07/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
7 Jun 2026 | Hospital Melaka hari ini menerima lawatan kerja Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia bagi meninjau perkembangan semasa perkhidmatan, projek pembangunan serta inisiatif penambahbaikan yang sedang dilaksanakan di hospital ini.
Lawatan dimulakan dengan sesi Taklimat Profil Strategik Hospital Melaka yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka. Taklimat tersebut merangkumi status semasa hospital, pencapaian, transformasi perkhidmatan, projek pembangunan serta hala tuju Hospital Melaka sebagai Hospital Negeri dan Lead Hospital bagi Hospital Kluster Melaka.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; Yang Berhormat Datuk Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka; YBrs. Dr. Husnina binti Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Delegasi seterusnya dibawa meninjau Wad Rawatan Koronari (CCU) serta kemudahan Tempat Letak Kereta (TLK) Mekanikal Hospital Melaka bagi melihat sendiri usaha penambahbaikan fasiliti dan penyampaian perkhidmatan kepada pesakit serta pelawat.
Lawatan ini turut menyaksikan simbolik penyerahan tiga (3) unit buggy oleh Xinyi Solar Malaysia Sdn Bhd kepada Hospital Melaka dengan nilai keseluruhan sumbangan sebanyak RM144,000.00. Sumbangan tersebut akan dimanfaatkan bagi membantu kelancaran operasi harian hospital.
Hospital Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia, delegasi kementerian serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.
Unit Komunikasi Korporat
Hospital Melaka