Klinik Taqwa

Klinik Taqwa Klinik memberi perkhidmatan perubatan keluarga dan fokus kepada rawatan holistik. Intervensi minima dan yang paling selamat.

KLINIK TAQWA | PERKHIDMATAN

● Konsultasi
● Pemeriksaan Kesihatan (MEDICAL CHECK UP)
● Rawatan Pesakit Luar (Akiut & Kronik)
● Ujian Darah (KLINIK) ; FBC, Dengue, Gula, Cholesterol, Uric Acid (Gout)
● Ujian Darah (MAKMAL)
● Cek Kuning Bayi (Jaundice)
● ECG
● ULTRASOUND ; 2D,3D,4D,5D
● Buka Buku Ibu Mengandung
● Pap Smear
● Pemeriksaan Berkala Kanak-Kanak
● Vaksin Bayi
● Vaksin Pengendalian Makana

n (Typhoid), Jemaah Haji & Umrah
● Cuci telinga
● Nebuliser
● Suction
● Tindik Telinga
● Pembedahan kecil
● Jahit Luka
● Cuci luka (Dressing)
● Sunat lelaki dan perempuan

Klinik Taqwa adalah panel untuk beberapa syarikat GLC dan swasta termasuk TNB, TM, PM Care, Petronas, AIA, Healthconnect, Micares, Red alert dan banyak lagi kilang

Omega-3: Wira Anti-Radang yang Kita Lupakan​Di Klinik Taqwa, saya perasan ramai pesakit kurang mengambil Omega-3. Mengap...
20/07/2026

Omega-3: Wira Anti-Radang yang Kita Lupakan

​Di Klinik Taqwa, saya perasan ramai pesakit kurang mengambil Omega-3. Mengapa ia penting?

​Omega-3 bertindak sebagai anti-radang utama untuk tubuh. Malangnya, diet moden kita makin kurang Omega-3. Ayam dan lembu ternakan kini banyak diberi makan bijirin (grain-fed), menjadikan makanan harian kita tinggi Omega-6 tetapi rendah Omega-3.

​Apa bahayanya jika tidak seimbang?

​Omega-3: Memadam radang

​Omega-6: Boleh mencetuskan radang jika berlebihan

​Nisbah yang tidak seimbang ini memicu keradangan kronik dalam badan—punca risiko penyakit jantung, masalah memori, dan pelbagai isu kesihatan lain.

​Solusi Mudah:

Utamakan ikan tempatan tinggi Omega-3 seperti kembung, cencaru, tongkol, tenggiri, dan sardin dalam hidangan harian anda.

​Jaga pemakanan, cegah keradangan!

​— Dr. Hana Jaafar, Klinik Taqwa

"All disease begins in the gut." – HippocratesBenarkah semua penyakit bermula dari usus?Walaupun bukan semua penyakit be...
05/07/2026

"All disease begins in the gut." – Hippocrates

Benarkah semua penyakit bermula dari usus?

Walaupun bukan semua penyakit berpunca daripada usus, kajian moden menunjukkan bahawa kesihatan usus memainkan peranan besar terhadap kesihatan keseluruhan badan.

Usus bukan sekadar mencerna makanan. Ia juga menjadi "rumah" kepada trilion bakteria baik yang membantu sistem imun, mengawal keradangan, menghasilkan nutrien penting dan turut mempengaruhi kesihatan otak.

Apabila usus tidak seimbang, risiko pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, obesiti, penyakit autoimun dan gangguan pencernaan boleh meningkat.

Mulakan dengan perkara asas:
• Lebihkan serat daripada sayur dan buah.
• Kurangkan makanan ultra-proses dan gula.
• Tidur yang cukup.
• Uruskan stres.
• Kekal aktif.
• Pengambilan functional foods yang mengandungi prebiotik dan probiotik

Prebiotik dan probiotik boleh membantu, tetapi bukan semua orang memerlukannya dan bukan semua produk di pasaran mempunyai kualiti yang sama. Ada probiotik yang kurang stabil atau tidak mengandungi bakteria hidup dalam jumlah yang mencukupi apabila diambil. Oleh itu, pilihlah produk daripada sumber yang dipercayai dan sebaiknya berbincang dengan doktor yang berpengalaman supaya pilihan tersebut benar-benar sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Kesihatan bermula dengan gaya hidup. Dan menjaga usus adalah antara pelaburan terbaik untuk tubuh yang lebih sihat.

