Klinik Amal & Surgeri T.M

Klinik Amal & Surgeri T.M Outpatient, dressing, scan , minor surgeri 1.Medical Checkup
2. Dressing
3. Electrocardiograph (ECG)
12. Ear piercing

Scan for pregnant woman
4.Ear suction
5.Nasal suctiom
6.checkup for neonatal jaundice
7.morphine , he**in , optique test
8.pregnant test
9.urine test
10.circumcision for male n female
11.

08/12/2022
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan vaksin Influenza,boleh dapatkan di Klinik Amal & Surgeri T.M . Stock adalah terhad...
24/02/2020

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan vaksin Influenza,boleh dapatkan di Klinik Amal & Surgeri T.M . Stock adalah terhad. Vaksin ini hanya boleh diambil dari kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas.

Terima kasih

07/11/2018

Sekarang ni musim sunat.
Saya dah jumpa ramai budak yg sudah bersunat, di bawa ke klinik utk di periksa luka sunatnya. Majoriti nya dtg setelah 5 - 10 hari lps sunat, dgn masalah " luka tak sembuh " / " bengkak/ bentan" / " b*k kulit + darah kering atau keruping melekat. Ramai parents yg risau terutamanya mak mak.

Ini nasihat saya pada mereka, yg mana boleh anda gunakan juga:

1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48jam. Paling lama pun 3 hari. Utk 48jam pertama, hujung lubang p***s tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.

2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci ( wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze utk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kpd anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lps dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan p***s. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering ( kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jgn di gosok kuat/ sental utk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.

3- Masalah yg kerap terjadi iaitu dtg ke klinik lps sunat " kulit keruping b*k melekat" boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Mmg ramai juga yg dtg dgn keruping b*k gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg b*k ni, ialah rendamkan p***s tu ke dlm bekas kecil ( mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.

4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.

5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi b*k air ( mcm org lepas bersalin). Saya jumpa b*k kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yg diminum tak pergi kat p***s tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting utk proses sembuh yg cepat. Kicap tak pergi ke p***s, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke p***s jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.

6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala p***s tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala p***s tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala p***s nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia mmg terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat. Perlu juga b*k gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet.Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan2 sikit. Jgn pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni mmg saja cari penyakit.

7- Ubat tahan sakit selalunya mmg diberi lps sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.

8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah b*k keluar dari tempat jahitan / bengkak yg di suspect infection( rujuk no.4).

9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yg lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Kelmarin saya dpt satu kes si bapa bwk anaknya yg dah 5 hari sunat utk diperiksa. Saya saja tanya " anak sunat guna clamp ke cara biasa?". Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman πŸ˜‚πŸ˜‚

13/05/2018

ANAK SAYA AKAN KETAGIH NEB KE, DOKTOR?
Ini soalan saya biasa terima saban hari. Sebelum kita jawab, jom kita fahamkan dulu apa tu neb?

Neb adalah singkatan dari nebuliser. Atau orang panggil sedut gas. Nebuliser ni sebenarnya satu alat yang menukarkan ubat dari bentuk cecair kepada bentuk mist/gas.

Selepas itu kita akan sedut ubat tersebut melalui oxygen facemask (seperti dalam gambar 2) dan terus ke paru-paru. Jadi asalnya ia adalah ubat cecair, yang kita tukarkan ke bentuk gas supaya mudah diberi.

Rawatan nebuliser ini biasa sangat untuk bayi dan kanak-kanak, kerana mudah untuk disedut dan mempunyai efek yang segera.

Bila bayi perlukan neb?

Bila ada masalah pernafasan seperti nafas laju, berkahak, semput, dan sebagainya yang perlukan kelegaan segera dan cepat. Ada juga bayi yang stabil, aktif dan nafas tidak laju, tetapi masih perlukan neb untuk membantu mencairkan kahak.

Oklah, jadi kita berbalik kepada soalan di atas.
'Anak saya akan ketagih neb ke doktor?'

Tidak wahai ibu-ibu. Sama seperti makan ubat asma atau ubat kahak dalam bentuk cecair tidak membawa ketagihan, begitu juga dengan neb. Tidak sama sekali ye.

'Yelah biasa di hospital setiap 4-6 jam diberi neb, memang takpe ke?'

