Farmasi Nextage

Farmasi Nextage 📍 Bandar Seri Putra 📍 Puncak Saujana
📍 Mutiara Heights 📍 Nilai Impian
Nextage MediPharma Sdn. Bhd. SSM : 201801019848 (1281867-D)
🇵🇸

Nextage Medipharma Sdn Bhd
201801019848 (1281867-D)

Just nak info, jerebu bukan kabus.. Jerebu merbahaya kepada kesihatan, terutamanya sistem pernafasan, mata, dan kulit, s...
26/08/2026

Just nak info, jerebu bukan kabus.. Jerebu merbahaya kepada kesihatan, terutamanya sistem pernafasan, mata, dan kulit, serta boleh menyebabkan kerengsaan tekak, batuk, dan asma. Singgah Farmasi Nextage nanti beli sekotak pelitup muka ok? Tmpat korang teruk tak harini?

24/08/2026

Amanah dalam pekerjaan, ikhlas dalam perbuatan. Mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW. Salam Maulidur Rasul💚

21/08/2026

Boleh ansuran guna Shopee SpayLater ✅ Kerusi roda / ada banyak jenis di tapi yang sportrim ni serius garang 👍🏼

Alhamdulillah terima kasih bos belanja makan 🤲 Esok dengan lusa ada lagi kan? Hari selepas lusa pun ada juga kan? 😝Jom k...
20/08/2026

Alhamdulillah terima kasih bos belanja makan 🤲 Esok dengan lusa ada lagi kan? Hari selepas lusa pun ada juga kan? 😝Jom kita support peniaga2 sekitar kawasan masing2 💪

Yang ni kami makan di Saujana Hijau Cafe @ Kajang 😋

Gatal, tak selesa, bau pelik... sumpah disgusting rasa dia 😭Tengah sibuk kerja ke keluar dating ke, tiba-tiba rasa nak m...
17/08/2026

Gatal, tak selesa, bau pelik... sumpah disgusting rasa dia 😭

Tengah sibuk kerja ke keluar dating ke, tiba-tiba rasa nak menggaru tak tentu pasal. Dah la tak selesa, risau p**a kalau orang sebelah bau. Memang rosak mood betul.

Jangan buat-buat tak tahu kalau dah mula jadi macam ni. Tu tanda bakteria kat bawah tu dah tak seimbang. Kalau lambat bertindak, makin melarat nanti.

Korang yang tak nak pening kepala hadap benda ni, cuba terus Fervacil.

Apa fungsi Fervacil?

- Imbang balik flora: Bantu tambah bakteria baik (probiotik) dekat bahagian intim supaya sentiasa sihat dan bersih.

- Kurangkan rasa gatal & bau: Bantu setelkan masalah keputihan teruk, bau kurang enak, dan rasa tak selesa.

Sehari sebiji je sebelum makan.

Jangan tunggu sampai dah teruk baru nak gelabah.

Dapatkan di Farmasi Nextage (Kajang & Nilai) berdekatan anda, stok tengah banyak ni 😍

📍 Bandar Seri Putra 📍 Nilai Impian
📍 Mutiara Heights 📍 Puncak Saujana

16/08/2026

Di Malaysia, gula jarang datang dengan amaran.

Ia datang dalam teh ais waktu tengah hari.

Dalam kopi 3-dalam-1 sebelum kerja.

Dalam air berperisa yang nampak “ringan”.

Dalam kek selepas makan.

Dalam sos, bijirin sarapan, minuman paket dan makanan yang kita tidak pernah sangka begitu manis.

Satu demi satu.

Sedikit demi sedikit.

Dan kerana ia tidak membuat kita sakit serta-merta, kita fikir semuanya masih terkawal.

Masalahnya, tubuh manusia tetap mengira.

Pengambilan gula bebas yang tinggi menambah pengambilan tenaga dan boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan. Minuman bergula p**a mudah diminum dalam jumlah besar tetapi tidak semestinya memberikan rasa kenyang seperti makanan pepejal.

Gula juga bukan hanya gula putih yang kita sudukan sendiri.