Dr Hana
Klinik Taqwa

"Merawat penyakit, membina kesihatan."

Bila Kena Jangkitan Virus, Baru Faham Nikmat Sihat Tu Besar SangatBaru-baru ini saya terkena jangkitan virus. Tiba-tiba ...
01/06/2026

Bila Kena Jangkitan Virus, Baru Faham Nikmat Sihat Tu Besar Sangat

Baru-baru ini saya terkena jangkitan virus. Tiba-tiba badan jadi sangat lemah, kepala sakit teruk dan seluruh badan rasa sengal. Nak fokus pun susah, nak bergerak pun tak larat.

Sebagai seseorang yang perlu berjumpa ramai orang setiap hari, memang terasa sangat bila kesihatan terganggu.

Pengalaman ini juga mengingatkan saya bahawa antibiotik bukan penyelesaian untuk jangkitan virus, kerana antibiotik hanya berkesan terhadap bakteria, bukan virus.

Bila terkena jangkitan virus, yang paling penting ialah:
✔️ Rehat secukupnya
✔️ Minum air yang mencukupi
✔️ Makan makanan berkhasiat
✔️ Ambil protein, buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi
✔️ Sokong sistem imun supaya badan dapat melawan jangkitan dengan lebih baik

Kadang-kadang kita terlalu sibuk hingga terlupa bahawa kesihatan adalah nikmat yang sangat besar. Bila sakit, barulah kita benar-benar menghargai betapa berharganya tubuh yang sihat.

Jaga tidur, jaga pemakanan dan jaga imuniti. Perkara yang nampak asas itulah yang sering memberi impak paling besar kepada kesihatan kita.

Dalam posting seterusnya, saya akan kongsikan beberapa makanan dan vitamin yang saya beri perhatian ketika badan sedang melawan jangkitan virus dan untuk menyokong sistem imun secara semula jadi. Nantikan ya. ❤️

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Dr Hana, Dr Suriya, Dr Jaafar dan seluruh warga staff Klinik Taqwa. Semoga Aidiladh...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Dr Hana, Dr Suriya, Dr Jaafar dan seluruh warga staff Klinik Taqwa.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga. Semoga setiap pengorbanan dan doa diterima serta dipermudahkan segala urusan.

Untuk makluman, Klinik Taqwa akan tutup selama 2 hari (hari ini & esok) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan akan beroperasi semula pada hari Jumaat.

Selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya 🌙

Tahukah anda?Malaysia kini antara negara dengan kadar masalah buah pinggang yang membimbangkan.Menurut laporan Malaysian...
26/05/2026

Tahukah anda?

Malaysia kini antara negara dengan kadar masalah buah pinggang yang membimbangkan.
Menurut laporan Malaysian Dialysis and Transplant Registry, kini terdapat lebih 55,000 pesakit aktif menjalani rawatan dialisis di seluruh negara, dengan hampir 9,500 kes baharu dikesan setiap tahun.

Dan lebih mengejutkan, dianggarkan 1 daripada 6 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah buah pinggang kronik.

Apa yang lebih merisaukan adalah ramai sebenarnya tidak sedar mereka sudah mempunyai masalah kerana penyakit buah pinggang sering berlaku secara senyap tanpa simptom yang jelas pada peringkat awal.

Ramai hanya datang mendapatkan rawatan apabila: • badan cepat penat
• kaki mula bengkak
• tekanan darah tidak terkawal
• atau bacaan darah sudah semakin teruk

Sebab itu prevention sangat penting. Dan follow up berkala pun sangat penting supaya kita sempat ambil langkah awal sebelum jadi lebih serius.

Antara perkara paling besar yang saya sendiri nampak sekarang adalah kualiti pemakanan yang semakin menurun.

Makanan berproses. Makanan dalam tin. Mee segera. Jajan. Air manis. Makan luar hampir setiap hari.
Bukan sebab semua orang tak tahu ia tak sihat. Tapi sebab makanan cepat dan murah sekarang lebih mudah dicapai daripada makanan yang baik untuk badan.

Kadang bila diminta kurangkan gula, terus rasa macam: “Habis tu nak minum apa?”

Sedangkan sebenarnya masih banyak pilihan lain yang lebih baik untuk tubuh kita.

Buah pinggang kita bekerja setiap hari tanpa henti. Menapis darah. Mengawal keseimbangan badan. Menjaga kita diam-diam.

