِّيْ لِاَقْرَبَ مِنْ هٰذَا رَشَدًا
24. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

WALLAHU A'LAM

Alhamdulillah selesai jugak urus masalah2 pesakit yang terkena gangguan jin saka sihir santau jin asyik di bulan mei. Alhamdulillah. Terimakasih yang SDH pernah berubat dengan kami. Dan kami mendoakan kesembuhan. Kepada kalian semoga Allah SWT sembuh kan kamu smuaa sehat walafiat amiinn ya' rabbal alamin semoga jadi asbab Syifa dan hidayah ☺️





WHATSAPP NO 011-3173 1966

Makna SihirIbn Manzur menyebut di dalam Lisan al-Arab bahawa yang dimaksudkan dengan sihir itu adalah amalan yang dengan...
13/11/2023

Makna Sihir

Ibn Manzur menyebut di dalam Lisan al-Arab bahawa yang dimaksudkan dengan sihir itu adalah amalan yang dengannya mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuan darinya.

Sihir Di Dalam Al-Quran

Amalan sihir juga bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Al-Quran telah menyebutkan mengenainya pada banyak tempat dan yang paling jelas mengenainya apabila Al-Quran menceritakan perihal kisah Nabi Musa AS menentang tukang sihir Firaun. Firman Allah SWT:

وَقَالَ مُوسَىٰ يَٰفِرۡعَوۡنُ إِنِّي رَسُولٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٠٤ حَقِيقٌ عَلَىٰٓ أَن لَّآ أَقُولَ عَلَى ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡحَقَّۚ قَدۡ جِئۡتُكُم بِبَيِّنَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ فَأَرۡسِلۡ مَعِيَ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ١٠٥ قَالَ إِن كُنتَ جِئۡتَ بِ‍َٔايَةٖ فَأۡتِ بِهَآ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ ١٠٦ فَأَلۡقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعۡبَانٞ مُّبِينٞ ١٠٧ وَنَزَعَ يَدَهُۥ فَإِذَا هِيَ بَيۡضَآءُ لِلنَّٰظِرِينَ ١٠٨ قَالَ ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِ فِرۡعَوۡنَ إِنَّ هَٰذَا لَسَٰحِرٌ عَلِيمٞ ١٠٩ يُرِيدُ أَن يُخۡرِجَكُم مِّنۡ أَرۡضِكُمۡۖ فَمَاذَا تَأۡمُرُونَ ١١٠ قَالُوٓاْ أَرۡجِهۡ وَأَخَاهُ وَأَرۡسِلۡ فِي ٱلۡمَدَآئِنِ حَٰشِرِينَ ١١١ يَأۡتُوكَ بِكُلِّ سَٰحِرٍ عَلِيمٖ ١١٢ وَجَآءَ ٱلسَّحَرَةُ فِرۡعَوۡنَ قَالُوٓاْ إِنَّ لَنَا لَأَجۡرًا إِن كُنَّا نَحۡنُ ٱلۡغَٰلِبِينَ ١١٣ قَالَ نَعَمۡ وَإِنَّكُمۡ لَمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ١١٤ قَالُواْ يَٰمُوسَىٰٓ إِمَّآ أَن تُلۡقِيَ وَإِمَّآ أَن نَّكُونَ نَحۡنُ ٱلۡمُلۡقِينَ ١١٥ قَالَ أَلۡقُواْۖ فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ سَحَرُوٓاْ أَعۡيُنَ ٱلنَّاسِ وَٱسۡتَرۡهَبُوهُمۡ وَجَآءُو بِسِحۡرٍ عَظِيمٖ ١١٦ ۞وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَلۡقِ عَصَاكَۖ فَإِذَا هِيَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ ١١٧ فَوَقَعَ ٱلۡحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ١١٨ فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَٱنقَلَبُواْ صَٰغِرِينَ ١١٩ وَأُلۡقِيَ ٱلسَّحَرَةُ سَٰجِدِينَ ١٢٠ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٢١ رَبِّ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ ١٢٢ قَالَ فِرۡعَوۡنُ ءَامَنتُم بِهِۦ قَبۡلَ أَنۡ ءَاذَنَ لَكُمۡۖ إِنَّ هَٰذَا لَمَكۡرٞ مَّكَرۡتُمُوهُ فِي ٱلۡمَدِينَةِ لِتُخۡرِجُواْ مِنۡهَآ أَهۡلَهَاۖ فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ ١٢٣ لَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَٰفٖ ثُمَّ لَأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ ١٢٤ قَالُوٓاْ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ ١٢٥ وَمَا تَنقِمُ مِنَّآ إِلَّآ أَنۡ ءَامَنَّا بِ‍َٔايَٰتِ رَبِّنَا لَمَّا جَآءَتۡنَاۚ رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرٗا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ ١٢٦



