Mentari Muar, HPSF

Call Directions Contact the practice

Mentari Muar, HPSF Official page for Mentari Muar.

30/07/2026

Anda tidak keseorangan, ada bantuan untuk anda. ๐Ÿค

Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang berdepan dengan tekanan emosi, masalah kesihatan mental atau memerlukan sokongan psikososial, jangan pendam seorang diri.

Selain mendapatkan sokongan psikososial melalui Talian HEAL 15555, anda juga boleh mendapatkan sokongan dan bantuan profesional melalui talian sokongan psikososial yang tersedia, termasuk Talian Kasih 15999 serta talian sokongan yang disediakan oleh pelbagai NGO.

๐Ÿ“ž Pilih saluran yang sesuai dengan keperluan anda.

๐Ÿšจ Jika berlaku kecemasan atau anda berada dalam situasi yang memerlukan bantuan segera, hubungi 999.

๐Ÿ’ฌ Bercakap bukan tanda kelemahan. Meminta bantuan adalah satu langkah berani untuk menjaga diri.

Sebarkan maklumat ini kepada keluarga, rakan dan mereka yang mungkin memerlukannya. ๐Ÿค

Fokus dengan perkara yang kita boleh kawal untuk kesihatan mental sendiri ๐Ÿฅฐ
16/07/2026

Fokus dengan perkara yang kita boleh kawal untuk kesihatan mental sendiri ๐Ÿฅฐ

Kita tak boleh kawal apa yang orang lain mahu katakan tentang kita.

Ada yang menilai tanpa tahu cerita sebenar.
Ada yang bercakap berdasarkan andaian.
Ada juga yang tetap mahu mencari salah, walaupun kita sudah cuba melakukan yang terbaik.

Kita mungkin tidak mampu menutup mulut semua orang.

Tetapi kita boleh memilih untuk tidak membiarkan setiap kata-kata mereka tinggal terlalu lama dalam fikiran kita.

Jaga tindakan kita.
Jaga hati kita.
Jaga ketenangan kita.

Kerana pendapat orang lain bukan ukuran sebenar nilai diri kita.

๐Ÿ’š MENTARI Muar di Lotus Muar! ๐Ÿ’šIsnin lepas, MENTARI Muar telah mengadakan booth saringan kesihatan mental di Lotus sebag...
24/06/2026

๐Ÿ’š MENTARI Muar di Lotus Muar! ๐Ÿ’š

Isnin lepas, MENTARI Muar telah mengadakan booth saringan kesihatan mental di Lotus sebagai sebahagian usaha mendekati masyarakat khususnya komuniti Muar serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental.

Antara perkara yang dititikberatkan termasuklah kepentingan mempunyai rutin tidur yang sihat serta gaya hidup berkualiti demi kesejahteraan emosi dan fizikal ๐ŸŒฟ

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan ๐Ÿ™Œ๐Ÿผ

Nantikan booth kami yang seterusnya pada bulan hadapan di Wetex, inshaAllah! ๐Ÿ˜„

โœจ Booth Saringan Kesihatan Mental โœจ๐Ÿ“ Lokasi: Lotus's Muar๐Ÿ“… Tarikh: 22 Jun 2026 (Isnin)โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 1.00 petang๐Ÿง  ...
21/06/2026

โœจ Booth Saringan Kesihatan Mental โœจ

๐Ÿ“ Lokasi: Lotus's Muar
๐Ÿ“… Tarikh: 22 Jun 2026 (Isnin)
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 1.00 petang

๐Ÿง  Perkhidmatan yang disediakan:
โœ… Saringan Kesihatan Mental
โœ… Pendidikan Kesihatan Mental
โœ… Penilaian & Intervensi Terapi Cara Kerja (Psikiatri)
โœ… Rujukan ke Perkhidmatan Sokongan

Boleh ambil peluang ini untuk menambah pengetahuan dan mengetahui tahap kesihatan mental anda.

โ™ฅ๏ธ Bersama kurangkan stigma, tingkatkan kesedaran dan kesejahteraan kesihatan mental.

