24/06/2026
Salam sejahterah,
Saya sebagai wakil KLINIK MABELLO GENEVIEVE ingin memberitahu bahawa klinik ini telah pun berpindah hak milik kepada pengusaha baharu. Klinik ini telah berhenti beroperasi sejak Dr Duray meninggal dunia pada 16 april 2025. Setelah melalui proses pemindahan hak milik melalui mahkamah dan CKAPS, klinik baharu akan mula beroperasi dalam masa beberapa bulan ini.
Kepada panel syarikat, pesakit-pesakit dan mereka yg menyokong kami selama ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Teruskan bersama dengan klinik ini dengan wajah baharu.
Maka dengan ini, saya sebagai Wakil mendiang Dr. Duray mengumumkan Klinik Mabello Genevieve telah tutup dan Klinik Genevieve akan memulakan niaga dalam masa terdekat.
sekian harap maklum.