Jangan tunggu badan mula beri “warning” baru nak jaga kesihatan.

Buat pemeriksaan berkala. Jaga makan. Kurangkan makanan berproses. Dan mula ambil serius kesihatan sebelum terlambat.

— Dr Hana

Haaa musim cuti sekolah kan sekarang.Seronok kan bila dapat bawa anak-anak ke indoor playground. Anak-anak happy, berlar...
25/05/2026

Haaa musim cuti sekolah kan sekarang.

Seronok kan bila dapat bawa anak-anak ke indoor playground.

Anak-anak happy, berlari sana sini, gelak tak berhenti—dan kita sebagai ibu bapa pun ada sedikit ruang untuk rehat sekejap, scroll telefon atau sekadar tarik nafas.

Tapi dalam masa yang sama, kita kena sedar juga indoor playground adalah antara tempat yang mudah berlaku penyebaran penyakit berjangkit pada kanak-kanak.

Antara yang biasa kita lihat:

✔ HFMD (Hand, Foot & Mouth Disease)
✔ Influenza / selesema teruk
✔ Adenovirus (demam, batuk, mata merah)
✔ Jangkitan pernafasan lain
✔ “stomach flu” seperti muntah & cirit-birit

Sebab apa mudah berjangkit? Ruang tertutup, ramai kanak-kanak, sentuhan pada permukaan permainan yang sama, dan anak-anak memang secara semula jadi s**a sentuh muka tanpa sedar.

Kita tak perlu elak sepenuhnya, tapi boleh kurangkan risiko:

✔ Basuh tangan sebelum & selepas bermain
✔ Bawa dan guna hand sanitizer
✔ Elakkan bawa anak jika ada tanda awal sakit
✔ Ajar anak elakkan sentuh muka semasa bermain
✔ Mandi & tukar pakaian terus selepas balik rumah
✔ Pastikan pemakanan harian seimbang untuk sokong imuniti
✔ Pastikan anak cukup rehat & tidur berkualiti

Nak pergi indoor playground boleh, tapi pastikan ada ilmu & persediaan.

Pesanan sayang dari saya.

Dr Hana, Klinik Taqwa

“Rasa telinga tersumbat lepas selsema?” Jangan ambil ringan.Kadang-kadang bila selsema atau hidung tersumbat beberapa ha...
23/05/2026

“Rasa telinga tersumbat lepas selsema?” Jangan ambil ringan.

Kadang-kadang bila selsema atau hidung tersumbat beberapa hari, saluran antara hidung dan telinga (Eustachian tube) boleh jadi bengkak dan tersumbat. Tekanan dalam telinga pun terganggu.

Pesakit ini datang dengan aduan:
• Telinga rasa penuh / tersumbat
• Kurang selesa bila bergerak
• Baru beberapa hari mengalami selsema

Bila diperiksa, gegendang telinga nampak merah dan membengkak — tanda keradangan dan tekanan di belakang gegendang telinga.

Kalau dibiarkan, ia boleh jadi lebih sakit, bernanah atau menyebabkan pendengaran sementara terganggu.

Antara perkara yang penting:
• Kawal selsema dan hidung tersumbat
• Elakkan korek telinga
• Jangan tunggu sampai sakit makin teruk
• Terus dapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik supaya masalah dapat dirawat lebih awal sebelum berlaku komplikasi

Kadang simptom nampak “ringan”, tapi pemeriksaan telinga boleh beri gambaran sebenar apa yang sedang berlaku.

Dr Hana Jaafar

Harini first day kerja selepas bercuti seminggu.Kita nak cerita lagi pasal darah tinggi sebab ni antara yang tersangat l...
22/05/2026

Harini first day kerja selepas bercuti seminggu.
Kita nak cerita lagi pasal darah tinggi sebab ni antara yang tersangat lah common dan 4 dari 6 orang pesakit saya check BP tinggi pagi ni. 😅😅😅

Ramai orang takut bila dah start ubat darah tinggi, nanti kena makan seumur hidup.

Tapi sebenarnya, yang lebih kita perlu risau bila tekanan darah tinggi itu tak dikawal lama-lama sampai mula ganggu jantung, buah pinggang dan salur darah.

Sebab tu selain ubat, lifestyle sangat memainkan peranan.

Tidur cukup, kurangkan makanan berproses dan bergoreng, lebihkan sayur dan buah, cuba kurangkan stress dan aktif bergerak.

