Klinik Keluarga - Bertam

Klinik Keluarga - Bertam 🩺 Selamat datang ke Klinik Keluarga!
⏰ Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11 malam
📍 Sederet Pasaraya Angee, Sungai udang, Melaka

20/01/2026

Ramai sangka kebas & kesemutan bila bangun pagi ni perkara biasa bila umur meningkat.
Hakikatnya, ia boleh berkait dengan inflamasi dalam badan yang ganggu aliran darah & fungsi saraf — terutamanya bagi yang ada darah tinggi, kencing manis atau kolesterol.

Bila inflamasi tak dikawal, kaki boleh jadi berat, lambat ‘hidup’ waktu pagi dan pergerakan harian jadi tak selesa.
Sebab tu rawatan tak boleh main cuba, ada ubat tertentu yang hanya boleh didapati di klinik dan diberi ikut penilaian doktor.

Kalau mak ayah atau kawan-kawan alami tanda ni, jangan abaikan.
Pemeriksaan awal boleh bantu sokong kualiti hidup mereka.










Ramai sangka kebas & kesemutan bila bangun pagi ni perkara biasa bila umur meningkat.Hakikatnya, ia boleh berkait dengan...
20/01/2026

Ramai sangka kebas & kesemutan bila bangun pagi ni perkara biasa bila umur meningkat.
Hakikatnya, ia boleh berkait dengan inflamasi dalam badan yang ganggu aliran darah & fungsi saraf — terutamanya bagi yang ada darah tinggi, kencing manis atau kolesterol.

Bila inflamasi tak dikawal, kaki boleh jadi berat, lambat ‘hidup’ waktu pagi dan pergerakan harian jadi tak selesa.
Sebab tu rawatan tak boleh main cuba, ada ubat tertentu yang hanya boleh didapati di klinik dan diberi ikut penilaian doktor.

Kalau mak ayah atau kawan-kawan alami tanda ni, jangan abaikan.
Pemeriksaan awal boleh bantu sokong kualiti hidup mereka.










Terima kasih semua kerana sentiasa menyokong Klinik Keluarga ❤️Kami akan terus komited memberikan rawatan yang terbaik d...
01/01/2026

Terima kasih semua kerana sentiasa menyokong Klinik Keluarga ❤️

Kami akan terus komited memberikan rawatan yang terbaik dengan harga mampu milik oleh semua golongan ☺️

Semoga 2026 akan menjadi tahun terbaik untuk kita semua!

27/12/2025

Tahniah semua yang berkhatan dengan Klinik Keluarga ❤️

Cuti Sekolah hanya tinggal berapa minggu sahaja lagi. Semestinya ibu bapa sedang sibuk membuat persediaan untuk kembali ...
24/12/2025

Cuti Sekolah hanya tinggal berapa minggu sahaja lagi. Semestinya ibu bapa sedang sibuk membuat persediaan untuk kembali ke sekolah bagi sesi 2026.

Antara persediaan penting adalah buku-buku, peralatan menulis dan mewarna, dan pakaian sekolah. Tetapi ada satu lagi persediaan penting yang ibu bapa jangan tinggalkan : Vaksin Influenza.

Ingat tak pasca cuti sekolah September lalu, ramai yang dijangkiti Influenza selepas naik sekolah? Hal ini terjadi kerana Influenza merebak melalui droplet dan udara.

Bersin dan hingus yang tak diurus dengan baik
Sentuhan tanpa cuci tangan
Pengudaraan rumah yang tidak mencukupi
Berkumpul beramai-ramai dalam satu kawasan tertutup

Ini adalah faktor yang menyebabkan tersebarnya jangkita Influenza.

Sempena cuti sekolah ini, Klinik Keluarga menawarkan promosi Vaksin Influenza dengan hanya enam puluh ringgit sahaja setiap dose.

Anda boleh walk in ke klinik kami bila-bila masa sahaja. Perlindungan ini akan cover anak-anak anda untuk sepanjang tahun 2026 nanti.

