Hospital Jengka Official

Hospital Jengka Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Jengka Official, Hospital, Hospital Jengka , Bandar Jengka Maran, Bandar Tun Razak, Maran.

Tahniah kepada semua kontraktor yang berjaya dipilih.
03/06/2026

Tahniah kepada semua kontraktor yang berjaya dipilih.

Program Ceramah Agama Sempena Sambutan Hari Raya AidiladhaHari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban merupakan salah satu...
19/05/2026

Program Ceramah Agama Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban merupakan salah satu peristiwa agung dalam Islam yang sarat dengan pengertian pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Bersempena dengan sambutan mulia ini, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JK HMI) Hospital Jengka telah menganjurkan Program Ceramah Agama Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha pada 15 Mei 2026 bertempat di Dewan Asrama Jururawat, Hospital Jengka, bermula jam 3.30 petang hingga 5.00 petang. Program ini turut disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook Hospital Jengka melalui siaran FB Live bagi membolehkan lebih ramai warga mengikuti pengisian yang disampaikan.

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam memperkukuhkan penghayatan rohani serta menyemarakkan nilai-nilai keimanan dalam kalangan warga kerja Hospital Jengka. Di samping itu, ceramah ini turut memberi penekanan terhadap penghayatan sejarah dan hikmah ibadah korban sebagai manifestasi ketaatan serta pengorbanan yang dituntut dalam Islam.

Program ini dilaksanakan hasil kerjasama erat antara JK HMI Hospital Jengka dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Wan Muhamad Nasrullah bin Wan Mohd Zawawi, Timbalan Qadhi Daerah Maran. Pihak JK HMI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian beliau menyampaikan pengisian ilmiah yang amat bermanfaat kepada seluruh warga Hospital Jengka.

Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei nanti, JK HMI Hospital Jengka bagi pihak seluruh warga kerja Hospital Jengka ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya warga Jengka.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

15/05/2026
๐Ÿ“ MAJLIS PERASMIAN PUSAT HEMODIALISIS MARANPada 12 Mei 2026 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Pusat Hemo...
13/05/2026

๐Ÿ“ MAJLIS PERASMIAN PUSAT HEMODIALISIS MARAN

Pada 12 Mei 2026 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Pusat Hemodialisis Maran yang telah disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.

Majlis turut dihadiri pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Perasmian pusat ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan lagi perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada masyarakat setempat, khususnya bagi meningkatkan akses dan keselesaan pesakit di daerah Maran dan kawasan sekitarnya.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga Pusat Hemodialisis Maran terus memberi manfaat dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.




08/05/2026

Selamat Hari Talasemia Sedunia๐Ÿฉธ

Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibu bapa. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ianya bukan penyakit berjangkit. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Pesakit talasemia perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan talasemia di fasiliti kesihatan berhampiran.

08/05/2026

Jangan biarkan cuaca panas menjejaskan kesihatan anda. Ikuti langkah mudah ELAK untuk kekal cergas dan selamat

E - Elak aktiviti luar dan pakaian berwarna gelap dan ketat.
L - Lebihkan minum air kosong
A - Awasi golongan berisiko daripada berada lama di bawah panas terik
K - Kekal di tempat nyaman dan redup dengan ventilasi yang baik

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

08/05/2026

Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba.

Kenali tanda-tanda awal strok haba

โžก Letih melampau
โžก Pening
โžก Dahaga
โžก Kulit rasa panas atau kering

Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif.

Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.

08/05/2026

๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ง๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ฎโ“

๐Ÿฉธ Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

๐Ÿฉธ Dikongsikan perbezaan di antara pembawa dan pesakit Talasemia.

๐Ÿฉธ Lakukan ujian saringan penyakit Talasemia di fasiliti kesihatan berhampiran anda.

๐Ÿฉธ Perkahwinan antara pembawa dengan pembawa atau pembawa dengan pesakit akan meninggikan risiko memperoleh zuriat dengan penyakit Talasemia.

Address

Hospital Jengka , Bandar Jengka Maran, Bandar Tun Razak
Maran
26400

Telephone

+6094662333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Jengka Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category