Dr Ashraf Sharifuddin, Brain and Spine Surgeon

Dr Ashraf Sharifuddin, Brain and Spine Surgeon Neurosurgery and NeuroSpine Surgery Clinic

Budak lelaki umur 4 tahun.Parents PR di malaysia. Dibawa oleh mak datang berjumpa saya. Sudah pergi jumpa beberapa dokto...
16/07/2024

Budak lelaki umur 4 tahun.
Parents PR di malaysia. Dibawa oleh mak datang berjumpa saya. Sudah pergi jumpa beberapa doktor utk opinion, dan semuanya kata yg sama. Perlu operation, tetapi risiko tinggi utk kecacatan kekal dan koma berpanjangan.

Ibunya menangis bercerita mengenai anak nya di rumah. Sebelum ini aktif dan cergas, dalam setahun ni makin lemah. Mata dh menjadi buta. Tangan dan kaki semakin lemah. Nak telan pun susah, hanya makan yg lembut aje skrg. Dari berjalan, berlari, sekarang merangkak di rumah. Tapi tetap ceria bermain dgn abang dan kakak di rumah. Ibu nya faham masalah kalau di bedah dan x sanggup jika anak nya koma dan menderita.

Saya tgk MRI brain nya, dan saya pun x sanggup ambil risiko pembedahan. Tumor yg besar dan menghimpit brainstem.
Saya hanya dapat beri counselling tentang penjagaan anaknya sahaja. Beri kata2 semangat utk menjaga anak itu sehingga nanti dia pergi selamanya.
Elok selesai ibunya keluar bilik klinik dgn anak nya, menitis air mata jantan.

Hhhmmn....Dah tua dh ni. Tak reti nk tahan sayu

"To cure sometimes, to relieve often, to comfort always"

Soalan : Betul ke pesakit lumpuh kerana craniotomy (pembedahan otak)?Jawapan : Tidak betul. Lumpuh itu kerana stroke. St...
12/06/2022

Soalan : Betul ke pesakit lumpuh kerana craniotomy (pembedahan otak)?

Jawapan : Tidak betul.
Lumpuh itu kerana stroke. Stroke yg memerlukan pembedahan selalunya adalah stroke yg severe (NIHSS scale). Stroke minor atau moderate, jarang sekali memerlukan pembedahan craniotomy.
Craniotomy atau pembedahan otak itu dibuat untuk segelintir kes-kes stroke sahaja. 95% of stroke tidak perlukan pembedahan craniotomy

Contoh indikasi craniotomy utk stroke :
1. stroke pendarahan yg besar
2. ischaemic stroke yg besar (e.g. Middle cerebral artery stroke)
3. Stroke disebabkan oleh aneurysm yg pecah (Clipping of aneurysm)

Soalan : Adakah prosedur craniotomy ini bahaya? Apakah peluang untuk sembuh dengan pembedahan?

Jawapan : Semua pembedahan mempunyai risiko. Cabut gigi pun ada risiko.
Craniotomy untuk stroke, yg selalunya dilakukan secara emergency (bukan elektif surgery) dikira sebagai high risk surgery. Pakar bedah akan mengambil kira tahap kesihatan pesakit dan stroke severity sebelum membuat keputusan untuk pembedahan, dan ianya tidak sama dari satu pesakit ke pesakit yg lain. Jika Pakar Bedah Neurosurgeri berpendapat bahawa pembedahan itu akan memberi manfaat kepada pesakit, then dia akan sarankan untuk pembedahan. Pesakit serta keluarga perlu ambil tahu risiko2 ini sebelum membuat keputusan untuk pembedahan.

Jika craniotomy itu untuk severe stroke, maka peluang untuk sembuh juga tidak tinggi seperti minor/moderate stroke.

Soalan : Siapa yg membuat pembedahan craniotomy di hospital?

