Pergigian Daerah Muar

Pergigian Daerah Muar Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian serta promosi kesihatan pergigian

30/07/2026

[INFOGRAFIK]

🦷 β€œGigi haus? Jangan terus anggap normal.”

Attrition ❌ Abrasion ❌ Erosion

Ketiga-tiganya menyebabkan kehausan gigi, tetapi puncanya berbeza.

πŸ“Œ Kenali perbezaannya.
πŸ“Œ Amalkan langkah pencegahan.
πŸ“Œ Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala.

😊 Senyuman yang sihat bermula dengan ilmu yang betul.

Pengarang : Dr Nur Syaziera binti Mohammad Agus (Klinik Pergigian Bukit Pasir)


:20


27/07/2026

[INFOGRAFIK]

"Doktor, normal ke gigi kacip tengah anak saya tumbuh sebelah sahaja?" πŸ€”

Ini antara soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa.

Kebiasaannya, gigi depan atas (gigi kacip tengah) akan tumbuh sekitar umur 7–8 tahun, manakala gigi kacip sisi sekitar umur 8–9 tahun.

Namun, jika gigi kacip tengah masih belum tumbuh berbanding pasangan bersebelahannya , jangan anggap ia perkara biasa.

Pemeriksaan awal dan X-ray dapat membantu mengenal pasti puncanya supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan.

Pengarang : Dr Cheah Kwok Fu (Klinik Pergigian Bukit Pasir)


:20


24/07/2026

[INFOGRAFIK]

Karies awal kanak-kanak ialah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak berumur bawah 6 tahun. Pengesanan awal dapat mengelakkan kesakitan dan kerosakan gigi yang lebih serius.

Tanda-tanda awal:
πŸ”ΈοΈTompokan putih atau coklat pada gigi
πŸ”ΉοΈPlak di tepi gusi
πŸ”ΈοΈGigi berlubang

✨ Cara mencegah:
βœ… Berus gigi 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.
βœ… Kurangkan makanan dan minuman manis.
βœ… Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala.

Lindungi gigi susu hari ini untuk senyuman sihat pada masa hadapan.

Pengarang : Dr Ezzah Najihah Binti Dzulkafli (Klinik Pergigian Muar)


:20


23/07/2026

[INFOGRAFIK]

Betul ke semua gigi bongsu akan bermasalah dan perlu dibuang?

Jawapannya, tak semestinya! 😊

Kalau gigi bongsu tumbuh dengan baik dan boleh dibersihkan, ia mungkin tak perlu dibuang.

Tapi kalau ada tanda-tanda berikut, ia mungkin perlu dicabut:

βœ… Gigi berlubang (karies) yang tidak boleh dirawat
βœ… Gusi bengkak dan bernanah berulang kali
βœ… Kerosakan pada gigi geraham kedua
βœ… Pembentukan cyst atau masalah patologi yang lain

πŸ“Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian berhampiran anda supaya doktor gigi boleh menilai keadaannya.

Kongsikan posting ini kepada ahli keluarga atau rakan yang sedang "berperang" dengan gigi bongsu!

Pengarang : Dr Toh Sze Yin (Klinik Pergigian Bandar Maharani)


:20


20/07/2026

[INFOGRAFIK]

πŸ—³οΈ 18 tahun: Layak mengundi. βœ…

🦷 18 tahun juga: "Hello, saya gigi geraham bongsu!" πŸ˜‚

Tahukah anda bahawa gigi geraham bongsu biasanya tumbuh sekitar umur 17 hingga 25 tahun? Tapi kenapa ada orang sakit, ada yang tak rasa apa-apa?

Jom kenali kenapa gigi geraham bongsu tumbuh senget, bila ia boleh menyebabkan masalah, dan apakah rawatan yang tersedia.

Pengarang : Dr Hanis Nabilah binti Marzuki (Klinik Pergigian Lenga)


:20


BENGKEL KALIBRASI MOH MODIFIED ICDAS (MMI) & GINGIVAL INDEX FOR SCHOOLCHILDREN (GIS) PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH ...
03/07/2026

BENGKEL KALIBRASI MOH MODIFIED ICDAS (MMI) & GINGIVAL INDEX FOR SCHOOLCHILDREN (GIS) PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH MUAR TAHUN 2026

Pada 30 Jun hingga 1 Julai 2026, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Muar telah menganjurkan Bengkel Kalibrasi MOH Modified ICDAS (MMI) & Gingival Index for Schoolchildren (GIS) bertempat di SK Sri Bukit Pasir, Muar.

Bengkel ini melibatkan penyertaan Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian Daerah Muar bagi menyeragamkan kaedah pemeriksaan serta pemarkahan klinikal untuk memastikan data kesihatan pergigian yang tepat, konsisten dan berkualiti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak SK Sri Bukit Pasir, para murid yang terlibat sebagai subjek pemeriksaan, serta semua peserta dan urus setia atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan bengkel ini.

Semoga usaha ini terus menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian yang berkualiti kepada masyarakat.

Selamat Hari Juruterapi Pergigian Malaysia 🌸Ikhlas dari,Dr Nuraida binti DaudPegawai Pergigian Daerah Muar dan Seluruh W...
01/07/2026

Selamat Hari Juruterapi Pergigian Malaysia 🌸

Ikhlas dari,
Dr Nuraida binti Daud
Pegawai Pergigian Daerah Muar dan Seluruh Warga Kerja Pergigian Daerah Muar

01/07/2026

[INFOGRAFIK] πŸ¦·π•π„ππ„π„π‘ ππ”π“πˆπ‡ πŠπ€ππ”π‘: π‚π€ππ“πˆπŠ 𝐀𝐓𝐀𝐔 πƒπ„π‘πˆπ“π€?🦷

Jangan terpedaya dengan trend 'fake veneer' yang menawarkan kecantikan segera pada harga yang murah, tetapi akan merosakkan gigi di kemudian hari.

Ketahui kesan buruk rawatan haram ini dalam poster di bawah. Cegah sebelum terlambat. βš οΈπŸ‘‡

Pengarang: DR YAU ZHI LING (KP Pontian)

:20

Address

Klinik Pergigian Bandar Maharani, Jalan Hospital
Muar
84000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 15:30
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+6069539704

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share