KLINIK KESIHATAN MASAI

Call Directions

KLINIK KESIHATAN MASAI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KLINIK KESIHATAN MASAI, Family doctor, Jalan Pekeliling, Masai.

17/07/2026
πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN KLINIK SEMPENA CUTI PERISTIWASempena cuti peristiwa, Klinik Kesihatan Masai akan ditutup pada:πŸ“… 13/...
12/07/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN KLINIK SEMPENA CUTI PERISTIWA

Sempena cuti peristiwa, Klinik Kesihatan Masai akan ditutup pada:

πŸ“… 13/7/2026

πŸ•˜ Operasi klinik akan dibuka semula seperti biasa pada 14/7/2026.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua pesakit.

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN KLINIK SEMPENA CUTI PERISTIWASempena cuti peristiwa, Klinik Kesihatan Masai akan ditutup pada:πŸ“… 25/...
24/05/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN KLINIK SEMPENA CUTI PERISTIWA

Sempena cuti peristiwa, Klinik Kesihatan Masai akan ditutup pada:

πŸ“… 25/5/2026

πŸ•˜ Operasi klinik akan dibuka semula seperti biasa pada 26/5/2026.

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua pesakit.

Raya tetap meriah, tapi kesihatan jangan cuti sekali! Kuih boleh makan, tapi jangan sampai gula naik lebih laju dari dui...
20/03/2026

Raya tetap meriah, tapi kesihatan jangan cuti sekali!

Kuih boleh makan, tapi jangan sampai gula naik lebih laju dari duit raya. πŸ₯§
Garam pun sama β€” cukup rasa, bukan cukup balas dendam.

Ketupat lemang sudah tersusun,🍚
Perut kosong terus tersenyum lebar,
Gula garam jangan dihimpun,
Nanti seluar raya jadi mencabar.

Pagi Syawal ayam berkokok,πŸ₯
Semua segak, semua bergaya,
Jauhi v**e dan asap rokok,
Paru-paru pun nak beraya juga.

Rumah terbuka penuh jemuan,🏑
Rendang, satay semua menggoda,
Kawal emosi, jaga perhubungan,
Jangan gaduh sebab kuih raya.

Sempena ketibaan Syawal, kami dari Klinik Kesihatan Masai ingin memohon maaf atas segala salah dan silap β€” yang sengaja mahupun yang β€œterover” tanpa sedar. 🀝

Semoga raya kali ini penuh gelak tawa, kurang stres, dan paling penting… tak perlu jumpa kami lepas raya sebab terlebih makan πŸ˜„

Kekal sihat di Aidilfitri.
Ikhlas daripada,
Klinik Kesihatan Masai

19/03/2026

MAKLUMAN KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI

Dimaklumkan bahawa klinik akan bercuti bermula 20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 24 Mac 2026 (Selasa) sempena Hari Raya Aidilfitri.

Perkhidmatan AOB & DOTS akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut:

β€’ 20/3/2026 – 24/3/2026
β€’ 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Bagi kes ringan, pelanggan boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tampoi pada waktu berikut:

β€’ 20/3/2026 (Jumaat) – 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

β€’ 21/3/2026 (Sabtu) – 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

β€’ 22/3/2026 (Ahad) – 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

β€’ 23/3/2026 (Isnin) – 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

β€’ 24/3/2026 (Selasa) – 9.00 pagi – 1.00 tengah hari

Bagi kes kecemasan, sila hubungi 999 atau terus ke:

β€’ Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSIJB)

β€’ Unit Kecemasan Hospital Pasir Gudang (HPGJB)

β€’ Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB)

Segala kerjasama dan perhatian anda amat dihargai.

Terima kasih.

*Nak bakar kalori tak semestinya susah!*πŸ’ͺDalam 1 jam je, pelbagai aktiviti boleh bantu tingkatkan kesihatan anda:*Antara...
18/03/2026

*Nak bakar kalori tak semestinya susah!*πŸ’ͺ
Dalam 1 jam je, pelbagai aktiviti boleh bantu tingkatkan kesihatan anda:

*Antara aktiviti bakar kalori dalam masa 1 jam:*
πŸƒβ€β™€οΈ Jogging: 400–900 kalori
πŸ‹οΈ Angkat berat: 180–500 kalori
🚴 Berbasikal: 300–1000 kalori
πŸšΆβ€β™‚οΈ Berjalan laju: 240–500 kalori
🀸 Lompat tali: 600–1000 kalori
πŸ’ƒ Aerobik: 400–800 kalori
πŸ₯Ύ Mendaki: 300–600 kalori
🧹 Mengemas rumah: 150–200 kalori

*Setiap langkah kecil membawa perubahan besar!*

Jom mula hari ini demi kesihatan yang lebih baik.

KIT UBAT GERAK RAYAJangan tunggu dah atas highway baru teringat ubat tertinggal.Balik kampung memang seronok, tapi perja...
15/03/2026

KIT UBAT GERAK RAYA

Jangan tunggu dah atas highway baru teringat ubat tertinggal.

Balik kampung memang seronok, tapi perjalanan jauh, jem panjang, cuaca panas, makan tak tentu masa, dan tidur tak menentu boleh buat badan mula meragam di tengah jalan.

Sebab itu sebelum enjin hidup, pastikan sekurang-kurangnya 8 benda ini ada dalam KIT UBAT GERAK RAYA anda:

1. Ubat rutin sendiri
2. Ubat demam dan sakit
3. Ubat alahan
4. Ubat mabuk perjalanan
5. Oral rehydration salts
6. Ubat cirit-birit
7. Ubat gastrik
8. Ubat selsema atau lozenges

Nampak kecil, tapi benda-benda inilah yang selalu dicari masa susah.

Semak tarikh luput, simpan dalam pouch khas, dan jangan campur aduk sampai masa perlu pun tak jumpa.

Balik kampung biar tenang.
Jangan biar panik bermula dari tempat duduk belakang.

KK Masai telah mengadakan Program Hari Kanser Sedunia bersama:1.Panel Penasihat Klinik Kesihatan Masai2.Kospen KRT Sierr...
07/02/2026

KK Masai telah mengadakan Program Hari Kanser Sedunia bersama:
1.Panel Penasihat Klinik Kesihatan Masai
2.Kospen KRT Sierra Perdana
3.LPPKN
4.Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation

di Mydin Taman Rinting dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Tarikh: 7/2/26
Masa: 8pagi - 1tengahari
Tempat: Mydin Taman Rinting
Seramai 120 orang

Antara Aktiviti2 yang diadakan:
1. Ceramah Kesihatan β€˜' oleh Dr Ko Eng Hea

2. Saringan Kesihatan NHSI :Seramai 72 orang telah disaring

3. Saringan Sarcopenia oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi- seramai 50 orang berjaya disaring

4.Perkongsian Pengalaman oleh Kanser β€œSurvivor”

5.LPPKN : Saringan HPV & Mammogram

6.Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation

Program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pengunjung ke Mydin Taman Rinting.

Secara keseluruhan, objektif program telah dicapai dengan baik melalui kerjasama padu semua pihak yang terlibat.

Semoga inisiatif sebegini dapat diteruskan secara berperingkat demi kesejahteraan komuniti setempat.









Address

Jalan Pekeliling
Masai
81750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072511333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KLINIK KESIHATAN MASAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category