16/07/2026
“Dua kali hantar borang, dua-dua syarikat insurans pulangkan balik. Maaf, encik dah terlambat…” 😭💔
Baru-baru ni, saya dihubungi oleh seorang prospek. Bunyi suaranya dalam telefon penuh dengan harapan. Dia nekad nak apply medical card secepat mungkin.
Bila saya tanya tentang status kesihatan, dia jujur beritahu:
“Saya baru disahkan ada penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE)"
Rupa-rupanya, sebelum hubungi saya, dia dah cuba mohon di dua buah syarikat insurans yang berbeza. Dia sanggup bayar berapa sahaja premium yang diminta, asalkan permohonannya lulus.
Tetapi realitinya sangat pahit untuk ditelan... Kedua-dua syarikat tersebut REJECT (tolak) permohonannya bulat-bulat.
Dia buntu. Sebab itu dia cuba nasib dengan saya, harap-harap ada 'keajaiban'.
Sambil mengeluh perlahan, dia tanya saya:
“Tak ada cara lain ke untuk lulus? Bab bayaran bulanan,saya tiada masalah"
Sayu hati saya nak menjawab. Sebagai ejen, ini adalah saat yang paling saya tak s**a. Saya terpaksa berterus-terang. Bila penyakit kronik atau autoimun seperti SLE dah ada dalam rekod perubatan, pintu untuk dapatkan medical card baru memang hampir tertutup rapat.
Satu pengajaran besar yang kita semua kene sedar, "Kita beli medikal kad guna "kesihatan" bukan guna "duit". Duit berkepuk dalam bank pun tak mampu untuk beli sekeping kad plastik ni kalau kita dah ada rekod penyakit kronik.
Buat kawan-kawan, selagi kita masih sihat,selagi belum ada rekod hospital,tolonglah hargai "tiket emas" yang korang ada sekarang.
Siapa kat sini yang masih sihat dan rasa dah tiba masanya untuk secure masa depan keluarga?
Jom kita sembang santai dulu. Tanya-tanya saja pun tak apa, sekurang-kurangnya korang tahu kelayakan korang sekarang. Klik link di bawah atau komen jer kat bawah nanti saya pm. 👇
http://www.wasap.my/60126960560/medikalkad