Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Directions Website Contact the practice

Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Government Organization

Tahniah diucapkan kepada Puan Er Pei San, dari Jabatan Farmasi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah yang telah berjaya memen...
28/07/2026

Tahniah diucapkan kepada Puan Er Pei San, dari Jabatan Farmasi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah yang telah berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori 'Clinical Poster Presentation' dalam '27th NIH Scientific Conference 2026'.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat seluruh warga HPSF untuk mensasarkan lebih banyak pencapaian terbaik pada masa akan datang.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga kerja
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

16/07/2026

Hospital Pakar Sultanah Fatimah merupakan Hospital Rakan Bayi.

Apa itu Hospital Rakan Bayi?

Dengarkan penjelasan Dr Nursyuhada binti Buang, Pengerusi Jawatankuasa Hospital Rakan Bayi tentangnya.


KEMASKINI: PEMAKLUMAN OPERASI KLINIK PAKAR/ UNIT PENGAMBILAN DARAH DAN FARMASI PADA 25 MEI 2026 SEMPENA CUTI KHAS PERIST...
24/05/2026

KEMASKINI: PEMAKLUMAN OPERASI KLINIK PAKAR/ UNIT PENGAMBILAN DARAH DAN FARMASI PADA 25 MEI 2026 SEMPENA CUTI KHAS PERISTIWA JOHOR

Sempena pengumuman Cuti Khas Peristiwa Johor pada 25 Mei 2026, justeru itu sebahagian Klinik Pakar/Unit akan beroperasi seperti biasa dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang seperti berikut:

Klinik Perubatan (MOPC, Klinik Dada dan INR)
Klinik Ortopedik
Klinik Psikiatri
Klinik Pediatrik
Klinik Nefrologi
Klinik O&G
Unit Pengambilan Darah

Klinik Dermatologi (beroperasi 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari sahaja)

Farmasi Klinik Pakar (beroperasi 8.00 pagi hingga 3.00 petang)

Farmasi Kecemasan (beroperasi selepas jam 3.00 petang)

Manakala Klinik Pakar/ Unit yang tidak disenaraikan ditutup atau dibuka bagi kes-kes kecemasan sahaja.

Sebarang permasalahan, sila hubungi Pembantu Tadbir (Khidmat Pelanggan) di talian 06-9564000.

Pengarah dan seluruh warga kerja HPSF turut merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang telah berlangsung pada 23 Mei 2026.

Sekian, terima kasih.

PENGARAH HOSPITAL
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
24 Mei 2026

Kesihatan mental yang baik dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan un...
22/05/2026

Kesihatan mental yang baik dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan untuk memastikan kesihatan mental berada dalam keadaan yang baik.

Oleh itu, setiap individu disarankan untuk mengamalkan tip yang dikongsikan untuk memastikan kesihatan mental pada tahap optimum.

Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555.

Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

Kredit: KKM

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KLINIK-KLINIK  PAKAR DAN UNIT PENGAMBILAN DARAH SEMPENA HARI WESAK DAN HARI KEPUTERAAN YANG...
21/05/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KLINIK-KLINIK PAKAR DAN UNIT PENGAMBILAN DARAH SEMPENA HARI WESAK DAN HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Untuk makluman, semua Klinik Pakar dan Unit Pengambilan Darah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar ditutup pada 1 dan 2 Jun 2026 (Isnin dan Selasa) bersempena dengan Hari Wesak dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Tarikh pengoperasian semula adalah pada 3 Jun 2026 (Rabu).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pembantu Tadbir (Khidmat Pelanggan) di talian 06-9564000.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Hospital
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KLINIK-KLINIK  PAKAR DAN UNIT PENGAMBILAN DARAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHAUntuk makluman, ...
21/05/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KLINIK-KLINIK PAKAR DAN UNIT PENGAMBILAN DARAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Untuk makluman, semua Klinik Pakar dan Unit Pengambilan Darah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar ditutup pada 27 Mei 2026 (Rabu) bersempena dengan Hari Raya Aidiladha.

Tarikh pengoperasian semula adalah pada 28 Mei 2026 (Khamis).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pembantu Tadbir (Khidmat Pelanggan) di talian 06-9564000.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Hospital
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Dr Faidzal Adlee bin Abdul Ghafar, Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah ...
30/03/2026

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Dr Faidzal Adlee bin Abdul Ghafar, Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar yang baharu, berkuat kuasa pada 30 Mac 2026. Semoga HPSF terus unggul dan cemerlang di bawah kepimpinan beliau.

Ikhlas daripada:
Bahagian Pengurusan dan seluruh warga kerja
Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar



"Demam biasa je."Itu yang ramai fikir, sampai ada yang terlambat sedar.Bagi orang sihat, influenza mungkin menyebabkan d...
17/10/2025

"Demam biasa je."
Itu yang ramai fikir, sampai ada yang terlambat sedar.

Bagi orang sihat, influenza mungkin menyebabkan demam beberapa hari.
Tetapi bagi bayi, ibu mengandung, pesakit kronik atau warga emas, jangkitan ini boleh menjadi permulaan kepada masalah kesihatan yang lebih serius

Radang paru-paru, serangan jantung, atau kegagalan organ, semuanya boleh berlaku jika badan tidak mampu lagi melawan virus ini.

Influenza tidak pilih mangsanya,
tetapi ada golongan yang berisiko untuk tewas. đź’”

Kredit: PHM


Address

Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar:

Shortcuts

Share

Category