Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM (SPMM)

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM (SPMM) SPMM komited dalam menyebarkan Islam secara holistik dan kontemporari dengan membekalkan para pendak Daftar Keahlian di sini.

[ KONSERT: NORMALISASI BUDAYA HIBURAN MENCABAR PEMBINAAN GENERASI MUSLIM ]Baru-baru ini, sebuah konsert yang berlangsung...
07/07/2026

[ KONSERT: NORMALISASI BUDAYA HIBURAN MENCABAR PEMBINAAN GENERASI MUSLIM ]

Baru-baru ini, sebuah konsert yang berlangsung di ibu kota menjadi tular di media sosial apabila pelbagai rakaman dan gambar dikongsikan oleh para pengunjung. Konsert yang menghimpunkan ribuan peminat, khususnya golongan belia itu mengundang pelbagai reaksi susulan beberapa rakaman yang memaparkan suasana percampuran bebas antara lelaki dan wanita, sebahagian pengunjung yang tidak menjaga batas aurat, serta aksi penyanyi yang didakwa menunjukkan isyarat tangan yang tidak senonoh ketika persembahan. Fenomena ini bukan sekadar mencetuskan kontroversi, bahkan membuka ruang muhasabah terhadap budaya hiburan yang semakin dinormalisasikan dalam kehidupan masyarakat, khususnya generasi muda.

Islam tidak menolak fitrah manusia yang memerlukan hiburan dan kerehatan. Namun, setiap bentuk hiburan hendaklah dipandu oleh syariat serta tidak membawa kepada kelalaian atau kerosakan akhlak. Apa yang membimbangkan ialah apabila budaya hiburan mula membentuk cara hidup generasi sehingga perkara yang bertentangan dengan nilai Islam seperti pergaulan tanpa batas, pengabaian adab dan perlakuan tidak sopan dianggap sebagai sesuatu yang biasa. Lebih membimbangkan lagi apabila individu yang menjadi perhatian ramai mempamerkan tingkah laku yang tidak bermoral sehingga berpotensi mempengaruhi masyarakat untuk menganggapnya sebagai norma dalam kehidupan.

Allah SWT berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Maksudnya: "Dan dalam kalangan manusia ada yang memilih perkataan dan hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan manusia daripada jalan Allah tanpa ilmu serta menjadikannya sebagai bahan ejekan. Mereka itulah yang akan memperoleh azab yang menghinakan."

(Surah Luqman 31: 6)

Ayat ini menjadi peringatan bahawa Islam tidak mengharamkan hiburan secara mutlak, tetapi menolak hiburan yang melalaikan manusia daripada mengingati Allah SWT serta membuka ruang kepada kerosakan akhlak. Oleh itu, isu ini tidak seharusnya dilihat hanya dari sudut kehadiran ke sebuah konsert, tetapi lebih besar daripada itu, iaitu budaya apakah yang sedang membentuk pemikiran, akhlak dan identiti generasi hari ini. Sesungguhnya, generasi yang cemerlang tidak dibina melalui budaya yang melalaikan, sebaliknya melalui tarbiah, ilmu, akhlak dan hubungan yang kukuh dengan Allah SWT.

Justeru itu, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia menyeru agar seluruh masyarakat, khususnya golongan belia, lebih bijak memilih bentuk hiburan yang selari dengan syariat Islam serta sentiasa memelihara adab dan maruah diri. Dalam masa yang sama, ibu bapa, institusi pendidikan, para pendakwah dan semua pihak perlu berganding bahu memperkukuh usaha tarbiah serta menyediakan alternatif hiburan yang sihat dan mendidik. Pembinaan generasi bukan sekadar menegur sesuatu fenomena, tetapi membina satu budaya yang mendekatkan anak muda kepada Allah SWT, memuliakan akhlak dan melahirkan generasi Muslim yang teguh iman, luhur sahsiah serta mampu menjadi contoh kepada masyarakat.

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHAMAD BADRULZAMAN
KETUA EXCO MAJLIS LIQA’ RUASA’
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


[ KENYATAAN MEDIA: ISU PERSEMBAHAN DAN PEMATUHAN SYARIAH DI KAMPUS ]Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengambil...
25/06/2026

[ KENYATAAN MEDIA: ISU PERSEMBAHAN DAN PEMATUHAN SYARIAH DI KAMPUS ]

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengambil berat dan memandang serius isu berkaitan penularan video persembahan tidak selaras dengan tuntutan syarak yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat kebelakangan ini.