Jawapan : Doktor Pakar Bedah Neurosurgeri yg akan membuat setiap pembedahan craniotomy di hospital, samada di hospital kerajaan ataupun hospital swasta.
Di hospital kerajaan, akan ada Pegawai Perubatan (Medical Officer) atau Pegawai Perubatan Sarjana (yg di dalam latihan Kepakaran Neurosurgeri) yang akan membantu Pakar Bedah semasa pembedahan dilakukan.
Semua pembedahan craniotomy di Malaysia, dilakukan mengikut standard antarabangsa untuk mengurangkan risiko pembedahan. KKM adalah badan yg dipertanggungjawabkan untuk memastikan standard penjagaan kesihatan di hospital pada tahap yg tinggi.

12/06/2022

Soalan : Boleh kah anggota badan yang lemah selepas stroke, kembali pulih seperti biasa 100%?

Jawapan :
Kebanyakan pesakit stroke akan melihat pemulihan di dalam 3 bulan pertama. Ianya dipanggil Spontaneous Biological Recovery (SBR), satu keadaan di mana otak berusaha untuk memulihkan bahagian yg cedera oleh stroke, dan ianya berlaku di dalam 3 bulan pertama.
Proses ini bergantung kepada Neural plasticity, atau brain plasticity, di mana ianya adalah keupayaan otak untuk menyusun semula (reorganisation) sel-sel otak untuk memaksimumkan fungsi.

Secara amnya :
Stroke minor/moderate (NIHSS scale) - pemulihan yang bagus
Stroke major (NIHSS scale) - pemulihan tidak bagus

Percentage utk pemulihan bergantung kepada banyak faktor.
Umur yg muda, dengan stroke minor/moderate + rawatan awal (dalam masa 4 jam), pemulihan > 80%, good to excellent recovery

Sakit slipped disc leher dan sendi facet biasa terjadi dan salah satu cara rawatan ialah dengan radiofrequency ablation ...
25/07/2021

Sakit slipped disc leher dan sendi facet biasa terjadi dan salah satu cara rawatan ialah dengan radiofrequency ablation (RFA). Setiap minggu mesti ada kes-kes yg memerlukan rawatan RFA untuk mengurangkan sakit slipped disc leher.

Rawatan awal adalah dengan ubat, physiotherapy dan penjagaan postur yg baik. Jika sakit masih berlarutan, RFA pada facet dan saraf dapat membantu menghilangkan rasa sakit. Terus dapatkan rawatan jika ada sakit, jangan dibiarkan berlarutan

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina. Selamat bercuti and stay safe!
11/02/2021

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina.
Selamat bercuti and stay safe!

Hospital Pakar Regency antara 5 hospital di seluruh Malaysia yang mencapai Gold Status untuk perawatan pesakit Stroke.Ba...
26/08/2020

Hospital Pakar Regency antara 5 hospital di seluruh Malaysia yang mencapai Gold Status untuk perawatan pesakit Stroke.
Bangga dengan pencapaian ini, menunjukkan hasil kerjasama Neurosurgeon, Neurologist, Emergency Physician dan Interventional Radiologist di hospital ini.

Syabas semua!


KUALA LUMPUR, Aug 14 —The World Stroke Organisation (WSO) has recognised five Malaysian hospitals for achieving international standards in their stroke care practices. The WSO Angels Award is part of the Angels Initiative, launched by German pharmaceutical company Boehringer Ingelheim, which...

Kes 1 : Seorang perempuan berusia 35 tahun, mempunyai masalah darah tinggi. Ubat memang diambil setiap hari dan mengikut...
07/07/2020

Kes 1 : Seorang perempuan berusia 35 tahun, mempunyai masalah darah tinggi. Ubat memang diambil setiap hari dan mengikut appointment doktor.
Tiba-tiba didapati tidak sedarkan diri pada awal pagi. Dibawa ke hospital dan CT scan mengesahkan ada pendarahan di bahagian kiri basal ganglia, menyebabkan beliau lumpuh anggota badan di sebelah kanan. Tekanan darah tinggi 160/90

Kes 2 : Seorang lelaki berusia 41 tahun, tidak mengidap apa2 penyakit. Tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.
Tiba-tiba mendapat sakit kepala yang kuat dan muntah di tempat kerja serta pengsan.
Dibawa ke hospital dan CT scan mengesahkan terdapat pendarahan di bahagian kiri cerebellum serta hydrocephalus. Tekanan darah sangat tinggi sehingga 220/110. Beliau dimasukkan ke ICU untuk pemantauan rapi dan perlu pembedahan.

