02/07/2026
๐ซ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ซ
Adakah anda tahu bahayanya mendapatkan khidmat pembuatan atau pembaikian gigi daripada tukang gigi jalanan atau doktor gigi yang tidak bertauliah? Walaupun harganya mungkin lebih murah, kesannya boleh memudaratkan kesihatan anda untuk jangka masa panjang!
โ ๏ธ Bahaya Gigi Palsu Tiruan:
๐๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐ฉ๐๐ง๐ฒ๐๐ค๐ข๐ญ ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ : Peralatan yang tidak disteril dengan betul boleh memindahkan kuman berbahaya. Anda bukan sahaja berisiko mendapat jangkitan pada gusi, malah terdedah kepada penyakit berbahaya seperti Hepatitis, HIV, dan Tuberkulosis (TB).
๐๐๐ซ๐จ๐ฌ๐๐ค๐๐ง ๐ ๐ข๐ ๐ข ๐๐ญ๐๐ฎ ๐ฆ๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ข : Tekanan struktur gigi palsu yang salah boleh merosakkan gusi dan gigi asli yang sedia ada. Akibatnya, gigi asli menjadi goyang dan akhirnya terpaksa dicabut!
๐๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ค : Sisa makanan mudah tersangkut kerana rekaan yang tidak mengikut spesifikasi klinikal. Lebih parah, ada gigi palsu tiruan yang dilekatkan terus pada gigi asal sehingga menyukarkan pembersihan. Akibatnya, gigi asli mereput dan mulut berbau busuk.
๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ง-๐๐๐ก๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐จ๐ค๐ฌ๐ข๐ค : Bahan kimia murah dan tidak selamat yang digunakan boleh meresap ke dalam tubuh, sekali gus mengundang komplikasi kesihatan yang serius.
๐๐ข๐๐๐ค ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฎ๐ง๐๐๐ง๐ -๐ฎ๐ง๐๐๐ง๐ : Jika berlaku kecacatan, diagnosis yang salah, atau hasil rawatan yang tidak mencapai ekspektasi, pesakit sukar untuk mendapatkan sebarang bentuk perlindungan atau ganti rugi di bawah undang-undang kerana dirawat oleh pengamal pergigian haram.
โจ Bijak Memilih, Utamakan Keselamatan
Jangan pertaruhkan senyuman dan kesihatan anda. Pastikan anda hanya mendapatkan perkhidmatan daripada doktor pergigian yang berdaftar dan bertauliah sahaja.
Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM