05/05/2026
🚭 Asap & Reactive Airway Disease (RAD): Bahaya Yang Ramai Terlepas Pandang
Pernah tak anak atau ahli keluarga kerap batuk, semput, atau nafas berbunyi “wheezing”? Salah satu punca yang sering kita abaikan adalah pendedahan kepada asap, terutamanya asap rokok.
Walaupun kita tidak merokok di depan mereka, sisa asap (third-hand smoke) yang melekat pada baju, rambut, kulit, dan perabot masih boleh memberi kesan.
💨 Apa itu Reactive Airway Disease (RAD)?
RAD ialah keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sensitif dan mudah meradang, menyebabkan:
1.Batuk berpanjangan
2.Nafas berbunyi (wheezing)
3.Sesak nafas
4.Mudah kena jangkitan paru-paru
👶 Siapa yang paling berisiko?
😓Bayi & kanak-kanak
😓Warga emas
😓Individu dengan sejarah asma atau alahan
⚠️ Kenapa asap sangat bahaya?
Asap mengandungi bahan toksik yang boleh:
‼️Merosakkan saluran pernafasan
‼️Mencetuskan serangan semput
‼️Mengganggu perkembangan paru-paru kanak-kanak
✅ Apa yang kita boleh buat?
Elakkan merokok dalam rumah atau kereta
Tukar baju & basuh tangan selepas merokok
Pastikan rumah bebas asap sepenuhnya
Lindungi anak-anak daripada pendedahan asap
KALAU BOLEH BERHENTI HISAP ROKOK!!
“Setiap sedutan rokok, mungkin biasa bagi anda…
Tapi bagi anak, itu mungkin satu perjuangan untuk bernafas.”
💡 Ingat, melindungi pernafasan anak adalah tanggungjawab kita bersama.
Jangan tunggu sampai anak kerap masuk klinik baru kita ambil tindakan.
📍 Jika anak anda kerap batuk atau semput, dapatkan pemeriksaan awal. Rawatan awal boleh mencegah komplikasi.
Nazren’s Clinic
“Kesihatan keluarga keutamaan kami.” 💙