17/05/2026
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mr Loh Hock Meng Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Bakap Utara atas jemputan ke majlis yang penuh bermakna ini. Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Ibu dan Hari Guru bersama dengan YB Dato Seri Sundarajoo Somu YB GOH CHOON AIK para ibu dan cikgu pada 16/5/2026.
Hari Ibu dan Hari Guru adalah dua sambutan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya memainkan peranan besar dalam membentuk kehidupan kita. Seorang ibu mendidik dengan kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus. Seorang guru p**a membimbing dengan ilmu, kesabaran dan tunjuk ajar demi masa depan anak bangsa.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu dan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Semoga segala jasa dan pengorbanan kalian sentiasa dihargai dan diberkati.
Remedic Clinics - ZipZip Group of companies