Iya, memang perlu begitu, kerana efek neb hanya sementara, dan sesetengah jangkitan paru-paru yang lebih serius perlukan rawatan neb yang kerap dan konsisten untuk membantu bukakan kembali saluran pernafasan.
'Kalau pakai neb ni maksudnya bayi saya ada asma ke doktor?'

Bukan begitu. Bronchitis, bronchopneumonia, croup, hyperactive airway, ini adalah antara banyak-banyak jangkitan paru-paru yang 'common' dikalangan bayi dan kanak-kanak yang perlukan neb selain dari asma. Jadi, pakai neb bukan bermaksud anak anda sakit asma ye. Melainkan dia memang sudah didiagnos ada asma.

Mungkin dengan keadaan cuaca kita sekarang, makin kerap bayi kecil kena bronchitis dan jangkitan paru-paru. Jadi sedikit saya nak pesan, selain faktor cuaca yang kita tak boleh kawal, yelah kuasa Tuhan, ada beberapa faktor yang kita boleh kawal, dan harap dapat sama-sama menjaga.

πŸ‘‰ ASAP ROKOK
Rumah yang ada bayi kecil, penghuni rumah janganlah hisap rokok didalam rumah, mahupun di halaman rumah. Pun tak boleh. Bauan rokok dan asap rokok sangat sensitif untuk bayi

Begitu juga di tempat-tempat awam terutama kedai makan. Tengok dulu kiri kanan ada budak kecil tak di meja sekitar. Kasihankan mereka.

πŸ‘‰ KUCING, MAINAN BERBULU

Bayi yang kerap kena jangkitan paru-paru, senang alah dengan bulu kucing! Selain bulu kucing, bulu-bulu teddy bear atau apa-apa soft toys pun tak boleh juga. Simpanlah teddy bear tu tunggu dia besar

πŸ‘‰ HABUK, HAMA KARPET, DAN YANG BERKAITAN
Oklah, setakat itu sahaja dulu, semoga bermanfaat untuk ibu ibu semua insyaAllah.

Mohon LIKE dan FOLLOW page saya, terima kasih! 😊

11/04/2018

Banyak naa email saya tentang vaksin pneumococcal.

Saya bagi info ringkas kat sini ye boleh baca ramai-ramai

Vaksin pneumococcal ada 2 jenis,
πŸ‘‰ Prevenar 13
πŸ‘‰ Synflorix

Apa beza dia?
πŸ‘‰ Prevenar 13 cover 13 jenis strain pneumococcal yang bahaya
πŸ‘‰ Synflorix cover 10 jenis strain, kurang sedikit.

Strain tu adalah subtype atau jenis. Kuman pneumococcal ni ada lebih kurang 90 subtype. Hat 13 tu yang selalu membawa jangkitan yang teruk.

Jadi yang mana lebih baik?
πŸ‘‰ Dua-dua pun baik. Biasanya bayi bawah 2 tahun digalakkan ambil Prevenar 13, lebih lengkap.

Harga?
πŸ‘‰ Prevenar 13 sekitar RM270-RM335/dos
πŸ‘‰ Synflorix sekitar RM170-RM230/dos

Umur berapa boleh ambil?
Seawal 2 bulan boleh dah.
πŸ‘‰2 bulan ke atas : 4 kali cucuk (jarak 2 bulan sekali)
πŸ‘‰ 6 bulan ke atas : 3 kali cucuk
πŸ‘‰ 12 bulan ke atas : 2 kali cucuk
πŸ‘‰ 2 tahun dan ke atas: 1 kali cucuk

Kat mana nak ambil?
πŸ‘‰Mana-mana hospital atau klinik swasta kebanyakannya ada suntikan ni.

Oklah saya harap dapat membantu dan menjawab sedikit sebanyak soalan yang ditanya ya😊.

Till next time, mommies!

22/03/2018

Just share..
Copy & paste.........

Pendarahan semasa awal kandungan. Kenapa?

Mesti ramai yang pernah mengalami pendarahan semasa awal kandungan kan?

Bila xdtg period, excited nak check UPT. Bila dah positive, xlama lepas tu nampak ada sikit pendarahan. Mesti berdebar-debarkan?
Jangan terlalu risau. Bukan semua pendarahan semasa awal mengandung tu bahaya. Tidak semestinya akan mengalami keguguran.

Ada beberapa sebab kenapa berlakunya pendarahan di awal kandungan.

1. Implantation bleeding
Pendarahan yang berlaku semasa implantasi janin pada dinding rahim. Ini biasa berlaku pada 4 -6 minggu pertama kandungan. Ia tidak berbahaya dan dinasihatkan ibu banyakkan berehat dan tidak membuat kerja berat.

