11/08/2023
Salam sejahtera.
Perhatian kepada semua warga Lahad Datu, Unit Peubatan Transfusi (Tabung Darah) Hospital Lahad Datu memohon kerjasama semua untuk tampil menderma darah bagi membantu meningkatkan stok darah. Unit Tabung Darah Hosp Lahad Datu amat memerlukan penderma-penderma kumpulan darah O positif untuk tampil menderma dengan segera kerana stok semakin kritikal.
Tabung Darah Hospital Lahad Datu (Aras 3) beroperasi dari jam 9pg hingga 4ptg setiap hari berkerja dan dari jam 9pg hingga 3ptg setiap hari sabtu, ahad dan cuti umum.
Kerjasama semua amatlah dihargai. Terima kasih