Sebagai wadah dakwah yang dekat dengan denyut nadi anak muda dan mahasiswa, SPMM melihat isu ini dari kanta yang objektif dan membina. Fokus utama kami bukan sekadar menuding jari atas kesilapan yang telah terjadi, tetapi adalah untuk membendung agar perkara seumpama ini tidak berulang lagi, sekali gus mengekalkan biah solehah kampus yang barakah.

Islam menegaskan bahawa budaya dan kesenian boleh diamalkan selagi mana ia menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh para ulama. Dalam konteks ini, kitab Al-Asybah wan Nazhair oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti menyatakan kaedah fiqh yang masyhur:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ

Maksudnya: "Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)."

Walau bagaimanapun, aktiviti persembahan yang tular tersebut didapati jelas tidak bersesuaian dengan imej, watak, dan nilai yang sepatutnya dibawa oleh sebuah universiti Islam. USIM memikul tanggungjawab yang besar sebagai medan melahirkan modal insan berilmu yang berteraskan integrasi ilmu Naqli (wahyu) dan Aqli (akal). Oleh itu, setiap program yang dianjurkan seharusnya memancarkan syiar Islam, kesopanan, serta akhlak yang mulia.

Justeru, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia ingin menegaskan dua seruan utama:

- Seluruh Mahasiswa: Kami menyeru agar mahasiswa memandang serius batas-batas syarak dalam mengadakan sebarang program, serta lebih berhati-hati dan sensitif dalam merancang pengisian yang berbentuk hiburan atau persembahan.

- Pihak Pentadbiran Universiti: Kami berharap agar pihak pengurusan lebih cakna serta progresif dalam memantau aktiviti pelajar, termasuk mengenakan tindakan serta teguran yang sewajarnya kepada pihak penganjur sebagai pengajaran bersama.

Oleh itu, kami menyeru agar semua mahasiswa menjaga nama baik kampus serta memartabatkan syiar Islam dalam pelbagai aspek.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


[ DOA AKHIR TAHUN 1447H & AWAL TAHUN HIJRAH 1448H ]Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita diberi kesempatan untuk me...
16/06/2026

[ DOA AKHIR TAHUN 1447H & AWAL TAHUN HIJRAH 1448H ]

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita diberi kesempatan untuk menutup lembaran tahun 1447H dan menyambut kedatangan tahun baharu 1448H. Peralihan tahun Hijrah bukan sekadar pertukaran angka pada takwim, bahkan merupakan ruang untuk muhasabah terhadap perjalanan yang telah dilalui serta memperbaharui azam dalam meningkatkan ketaatan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah disediakannya untuk hari esok."

(Surah al-Hasyr 59: 18)

Ayat ini mengingatkan bahawa setiap Muslim dituntut untuk sentiasa menilai diri, memperbaiki kekurangan serta merancang kehidupan yang lebih baik berlandaskan iman dan takwa. Tahun yang berlalu menjadi saksi kepada segala amal dan usaha yang telah dilakukan, manakala tahun yang mendatang p**a membuka peluang baharu untuk memperbanyak kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Justeru, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengajak seluruh umat Islam untuk memperbanyak doa, istighfar dan muhasabah diri sempena penghujung tahun Hijrah ini. Semoga segala amalan yang telah dilakukan diterima oleh Allah SWT, segala kekurangan diampunkan, dan tahun baharu yang bakal ditempuhi dipenuhi dengan keberkatan, ketenangan serta petunjuk daripada-Nya.

Semoga tahun baharu ini menjadi titik permulaan kepada perubahan yang lebih baik, menguatkan keimanan, memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan kesungguhan dalam beramal soleh demi memperoleh keredaan Allah SWT.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


15/06/2026

[ HEBAHAN PENYERTAAN SAHABAT SPMM TAMHIDI USIM ]

Adakah anda seorang mahasiswa Tamhidi USIM yang ingin mengembangkan potensi diri, membina jaringan persahabatan yang positif serta terlibat dalam aktiviti pembangunan mahasiswa dan dakwah?
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) membuka peluang kepada seluruh mahasiswa Tamhidi untuk menyertai Sahabat SPMM Tamhidi.

Melalui Sahabat SPMM, anda berpeluang menyertai pelbagai program yang menarik seperti pembangunan diri, kepimpinan, kesukarelawanan, usrah, aktiviti kemahasiswaan dan dakwah yang dijalankan sepanjang sesi pengajian.

Firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ

Maksudnya: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan."

(Surah al-Ma'idah 5: 2)

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti mahasiswa yang aktif, berdaya saing dan sentiasa menyebarkan manfaat kepada masyarakat.