2. Jangkitan kuman
Sebarang jangkitan kuman pada saluran kencing atau saluran peranakan juga boleh menyebabkan pendarahan. Jika ini berlaku, ibu biasa akan mengalami simptoms kencing kotor, demam dan sakit di bahagian bawah abdomen. Jumpa doktor dengan segera supaya rawatan antibiotik dapat diberikan dengan segera. Ini biasanya tidak memberi kesan negatif pada kandungan.

3. Hubungan seksual.
Sewaktu mengandung, lapisan pada va**na tidak lembabp dan licin seperti pada waktu biasa dan ini boleh menyebabkan berlaku geseran dan pendarahan selepas hubungan seks. Ia adalah sementara, namun jika berlanjutan dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

4. Keguguran
Ada beberapa jenis keguguran.
- Threatened miscarriage - berlaku pendarahan namun janin masih hidup dan mampu meneruskan kandungan
- Missed miscarriage - Bayi dalam kandungan telah meninggal namun masih lagi didalam rahim. Pendarahan sedikit mungkin berlaku dan operation untuk mengeluarkan janin perlu dilakukan.
- Complete Miscarriage - Ibu mengandung akan mengalami sakit perut dan pendarahan teruk. Mungkin akan perasan ketulan daging (janin) semasa pendarahan berlaku. Ultrasound scan akan dilakukan untuk memastikan semua hasil kandungan (product of conception/POC) telah keluar dan rahim telah kosong.
- Incomplete miscarriage - sama seperti complete miscarriage cuma, masih terdapat hasil kandungan (POC) yang belum keluar. Jadi operation perlu juga dilakukan untuk membersihkan rahim.

5. Kandungan di luar rahim.
Ini adalah sangat bahaya. Ibu mengandung akan mengalami sakit perut, lebih pada bahagian tepi kiri atau kanan, bukan di tengah. Dan sakit tersebut mungkin akan menjalar ke bahu. Pendarahan akan berlaku. Jika ini berlaku dapatkan pemeriksaan kecemasan di hospital dengan segera. Pembedahan perlu dilakukan untuk mengeluarkan kandungan diluar rahim tersebut. Bergantung kepada keadaan, jika masih diperingkat awal, kemungkinan salur fallopian masih boleh diselamatkan, namun jika peringkat lewat, dimana tiub telah pecah, maka ia tidak dapat diselamatkan lagi. Tiub akan dibuang dan ibu akan hidup dengan hanya satu tiub berfungsi.

Jadi, jika berlaku pendarahan segeralah dapatkan rawatan doktor.

19/03/2018

Just share...
Copy & paste...

Kepada ibu bapa di luar sana.

Jika ada anak yang di bawah 9 tahun, ada baiknya simpan termometer di rumah.

Jika anak sakit demam,
-monitor suhu anak sendiri.
-sediakan ubat demam jenis cecair dan suppository (ubat demam yg bg kt punggung) sentiasa.
-Jika anak demam 37.5, start bagi ubat ikut dos doktor suruh setiap 6 jam sampai demam dia baik.

Anak yg demam selalunya suhu paling tinggi waktu malam.
Jadi tuan puan jangan bersuka ria tidur tanpa monitor suhu anak sampai pagi.

Jika suhu anak lebih 38.5 bagi sahaja supp kepada dia walaupun tidak cukup waktu lagi nak bagi ubat.

Supp memang boleh diberi antara masa makan ubat jika suhu anak tinggi sangat.

Jika sudah beri supp,
-sila lap badan, dahi, ketiak anak atau boleh letak cool fever.
-Jangan pakaikan dia sweater atau baju lengan panjang masa dia demam.
Tidak membantu dia baik demam. Dia akan mengadu sejuk sebab fisiologi badan bertukar masa dia demam tapi itu tak bermakna suhu badan dia dah turun.
-Check dan monitor suhu!
Target penjagaan anak masa ini adalah supaya suhu anak tidak lebih daripada 38 kalau boleh.

Selagi suhu tidak turun sampai bawah 38, sila jangan tidur dan lakukan sesuatu sampai suhu badan anak turun.
Walaupun sudah turun, setiap 30 minit atau 1 jam sekali mesti bangun dan periksa suhu badan anak.

Apa pentingnya mesti kena jaga sampai macam ini sekali?
-Sebab suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan anak untuk dapat sawan.