Maksudnya: Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan. Dan berkatalah Nabi Musa: "Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. "Sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, bebaskanlah Kaum Bani Israil menyertai aku (ke Palestin). Firaun menjawab: "Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah dia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar". Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata. Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya. Berkatalah Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir. "Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu". (Firaun bertanya): "Oleh itu, apa yang kamu syorkan?" Mereka berkata: "Tangguhkanlah dia dan saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang hukuman) serta utuslah ke bandar-bandar (di merata-rata negeri Mesir untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir); "Yang kelak akan membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir". Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun lalu berkata: "Sungguhkah kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya?" Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapat upah) dan kamu sesungguhnya (akan menjadi) dari orang-orang yang damping (denganku)". Mereka berkata: "Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?" Nabi Musa menjawab: "Campakkanlah kamu (dahulu)!" Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya). Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam."(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun". Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya). "Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya). "Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".

(Surah al-A’raf, 7: 104-126)



Islam & Sihir

Islam menolak amalan sihir dan mengajar orang Islam untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir, seperti FirmanNya:

وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ

Maksudnya: "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).”

(Surah al-Falaq, 113:4)

Berkata Imam al-Tabari: “(yakni minta berlindung) daripada kejahatan ahli sihir perempuan yang bertiup pada simpulan benang ketika menjampinya.”



Hadis Rasulullah SAW juga jelas menyenaraikan amalan sihir sebagai salah satu dosa besar. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:



اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ

Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”

Hadis riwayat Imam Bukhari (2766) dalam Sahih-nya



Imam al-Dzahabi memasukkan dosa sihir dalam kitab al-Kabair (1/185) bahkan pengamal sihir membawa kepada kafir berdalilkan firman Allah Taala:



وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ

Maksudnya: “Tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir.



(Surah al-Baqarah, 2:102)

Syaitan yang dilaknat mengajar manusia sihir dengan tujuan tidak lain tidak bukan hanya untuk menjadikan mereka mensyirikkan Allah.



Hukuman Terhadap Tukang Sihir

Ulama berbeza pandangan berkenaan hukuman kepada tukang sihir. Imam Malik berpendapat hukumannya adalah bunuh, tidak ada proses istitabah dan tidak diterima taubatnya. Ini kerana Allah SWT sendiri berfirman mengatakan orang yang melakukan sihir ini adalah kufur. Firman Allah SWT:



وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٞ فَلَا تَكۡفُرۡۖ

Maksudnya: “…sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)."

(Surah Al-Baqarah: 102)

Ianya juga adalah pendapat al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Thaur, al-Imam Ishak, al-Imam al-Syafi’e dalam satu riwayat dan al-Imam Abu Hanifah Rhm ( Tafsir al-Qurtubi, 2/48).

Manakala pandangan kedua ialah pandangan yang masyhur daripada al-Imam Syafie bahawa jika penyihir itu tidak membunuh dengan sihirnya maka tidak dibunuh. Lihat Fath al-Bari (10/236).

Berkata al-Imam al-Nawawi: Kadangkala sihir itu membawa kepada kekufuran dan kadangkala sihir itu tidak membawa kepada kufur, tetapi dosa besar. Maka jika terdapat dalam sihir itu perkataan atau perbuatan yang membawa kepada kufur maka kafir pelakunya, jika tidak (seperti menggunakan ubat-ubatan dan dadah), maka tidak kufur. Adapun mempelajarinya dan mengajarnya adalah haram, maka pelajaran itu membawa kepada kufur maka kafirlah, jika tidak, maka tidak kufur. Jika tidak membawa kepada kekufuran, maka tukang sihir itu dita’zir dan diberi peluang untuk taubat.” Lihat Syarh Sahih Muslim 14/176.

Dalam sebuah hadith ada menyebutkan:

حَدُّ السَّاحِرِ ضَرْبَةٌ بِالسَّيْفِ

Maknanya: Had (hukuman) bagi tukang sihir adalah bunuh.

Riwayat Al-Tirmizi (1460)

Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan sihir, sama ada melakukannya atau dibinasakan dengannya.

Wallahua`lam.