Jumpa anda di Lotus's Muar esok! ๐Ÿ˜Š

Jom register hari ni! ๐Ÿ˜„
19/06/2026

Jom register hari ni! ๐Ÿ˜„

๐ŸŒฟ Anda menjaga insan tersayang yang mengalami masalah kesihatan mental?

๐ŸŒฟ Sukar memahami tentang penyakit mental dan rawatan yang diberikan?

Ianya tidak mudah.
Namun anda tidak keseorangan ๐Ÿ’

๐ŸŒฟ Sertai Program Family Support Group yang dianjurkan khas untuk ahli keluarga dan penjaga pesakit psikiatri.

๐Ÿ“… 25โ€“26 Jun 2026 (Khamisโ€“Jumaat)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Dewan Mentari Muar
๐Ÿ’ฐ PERCUMA

Jom tingkatkan pengetahuan mengenai penyakit mental, rawatan dan sumber bantuan yang tersedia demi kesejahteraan keluarga anda.

โš ๏ธ Tarikh akhir pendaftaran: 19 Jun 2026

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster atau tekan link di bawah untuk mendaftar sekarang! ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScDyh9TgGzaYYaxLRSbOMETZoseY5ZBThaRp9zl1QYHlPP-bA/viewform?pli=1

๐ŸŒฟ Anda menjaga insan tersayang yang mengalami masalah kesihatan mental? ๐ŸŒฟ Sukar memahami tentang penyakit mental dan raw...
15/06/2026

๐ŸŒฟ Anda menjaga insan tersayang yang mengalami masalah kesihatan mental?

๐ŸŒฟ Sukar memahami tentang penyakit mental dan rawatan yang diberikan?

Ianya tidak mudah.
Namun anda tidak keseorangan ๐Ÿ’

๐ŸŒฟ Sertai Program Family Support Group yang dianjurkan khas untuk ahli keluarga dan penjaga pesakit psikiatri.

๐Ÿ“… 25โ€“26 Jun 2026 (Khamisโ€“Jumaat)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Dewan Mentari Muar
๐Ÿ’ฐ PERCUMA

Jom tingkatkan pengetahuan mengenai penyakit mental, rawatan dan sumber bantuan yang tersedia demi kesejahteraan keluarga anda.

โš ๏ธ Tarikh akhir pendaftaran: 19 Jun 2026

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster atau tekan link di bawah untuk mendaftar sekarang! ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScDyh9TgGzaYYaxLRSbOMETZoseY5ZBThaRp9zl1QYHlPP-bA/viewform?pli=1

โœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจ๐Ÿ•Œ RAMADAN RESET: Reset Mind, Heart & Soul ๐Ÿ•ŒPernah rasa penat emosi, fikiran berserabut, atau hati terasa kos...
04/03/2026

โœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจ
๐Ÿ•Œ RAMADAN RESET: Reset Mind, Heart & Soul ๐Ÿ•Œ

Pernah rasa penat emosi, fikiran berserabut, atau hati terasa kosong? ๐Ÿ˜ข๐Ÿคฏ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Ramadan adalah masa terbaik untuk reset diri, tenangkan jiwa dan sembuhkan hati ๐Ÿ’›

Alhamdulillah kami mendapat maklum balas yang sangat positif pada sesi pertama minggu lepas ๐Ÿฅฐ

Jom sertai sesi perkongsian istimewa sesi kedua bersama:

๐Ÿ‘ค Ustaz Dr. Mohd Shafiq bin Sahimi
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, UTHM Pagoh
๐Ÿ—“ 5 Mac (Khamis)
๐Ÿ•› 12.00 tengah hari - 1.00 petang
๐Ÿ“ LIVE di Facebook: Muar, HPSF
https://www.facebook.com/share/1FfzzdACdB/?mibextid=wwXIfr

๐Ÿ’ฌ Topik Minggu Kedua:
Self Care in Ramadan

๐ŸŒ™ Terbuka untuk semua. Mari manfaatkan Ramadan untuk ketenangan hati dan emosi.

*Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang menyertai ketiga-ketiga Ramadan Reset Series. Save the date ya !


โœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจ๐Ÿ•Œ RAMADAN RESET: Healing the Heart & Mind ๐Ÿ•ŒPernah rasa penat emosi, fikiran berserabut, atau hati terasa kos...
24/02/2026

โœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจ
๐Ÿ•Œ RAMADAN RESET: Healing the Heart & Mind ๐Ÿ•Œ

Pernah rasa penat emosi, fikiran berserabut, atau hati terasa kosong? ๐Ÿ˜ข๐Ÿคฏ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Ramadan adalah masa terbaik untuk reset diri, tenangkan jiwa dan sembuhkan hati ๐Ÿ’›

Jom sertai sesi perkongsian istimewa bersama:
๐Ÿ‘ค Dr. Mohd Shafiq bin Sahimi
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, UTHM Pagoh
๐Ÿ—“ 26 Feb | 5 Mac | 12 Mac 2026 (Khamis)
๐Ÿ•› 12.00 tengah hari - 1.00 petang
๐Ÿ“ LIVE di Facebook: Muar, HPSF

๐Ÿ’ฌ Minggu Pertama (26 Feb)
Healing Mode: Ramadan Edition

๐Ÿ’ฌ Minggu Kedua (5 Mac)
Self Care in Ramadan

๐Ÿ’ฌ Minggu Ketiga (12 Mac)
Rahsia Tenang: Amalan Harian untuk Kesihatan Mental & Emosi

๐ŸŒ™ Terbuka untuk semua. Mari manfaatkan Ramadan untuk menenangkan hati dan memulihkan emosi.

*Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang menyertai ketiga-ketiga Ramadan Reset Series. Save the date ya !


๐Ÿงง Gong Xi Fa Cai! ๐ŸงงSelamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, k...
16/02/2026

๐Ÿงง Gong Xi Fa Cai! ๐Ÿงง

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah kepada anda dan keluarga.

Dalam kesibukan menyambut perayaan, jangan lupa menjaga kesihatan mental dan emosi. Luangkan masa untuk berehat, tenangkan fikiran dan hargai detik bersama insan tersayang.

Semoga tahun ini dipenuhi kegembiraan, keharmonian dan ketenangan jiwa.

Xin Nian Kuai Le! โœจ

๐ŸŒ™ Amalan Tidur Sihat Untuk Kesihatan Mental Yang Lebih BaikTidur yang berkualiti bukan sahaja membuatkan badan lebih seg...
17/11/2025

๐ŸŒ™ Amalan Tidur Sihat Untuk Kesihatan Mental Yang Lebih Baik

Tidur yang berkualiti bukan sahaja membuatkan badan lebih segar, tetapi juga membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesihatan mental.

Jom amalkan langkah mudah ini untuk tidur yang lebih lena:

๐Ÿ›๏ธ 1. Tetapkan rutin tidur
Cuba tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.

๐Ÿ“ฑ 2. Kurangkan penggunaan skrin sebelum tidur
Elakkan telefon, TV dan komputer sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masuk tidur.

๐Ÿต 3. Hadkan kafein pada waktu pagi/petang saja
Kopi, teh dan minuman tenaga boleh mengganggu kualiti tidur.

๐Ÿ•ฏ๏ธ 4. Wujudkan suasana bilik yang selesa
Bilik yang gelap, sejuk & tenang membantu otak lebih mudah berehat.

๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ 5. Aktif di siang hari
Senaman ringan membantu badan lebih bersedia untuk tidur di malam hari.

๐Ÿฝ๏ธ 6. Elakkan makan sebelum tidur
Makan lewat malam boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengganggu proses tidur.

๐ŸŒฟ 7. Amalkan teknik relaksasi sebelum tidur
Cubalah pernafasan perlahan, regangan ringan, berzikir atau latihan relaksasi untuk menenangkan fikiran.


Address

Mentari Muar, Jalan Hospital, Taman Utama Satu
Muar
84000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 04:00
Friday 09:00 - 04:00

Telephone

+6069564000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mentari Muar, HPSF posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mentari Muar, HPSF:

Shortcuts

Share