Masalahnya, bila sudah kena sawan anak tersebut berkemungkinan akan dapat epilepsi dan boleh jadi cacat seumur hidup.
Jadi, jangan ambil mudah kalau anak demam.

Pengorbanan anda berjaga semalaman untuk menjaga anak demam adalah sangat berbaloi.

Spread the words to all mothers.Let them know.





24/02/2018

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut.

Bahaya dan boleh membawa maut jika rawatan awal tidak diberikan.

Symptoms Penyakit Kaki Tangan dan Mulut adalah
1. Demam panas
2. Naik ruam di kaki dan tangan dan ulser di dalam mulut.
3. Kurang selera makan.
4 Biasanya berjangkit dengan sesiapa yang mengalami penyakit yang sama. Sebab itu kuarantin sangat penting.

Apa yang ibu bapa perlu buat.

1. Rawat demam dengan ubat demam, pastikan dos ubat demam yg diberikan cukup dan tepat pada sela masa yg sepatutnya. Jika badan masih panas, pastikan bayi dimandikan dengan air biasa, tidak terlalu panas dan terlalu sejuk. Pastikan bayi minum air/menyusu secukupnya. Badan yang kurang air, suhu badan tidak akan turun.

2. Pastikan bayi masih aktif dan makan/minum seperti biasa atau lebih baik jika lebih dari biasa. Kena pastikan kandungan air dalam badan bayi mencukupi. Masalah kekeringan akan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.

3. Pastikan ruam di tangan dan kaki tidak menjadi jangkitan kuman akibat kesan garu. Jika menjadi nanah, dapatkan nasihat doktor supaya antibiotik yg sesuai dapat diberikan.

4. Pastikan ulser didalam mulut tidak merebak/menjadi teruk. Gunakan oral aid yang sesuai untuk mengurangkan sakit pada ulser tersebut. Ini membolehkan bayi makan dan minum seperti biasa. rasa sakit akibat ulser akan menyebabkan bayi tidak mahu makan dan minum seterusnya menjadi kurang air (dehydration). Ini adalah punca utama kenapa pesakit kaki tangan dan mulut perlu dimasukkan ke hospital.

Jika anda tidak pasti dengan keadaan bayi anda, atau perasan sesuatu yang luar biasa, segera dapatkan nasihat doktor. Ingat rawatan awal akan menyelamatkan bayi anda!

31/01/2018

Shere dr doc Nimeles Max Balanthiren.... Pengurusan Demam dan Demam Tarik (Febrile Fit)

Apabila anak demam, ibu lah yang paling susah hati. Kebanyakan akan takut terutamanya apabila suhu badan anak semakin meningkat. Semua kerja terbengkalai. Ada yang panik sehingga menangis. Ada yang stress kerana anak meragam.

Biasanya ini berlaku dengan anak pertama/sulung.
Kalau yang ada banyak anak dah, biasanya ibu dia tenang sikit sebab dah biasa.

Demam biasanya disebabkan oleh banyak faktor dan mikroorganisma. Demam yang disebabkan oleh virus biasanya suhu nya tak tinggi dan "self limited", maksudnya ia akan datang dan hilang. Manakala demam yang disebabkan oleh kuman , biasanya demam nya tinggi dan durasi nya lebih panjang daripada demam disebabkan oleh virus.

Demam (low grade) yang suhunya tak tinggi biasanya boleh dirawat outpatient. Ada pelbagai jenis ubat untuk demam di Farmasi seperti Paracetamol, Ibuprofen atau brufen .. (Tetapi saya akan terangkan kenapa saya syorkan ibu bapa untuk kasi paracetamol).

Jangan sesekali kasi Aspirin kepada anak anda, kerana ia boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti "Reye's syndrome".

Jangan kongsi ubat abang/adik. Dos abang biasanya tinggi berbanding adik kerana dos ubat untuk kanak kanak dikira berdasarkan berat!

Jangan kasi syrup brufen sesuka hati kepada anak melainkan anak telah diperiksa oleh doktor.
Kerana Brufen ini merupakan sejenis NSAID. Dan sekiranya demam anak anda adalah disebabkan oleh penyakit denggi, ubat ini boleh menggalakkan pendarahan dalaman!

* Dah jumpa beberapa kes kematian denggi disebabkan oleh NSAIDs*

Sebab itu, saya sangat meminta orang ramai untuk bawa anak ke klinik terlebih dahulu. Jangan pandai merawat kat rumah.