Whatsapp no 011-3173 1966

sila chat saya smula no whatsap 011-3173 1966
02/11/2023

sila chat saya smula no whatsap 011-3173 1966

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ***مَاشَاءَ اللهُ تَبَارَكَ اللهُJOM BOOKING SEGERA UNTUK TARIKH S...
31/10/2023

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ***
مَاشَاءَ اللهُ تَبَارَكَ اللهُ

JOM BOOKING SEGERA UNTUK
TARIKH SUNNAH BERBEKAM DI BULAN NOVEMBER 2023


3 tarikh afdal berbekam pada bulan ini adalah seperti berikut:

1 NOVEMBER 2023 (17 RABI'LL 1445AH) - rabu

3 NOVEMBER 2023 (19 RABI'LL 1445AH) - Juma'at

5 NOVEMBER 2023 (21 RABI'LL 1445AH) - ahad


, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berbekam pada hari ke 17,19,21 Hijriyyah, maka ia sembuh dari segala macam penyakit.” HR Abu Daud.

Jom Sihat dengan Bekam💪😁 ruqyah syariyyah &bekam sunnah insyaallah





WhatsApp no 011-3173 1966

BISMILLAH, alhamdulillah sedikit berkongsian ilmu ttg anarkisme setan atas diri manusia,kekuatan iman dapat melemahkan s...
24/10/2023

BISMILLAH,

alhamdulillah sedikit berkongsian ilmu ttg anarkisme setan atas diri manusia,
kekuatan iman dapat melemahkan syaitan, jom baca 👇

rasulullah saw bersabda; kepada umar r.a
kata rasulullah saw ''demi dzat yang jiwa ku ada di tngan nya, tidaklah setan berjumpa denganmu pada suatu jalan yng kamu lalui, melainkan dia kan menepuh jalan yang lain''

dari abu hurairah r.a berkata, ''penggoda orng mukmim yang menghinggapii -orang beriman dan setan penggoda orng kafir yang menghinggapi orng kafir, berjmpa.dengan setan penggoda orng kafir terlihat begitu besar, gemuk dan berpakaian rapi sementara setan mukmin terlihat begitu kurus, kerempeng, lusuh, kumal dan telanjang.

setan kafir berkata kepada setan mukmin, 'mengapa kamu kurus kerempeng begini🤔' setan mukmin berkata, saya bersama orng yang apabila dia makan, dia menyebut nama allah swt, hingga saya tetap lapar dan apabila minum, dia menyebut nama allah swt hingga saya tetap lapar. apabila dia berpakaia,dia menyebut nama allah swt hingga saya tetap telanjang dan apabila dia bersolek, dia menyebut nama allah swt, hingga saya tetap dalam keadaan lusuh dan kumal.' setan kafir berkata, 'dan saya bersama orng yang tidak melakukan sedikit pun dari apa yang kamu sebutkan tadi. saya ikut makn, minum, dan berpakaian bersamanya,;.'''

ibnu abid dunya meriwatkan dari qais bin hajjaj rahmatullah, dia berkata, ''setan yang mengikuti saya berkata, 'ketika saya pertama mengikutimu, saya seperti unta atau kambing. tetapi pada hari ini, saya seperti burung.' saya menannyakan apa sebabnya. dia berkata , ' kamu menyiksa saya dengan kitabullah'.''

salah seorng sahabat berkata, saya membonceng baginda nabi saw di atas keledai, tiba-tiba keledai nya tergelincir, maka saya berkata, 'Enyahlah kau setan😡 maka nabi saw bersabda; ''jangan kamu berkata enyahlah kau setan😡 kerana kalau kamu mengatakan nya, setan akan merasa sombong dan angkuh dan dia akan berkata, 'saya telah menaklukkannya dengan kekuatan saya.' tetpi kalau kamu mengatakan, 'dengan menyebut nama alllah swt , dia akan mengecil dan mersa terhina, hingga dia terlihat lebih kecil dari lalat'.'''

jadi kesimpulanya apabila kita tidak membaca nama allah swt menyebut nama Allah atau pun doa2 yang di ajarkan oleh rasulullah saw maka setan itu akan ikut bersama kita makan minum dll bahkan sampai ada yang tinggal di rumah kita na, dan jugak apabila menghina atau memuji memujah menyembah nauzubillah mereka akan semakin kuat dan sombong, angkuh dan semakin besar, sebaliknya kita amal lah apa yang telah rasulullah saw ajar kan kepada kita melalui hadist2nya yakni mengamalkan sunnah2 nya..dan yang paling terpenting sekali ialah taqwa kita kepada allah swt insyallah ianya akan menambah iman kita dan melemahkan setanb2 itu insyallah

waallahu a'lam





WhatsApp no 011-3173 1966

Address

Masjid Nurul Hilal Kampung Puyut
Lahad Datu Town
91100

Telephone

+601131731966

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when perubatan Islam Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share