Kes 3 : Seorang perempuan berumur 38 tahun, mempunyai masalah darah tinggi.
Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak makan ubat darah tinggi kerana kerap pening apabila makan ubat.
Tiba-tiba merasakan kebas di anggota sebelah kiri serta sakit kepala yang kuat. Dibawa ke hospital dan CT scan mengesahkn ada pendarahan di bahagian kanan thalamus. Tekanan darah yg sangat tinggi sehingga 210/110. Beliau dimasukkan ke ICU untuk pemantauan dan rawatan.

Semakin hari, semakin ramai yang mengidap stroke ini. Semuanya pada usia yang muda. Dan stroke pendarahan ini amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Sekadar peringatan kepada kita semua, untuk memberi perhatian kepada kesihatan kita sendiri. Pergilah buat pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun (umur 40 ke atas). Jangan sudah terjadi stroke, sehingga lumpuh sebelah badan, baru kita nk berusaha menjaga kesihatan.

Antara pemikiran yg salah mengenai penjagaan kesihatan :
1. Aku muda lagi, buat apa nk pegi check
2. Lagi banyak jumpa doktor ni, lagi banyak pulak yg x sihat
3. Makan ubat nanti buah pinggang rosak
4. Bila dh start makan ubat, sampai mati kena makan ubat
5. Saya xde rasa sakit pun. Betul ke ni saya ada darah tinggi/kencing manis? doktor tipu saya ke?

Tanya lah doktor jika ada masalah kesihatan. Jagalah kesihatan anda. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Pemakaian mask, menurunkan kadar keberjangkitan dari 17.4% kepada 3.1%Penjarakan Sosial, dari 12.8% kepada 2.6%Face shie...
03/06/2020

Pemakaian mask, menurunkan kadar keberjangkitan dari 17.4% kepada 3.1%

Penjarakan Sosial, dari 12.8% kepada 2.6%

Face shield, dari 16% kepada 5.5%

Kesemua kaedah ini adalah berfaedah untuk menurunkan kadar jangkitan covid-19. Hand hygiene juga penting untuk mengurangkan kadar jangkitan.

Sumber : Chu DK et al, The Lancet June 2020

31/05/2020

Para-opthalmic aneurysm (Part 2)
This patient presented with long-standing, occasional headache. CT brain shows incidental finding of a large paraopthalmic aneurysm (unruptured).

After discussion, patient opted for surgical clipping of aneurysm.
1st part of surgery : drilling of the anterior clinoid process.
2nd part of surgery : dissection and clipping of aneurysm. Total surgical time 4 hours.

Post-operatively, patient was well with no related surgical complications. Alhamdulillah

Pesakit datang dengan sakit kepala yg berlarutan bertahun2. CT scan otak menampakkan benjolan pada salur darah utama otak (aneurysm).
Selepas perbincangan tentang kaedah rawatan, pesakit setuju utk menjalani pembedahan.
Video pembedahan ada 2 bahagian.

Bahagian 1 : menunjukkan prosedur drilling bahagian tengkorak (anterior clinoid) utk sampai ke aneurysm dan memudahkn proses clipping aneurysm

Bahagian 2 : menunjukkan proses mengenalpasti leher aneurysm, dan meletakkan aneurysm clip utk melenyapkan aneurysm tersebut.
Pembedahan mengambil masa 4 jam.

Alhamdulillah pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi dari pembedahan tersebut.

Address

Clinic E2, Regency Specialist Hospital, No. 1 Jalan Suria, Bandar Seri Alam
Masai
81750

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00
Sunday 09:30 - 17:00

Telephone

+60126783612

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Ashraf Sharifuddin, Brain and Spine Surgeon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Ashraf Sharifuddin, Brain and Spine Surgeon:

Share

Category