Ramai juga tak sedar kurang tidur pun boleh buat tekanan darah susah nak cantik. Siang penat kerja, malam scroll phone sampai lewat, badan memang tak sempat recover.

Selain tu, ada supplement tertentu seperti magnesium glycinate dan omega-3 yang boleh membantu sebagai ikhtiar tambahan.

Tapi supplement bukan magic ya. Yang penting ialah konsisten jaga badan dan jangan stop ubat sendiri tanpa nasihat doktor and jangan stop follow up doktor.

Dr Hana Jaafar

“Doktor, kenapa saya selalu lupa benda kecil?”“Kenapa susah nak fokus walaupun umur masih muda?”“Kenapa rasa otak ‘blur’...
21/05/2026

“Doktor, kenapa saya selalu lupa benda kecil?”
“Kenapa susah nak fokus walaupun umur masih muda?”
“Kenapa rasa otak ‘blur’ walaupun tak buat kerja berat?”
Ramai tak sedar… masalah ini kadang-kadang bukan sebab umur, tetapi sebab tidur yang tidak cukup.
Semasa kita tidur, otak bukan sekadar ‘berehat’.
Otak sedang bekerja menyusun dan menyimpan memori baru ke dalam long term memory.
Sebab itu bila tidur tak cukup, proses ini terganggu.
Maklumat baru susah disimpan dengan baik.
Inilah yang menyebabkan seseorang mudah lupa, susah fokus dan mengalami short term memory problem.
Tidur juga memainkan peranan penting dalam: • Mengawal hormon
• Menguatkan sistem imun
• Menstabilkan emosi
• Membantu pemulihan badan
• Menjaga kesihatan jantung dan otak
Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar kerja dan tanggungjawab, sampai lupa badan kita juga perlukan rehat yang cukup.
Tidur 8 jam sehari bukan kemewahan.
Ia adalah keperluan asas untuk badan dan otak berfungsi dengan baik.
Jaga tidur.
Sebab kesihatan yang baik bermula daripada rehat yang berkualiti.

Ramai pesakit takut nak mula makan ubat darah tinggi sebab selalu dengar ayat:“Kalau dah start ubat darah tinggi, kena m...
19/05/2026

Ramai pesakit takut nak mula makan ubat darah tinggi sebab selalu dengar ayat:

“Kalau dah start ubat darah tinggi, kena makan seumur hidup.”

Sebenarnya ketakutan itu tak semestinya betul 😊

Untuk pengetahuan semua, kalau tekanan darah terlalu tinggi sehingga boleh memudaratkan kesihatan, memang seeloknya mulakan ubat darah tinggi yang sesuai dengan keadaan diri masing-masing. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan pelbagai komplikasi lain.

Tapiiiii… pada masa yang sama, jangan hanya bergantung pada ubat sahaja ✨

Kita juga perlu ikhtiar dengan lifestyle modification untuk bantu dapatkan kesihatan yang lebih optimum.

Antaranya:
🌿 Tidur yang cukup sekitar 7–8 jam
🌿 Jaga pemakanan
🌿 Lebihkan sayur, buah dan air kosong
🌿 Kurangkan makanan berproses, jajan dan manisan
🌿 Cuba konsisten bersenam atau aktif bergerak
🌿 Boleh juga ambil supplement atau functional food yang bersesuaian untuk membantu kawalan tekanan darah

Bila gaya hidup makin baik dan tekanan darah semakin terkawal, ada sesetengah individu yang dos ubat boleh dikurangkan atau dihentikan — TETAPI mestilah dengan pemantauan doktor 😊

Jangan sesekali stop ubat sendiri tanpa nasihat doktor ya.

Walaupun bacaan tekanan darah dah nampak normal, follow up dengan doktor masih penting untuk:
✔️ Pantau baseline tekanan darah
✔️ Nilai keadaan kesihatan keseluruhan
✔️ Ambil darah berkala setiap 4–6 bulan. Atau yang memang tiada apa apa penyakit, sekurang-kurangnya setahun sekali.

Ingat ya, matlamat sebenar bukan sekadar “makan ubat atau tak makan ubat”, tetapi untuk memastikan tekanan darah terkawal dan badan kekal sihat 💜

Pesanan sayang dari saya,
Dr Hana

Address

MT663 Pusat Perdagangan Masjid Tanah, Jalan IKS MT/2
Masjid Tanah
78300

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 13:00

Telephone

+60126823620

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Taqwa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Taqwa:

Shortcuts

Share

Category