Nah maklumat lebih lanjut, terus klik link dibawah ye :)

https://www.wasap.my/601151180490/nakvaksininfluenza

"Rawatan Berkualiti, Perkhidmatan Lebih Mesra"

20/12/2025

Alhamdulillah selesai 14 orang anak-anak yang berkhatan harini. Semua memberi kerjasama yang baik.

Slot minggu depan Sabtu 27 Disember 2025 masih available. Jom khatan kan anak bersama kami ❤️

Hi semua,Korang pernah tak rasa jari tersangkut tiba-tiba bila bangun pagi?Lepas tu terus rasa tak selesa nak buat kerja...
08/12/2025

Hi semua,

Korang pernah tak rasa jari tersangkut tiba-tiba bila bangun pagi?

Lepas tu terus rasa tak selesa nak buat kerja seharian?

Ramai sebenarnya yang alami gejala ni, tapi mungkin merasa sebab penat atau jari terseliuh.

Tapi bila gejala ini berulang-ulang, bermakna ada masalah dengan tendon/urat pada jari anda yang kita panggil TRIGGER FINGER.

"Macam mana trigger finger terjadi?"

Saya akan terangkan guna analogi yang mudah:

Konsep Tali dan Terowong:

Di dalam jari kita ada tali (kita panggil tendon). Tugas tali ini adalah untuk tarik jari kita supaya boleh membengkok dan melurus.

Tali ini perlu meluncur dengan lancar melalui terowong kecil (kita panggil pulley atau sarung tendon) di pangkal jari.

Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu terkena trigger finger adalah seperti faktor usia, penyakit seperti kencing manis, atau penggunaan tangan yang berulang-ulang, tali (tendon) itu menjadi bengkak dan tebal, macam ada "simpulan kecil" terbentuk.

Bila tali yang bersimpul/bengkak ini cuba lalu terowong kecil tadi, ia tersekat atau terperangkap.

Kesannya:

Jari jadi kaku dan susah nak gerak.

Bila terpaksa juga tolak atau luruskan, simpulan itu terlepas dengan tiba-tiba, maka terhasillah bunyi 'klik' atau 'pop' itu.

"Apa rawatan trigger finger ni?"

Jangan risau, ia boleh dirawat! Pilihan rawatan bergantung kepada betapa teruk keadaan jari:

1. Rehat & Elak:

Cuba rehatkan tangan dan kurangkan aktiviti yang memerlukan genggaman kuat atau berulang-ulang, seperti mengait, menggunting, atau memerah kain.

2. Ubat dan Alat Sokongan:

Ubat tahan sakit/radang (seperti ubat sapu atau pil) boleh membantu kurangkan bengkak dan sakit.

Kadang-kadang, kita sarankan alat sokongan (splint) untuk memegang jari dalam keadaan lurus pada waktu malam.

3. Suntikan: (rawatan popular di klinik kami)

Rawatan paling popular untuk peringkat sederhana ialah suntikan ubat antiradang (steroid) di tempat yang tersangkut. Suntikan ini biasanya dapat melegakan bengkak simpulan itu.

4. Pembedahan Kecil:

Jika rawatan lain tidak berkesan, kita ada pembedahan kecil untuk 'besarkan' sedikit terowong (pulley) itu supaya tali (tendon) boleh meluncur dengan bebas semula. Pembedahan ini cepat dan biasanya sangat berkesan.

Nasihat saya, jika mana-mana jari Pak Cik/Mak Cik sering tersangkut, mai lah datang ke klinik berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan lanjut.

Di klinik kami, doktor akan menilai :

• pergerakan tendon
• kawasan yang radang
• pola pergerakan harian
• serta kekuatan otot sekitar

Lepas tu barulah rawatan disesuaikan ikut keadaan semasa Pak CIk dan Mak Cik

30/11/2025

Mencari klinik untuk scan dengan doctor perempuan? Jemput datang ke klinik kami ye.

Mana lagi? Melaka lerrr!

Address

32, Jalan BI 17A, Taman Bertam Impian
Malacca City
76450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Keluarga - Bertam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Keluarga - Bertam:

Shortcuts

Share