WHO mentakrifkan “free sugars” termasuk gula yang ditambah oleh pengeluar, tukang masak atau pengguna, serta gula yang terdapat dalam madu, sirap, jus buah dan pekatan jus buah.

Kemudian tahun berlalu.

Seluar semakin sempit.

Berat semakin naik.

Gula dalam darah mula berubah.

Tetapi kita masih rasa sihat.

Itulah masalahnya.

Diabetes boleh berada dalam tubuh tanpa memberikan amaran yang jelas.

NHMS 2023 mendapati 15.6% atau kira-kira 1 dalam 6 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes.

Lebih membimbangkan, 2 daripada 5 orang dewasa yang mempunyai diabetes tidak tahu mereka menghidapnya.

Mereka berjalan.

Bekerja.

Memandu.

Makan seperti biasa.

Sedangkan gula darah mungkin sudah lama berada pada paras yang tidak sepatutnya.

Diabetes bukan berlaku kerana satu sudu gula semalam.

Ia lebih kompleks daripada itu.

Berat badan, genetik, aktiviti fizikal, pemakanan, usia dan pelbagai faktor lain memainkan peranan.

Tetapi ini juga bukan alasan untuk kita memandang ringan minuman dan makanan yang sarat dengan gula.

WHO mengesyorkan pengambilan free sugars kurang daripada 10% jumlah tenaga harian. Mengurangkannya lagi kepada sekitar 5% boleh memberikan manfaat kesihatan tambahan.

Kita tidak perlu berhenti menikmati semua benda manis.

Tetapi kita perlu berhenti menganggap setiap minuman mesti manis.

Teh tidak perlu sentiasa bergula.

Kopi tidak perlu sentiasa bersusu pekat.

Air kosong tidak perlu rasa “membosankan”.

Dan hadiah untuk anak tidak semestinya datang dalam botol minuman manis.

Gula tidak pernah menjerit ketika masuk ke dalam badan.

Ia tidak memberikan siren.

Tidak memberikan notifikasi.

Tidak memberikan amaran setiap kali kita menambah satu lagi sudu.

Sebab itu kita sendiri perlu belajar berhenti.

Manis beberapa minit di lidah jangan sampai dibayar bertahun-tahun dengan kesihatan.

Kerajaan MADANI memperuntukkan RM1.2 bilion bagi pembayaran Fasa 3. Daripada 5.3 juta penerima tersebut, 3.9 juta merupa...
16/08/2026

Kerajaan MADANI memperuntukkan RM1.2 bilion bagi pembayaran Fasa 3. Daripada 5.3 juta penerima tersebut, 3.9 juta merupakan isi rumah berpendapatan rendah dansederhana rendah, manakala 1.4 juta merupakan warga emas tiada pasangan.

Bagi Fasa 3, penerima akan menerima bayaran antara RM150 dan RM600, bergantung kepada pendapatan dan bilangan anak, manakala warga emas tiada pasangan akan menerima RM150.
Jumlah keseluruhan STR yang disalurkan bagi tiga fasa tahun 2026 mencecah RM3.6 bilion.

Bergantung kepada kategori kelayakan, penerima boleh menerima bantuan sehingga RM3,300 secara terkumpul setakat Ogos 2026 melalui STR Fasa 1 hingga Fasa 3 serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan. Jumlah ini tidak termasuk pemberian one-off
SARA untuk Semua kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Mulai tahun 2026, bantuan kepada rakyat distrukturkan sokongan diterima secara lebih teratur sepanjang tahun. STR disalurkan secara suku tahunan, manakala SARA menyediakan bantuan asas secara bulanan kepada penerima yang layak.

“Dalam keadaan kos sara hidup masih menjadi cabaran kepada sebahagian rakyat, Kerajaan akan terus memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Sebab itu jumlah isi rumah yang menerima STR meningkat daripada 3.7 juta pada awal tahun kepada 3.9 juta bagi Fasa 3,” kata YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan 😔 Innalillahiwainnailaihirojiun‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعو...
15/08/2026

Salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan 😔

Innalillahiwainnailaihirojiun

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعو

Al Fatihah

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Address

Nilai Impian
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Nextage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Nextage:

Shortcuts

Share