11/08/2026
Jika suami anda datang dari broken family. Mak ayah bercerai..cuba imagine kehidupan dia time budak kecil.
Balik rumah asyik tengok mak ayah gaduh.
Bila mak ayah dah cerai, gaduh hak penjagaan pulak.
Pasti dia tak pernah tengok kemesraan di depan mata.
Apa yg dia nampak adalah kekasaran.
Itu ja yg dia nampak.
Jika isteri anda datang dari keluarga yg mak ayahnya tak bercakap. Asyik bergaduh..
Tapi masih bersama.
Setiap percakapan adalah gaduh.
Mak asyik menangis
Maka utk nya itulah kehidupan.
Biasanya lepas kahwin, ini lah contoh yang biasanya akan di ikut.
Awak mana tahu kan kehidupan mak ayah mertua awak kan.
Lepas kahwin sila analyze.
Tengok cara mereka melayan pasangan masing masing
Jika melekat macam ulat beluncas, maka..
Anda boleh lah tarik nafas lega
Sebab pasangan anda membesar melihat kesempurnaan dalam kehidupan mak ayah dia.
Mak ayah yg romantik.
Sentiasa sayang antara satu sama lain.
Tak pernah bergaduh...
Tapi jika anda tengok.
Aik apahal 2 orang tua nie bergaduh ja kerja nya.
Maka anda kena up kan game anda dengan pasangan anda
Bagi lah layanan raja
Bagilah layanan permaisuri.
Kerana pasangan yg anda kahwini tu banyak childhood trauma
Nanti bila ada masalah sikit ja, dia akan take action macam parents dia
Gaduh
Pukul
Tengking
Menjatuhkan maruah pasangan di deoan orang ramai.
Sebab dia dah biasa tengok.
So lepas kahwin.
Analyze.....
Setahun kahwin analyze.
Berlembut dengan pasangan anda.
Bagi dia faham yg anda adalah safe space dia.
Sentiasalah berkepit dengan dia.
Antara amalan.
1) belai kepala
2) urut kaki
3) urut badan
4) watch movie bersama sama
5) mandi bersama. Start amalan nie dari awal perkahwinan.
6) jogging sama sama
7) masak sama sama
8) jaga anak sama sama..
Jangan pikul tanggung jawab sebab partner kita loading problem... sabar dan buat sama sama.
Jika tahap kemampuan dia tak sama...
Biar kita follow dia.
Bukan tinggalkan dia dan kita buat sorang sorang.
Ini tips nak bahagia pada usia tua.
Bila anak anak dah besar.
Dah tinggal rumah..
Tinggal berdua sahaja..
Time tu hanya kita dan pasangan sahaja.
Kena masih boleh tidur sebilik
Kena masih merundui satu sama lain
Kena masih boleh senyum
Kena masih boleh bergurau.
Bukan sorang gi masjid
Sorang duk rumah
Bukan sorang gi kedai kopi
sorang duk rumah.
Bukan duduk serumah.
Bilik asing
Tak berkata kata.
Yg muda muda baca nie.
Ikut apa saya cakap.
Yg dah tua tu. .
Teruskan lah tinggal dengan stranger dalam rumah anda tu.
Nasi dah jadi bubur
Sekian.
How we treat our partner serba banyak ada influence dari cara kita dibesarkan jua.
My dad is the kindest man I have ever seen.
Walaupun mak saya house wife.
Ayah seorang sahaja bekerja,
Tak pernah saya perasan kami tak cukup duit
Tak pernah saya lihat ayah saya marah mak saya
Tak pernah saya tengok mak saya besarkan suara kat ayah saya...
Tak pernah saya tengok mereka tidur asing
Setiap malam mak saya akan urut bahu ayah saya sambil dia tengok berita
Sentiasa saya melihat mak letakkan makanan utk ayah.
Ayah saya dapat layanan raja tau.
A very lucky man.
Layanan raja yg semua wanita zaman sekarang rasa red flag.
Saya tak pernah tengok ayah saya sapu rumah
Saya tak pernah tengok ayah saya masak
Dia hanya buat groceries.
Mak masak.
Tiap bulan bagi semua duit gaji kat mak.
Mak akan agih agih kan masuk envelope utk belanja bulanan di depan saya.
Setiap bulan saya akan menangis nak ikut mak ayah saya gi tengok movie
Ayah tak peduli. Depa akan keluar dating berdua.
Cepat cepat keluar rumah tinggalkan kami yg menangis melalak .
Mak malas masak.. mesti ayah bawa 1 family makan kat medan selera kg pandan.
Yes. Medan selera tepi klinik kesihatan tu..
All the time.
Best makan satay dan ABC.
My dah pass away... she lived her life as a very happy women married to a very lucky man..
Saya ingat lagi saya merajuk, ayah bawa mak jalan ke india meninggalkan saya dan adik di jaga oleh nenek selama 2 minggu.
Marah betul saya...
Bila besar baru sedar.
Saya belajar dari apa yg saya lihat semasa saya membesar...
Alhamdulillah....
Betapa itu adalah satu rezeki besar buat kami adik beradik.
Ada mak ayah yg romantik...
Did my dad have loading problem too?
Well. Yes.
Saya ingat...saya pernah tengok mak saya mengamuk sebab silap beli groceries.. tapi lama lama dia tak.marah sangat dah sebab ayah dah jadi pandai lah kot...
Bukan kekayaan sahaja dikatakan rezeki.
Benda simple macam nie pun rezeki tau..
Bukan duit ya... pengukur kebahagiaan...
Saya bila tengok drama melayu.
I wonder, is this how family unit is nowadays?
Balik balik curang
Balik balik suami isteri gaduh.
And the words...
Perkataan mencarut macam so normal...
As if that is normal...
My vaginismus patient semua muda tau.
Mereka selalu tanya saya.
Nanti bila dah pandai s3k, rasa dia macam kat Tv tu ke?
Saya cakap no.
Tv tu semua tipu.
You have to rasa sendiri
U s**a atau tak.
Jika tak s**a what can i do utk menyukainya...
Mereka nie zaman percaya apa yg di depan mata.
Kita zaman dulu sangat bertuah.
Membesar di zaman.
Suami bagi masa kat isteri
Isteri bagi masa kat suami.
For every girl..
Ayah dia superhero.
Ayah dia 1 st man yg dia love.
Suami dia sendiri tak mampu nak buat lebih dari ayah dia...
My husband has proven that theory wrong.
I am indeed a lucky girl.
Sekian.
Say tq jika baca sampai habis.
Bagi lelaki yang ada masalah mr lambat keras atau pancut awal sangat, boleh beli video di bawah dan dengar.
Info perubatan yg saya dah buat...
https://seminardrecaah.com/products/matipucukpakumuntahawal