Ubat merupakan satu cara untuk mengurangkan demam! Antara cara lain untuk mengurangkan suhu anak adalah melalui "tepid sponging". Maksudnya lap anak dengan air suam (bukan AIR SEJUK!)

Buka pakaian anak. Pakaian yang tebal boleh meningkatkan suhu anak.

Demam Tarik/ Febrile Fit

Untuk yang tidak tahu, sawan demam adalah sejenis sawan yang berlaku disebabkan demam panas. Biasanya ia berlaku kepada budak budak dalam lingkungan 6 bulan hingga 6 tahun.
Bila sawan demam berlaku, ianya bermaksud keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri, mata pandang ke atas (uprolling of eye balls) , air liur meleleh (drooling of saliva) serta kekejangan badan dan kaki.
Sekiranya anak anda pertama kali terkena sawan demam, atau sering terkena sawan, diminta pergi ke hospital kerana pemeriksaan perlu dijalankan dan biasanya kanak-kanak tersebut akan diperhatikan (dan untuk memastikan bukan menghidap MENINGITIS atau jangkitan selaput otak yang boleh membawa maut)
Kajian menunjukkan 2-7% populasi pesakit yang mengalami sawan demam akan mendapat sawan akibat epilepsi.

APA NAK BUAT SEKIRANYA TIBA TIBA ANAK SAWAN?

1. Jangan sesekali panik. Cuba anggar berapa lama sawan itu berlaku , penting untuk staff hospital kelak.

Pasangan satu lagi, tolong pack baju semua untuk siap sedia bawa anak ke Klinik atau Hospital berdekatan.

2. Longgarkan baju anak. Jangan beri air atau ubat dalam mulut ketika anak sawan. Jangan masukkan apa2 benda keras ke dalam mulut sebab anak boleh tercekik atau dapat luka dalam mulut.

3. Sentiasa bersama anak sehingga sawan tamat.

4. Baringkan anak mengiring ke kiri untuk mengelakkan muntah atau lendir masuk ke dalam paru paru.

5. Bawa ke klinik atau hospital dengan segera. Dan sekiranya diperlukan anak akan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut.

*Video of Febrile Fit courtesy of British Red Cross*

31/01/2018

Kita shere dr Nimelesh Max Balanthiren Fakta.

1. Bayi kepada ibu bapa yang merokok mempunyai risiko 2X kematian disebabkan oleh SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)

2. Walaupun ibu mengandung tidak merokok , tetapi sekiranya suaminya merokok (tinggal bersama), bayi yang dilahirkan biasanya adalah kecil dan kbb (kurang berat badan) serta mempunyai masalah kesihatan.

3. Kanak kanak yang tinggal serumah dengan ahli keluarga yang merokok biasanya akan mengalami simptom seperti batuk atau lelah, dan kerap sakit sehingga tidak dapat hadir ke sekolah.

Puntung Rokok yang anda tengah pegang itu bukan sahaja tengah membunuh anda secara perlahan lahan, malah orang yang anda sayangi di sekeliling anda.

Fikirkan lah.

31/01/2018

IBU BAPA WAJIB TAHU.

SEMUA STUDENT PERUBATAN WAJIB TAHU.

SEKIRANYA ANDA MELIHAT TANDA INI, BAWA ANAK ANDA DENGAN SEGERA KE HOSPITAL ATAU KLINIK YANG PALING TERDEKAT SEKALI.

Ini merupakan tanda tanda masalah dengan pernafasan bayi, yang melibatkan peningkatan dalam kadar pernafasan bayi dan juga penggunaan otot otot pernafasan (accessory muscles).

Saya kerap guna video ini untuk mengajar ibu bapa yang datang ke klinik dengan anak anak mereka yang mempunyai asma.

Tanda tanda ini bukannya berlaku kepada budak budak yang mempunyai penyakit asma sahaja, malah jangkitan salur pernafasan seperti bronchioitis, radang paru paru dll.

Rawatan perlu diberi kepada bayi dengan segera.

Sebab itu, Jangan Tunggu. Kerja anda tak penting. Hidup anak anda lagi penting!

Address

No. 2N, Jalan Seri Emas 17 , Taman Seri Teluk Emas , Melaka
Malacca City
75460

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00

Telephone

+6062617869

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Amal & Surgeri T.M posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Amal & Surgeri T.M:

Shortcuts

Share

Category