📌 Sertai Group Sahabat SPMM Tamhidi melalui pautan yang disediakan:
https://chat.whatsapp.com/LPLK47GNqqw4b6Z9ADbugD?mode=gi_t

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



[ SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU TAMHIDI SESI 2026/2027 ]Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar baharu Tamhidi...
15/06/2026

[ SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU TAMHIDI SESI 2026/2027 ]

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar baharu Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Sesi 2026/2027. Kemasukan ke program Tamhidi bukan sekadar permulaan kepada pengajian di peringkat asasi, bahkan merupakan peluang untuk membina asas ilmu, membentuk sahsiah serta mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Firman Allah SWT:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَٰتٍ

Maksudnya: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu."

(Surah al-Mujadalah 58: 11)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa ilmu merupakan antara jalan yang mengangkat darjat seseorang di sisi Allah SWT. Justeru, setiap langkah dalam menuntut ilmu hendaklah disertai dengan niat yang ikhlas, kesungguhan dalam usaha serta kebergantungan kepada-Nya.

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengucapkan selamat datang kepada seluruh pelajar baharu Tamhidi. Semoga tempoh pengajian yang bakal dilalui dipenuhi dengan pengalaman yang bermakna, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan ilmu yang bermanfaat dan keberkatan dalam setiap langkah.

Terus ikuti perkembangan kami di: https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


[ FENOMENA ISTIWA’ ADZAM ]Pada 28 Mei 2025 bersamaan jam 5.18 petang, umat Islam berpeluang menyaksikan fenomena Istiwa’...
28/05/2026

[ FENOMENA ISTIWA’ ADZAM ]

Pada 28 Mei 2025 bersamaan jam 5.18 petang, umat Islam berpeluang menyaksikan fenomena Istiwa’ Adzam, iaitu peristiwa apabila matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah. Fenomena ini merupakan antara kaedah semula jadi yang paling tepat untuk menyemak dan menentukan arah kiblat.

Ketika waktu tersebut, bayang-bayang objek yang tegak akan menunjukkan arah bertentangan dengan kedudukan Kaabah. Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk mengambil peluang ini bagi memastikan arah kiblat di rumah, surau atau tempat solat berada pada kedudukan yang tepat.

Firman Allah SWT:

فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ

Maksudnya: "Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram."

(Surah al-Baqarah 2: 144)

Peristiwa ini bukan sahaja mempunyai nilai dari sudut astronomi, bahkan menjadi peringatan tentang kepentingan menjaga ketepatan kiblat dalam pelaksanaan ibadah seharian.

Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memastikan ibadah yang dilaksanakan sentiasa berada dalam keadaan yang lebih tepat dan sempurna.

Terus ikuti perkembangan kami di: https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


[ HARI TASYRIK ]Hari Tasyrik merangkumi tiga hari selepas Aidiladha iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah. Ia merupakan hari...
28/05/2026

[ HARI TASYRIK ]

Hari Tasyrik merangkumi tiga hari selepas Aidiladha iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah. Ia merupakan hari yang penuh keberkatan di mana umat Islam digalakkan untuk terus menyambutnya dengan penuh kesyukuran.

Rasulullah SAW bersabda:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ اللَّهِ

Maksudnya: "Hari-hari Tasyrik ialah hari makan dan juga minum serta berzikir kepada Allah SWT."

(HR Muslim)

Hari Tasyrik dikenali sebagai sambungan kepada kemeriahan Aidiladha dan ibadah korban. Ia adalah hari untuk menguatkan ukhuwah melalui perkongsian rezeki dan kegembiraan bersama keluarga serta masyarakat. Oleh itu, umat Islam ditegah daripada berpuasa pada Hari Tasyrik kerana ia adalah hari untuk meraikan nikmat Allah SWT.

Antara amalan utama yang disarankan sepanjang Hari Tasyrik ialah melakukan ibadah korban, memperbanyakkan tahlil, tahmid dan takbir. Amalan ini bukan sahaja menyuburkan jiwa dengan mengingati Allah, malah memperkukuh semangat pengorbanan dan kesyukuran dalam kalangan umat Islam. Marilah kita sama-sama menghidupkan hari-hari Tasyrik ini dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



[ SALAM AIDILADHA 1447H ]Aidiladha hadir membawa ingatan tentang makna taat yang sebenar. Ia bukan sekadar hari perayaan...
26/05/2026

[ SALAM AIDILADHA 1447H ]

Aidiladha hadir membawa ingatan tentang makna taat yang sebenar. Ia bukan sekadar hari perayaan, tetapi hari untuk menilai sejauh mana hati bersedia tunduk kepada perintah Allah SWT, meskipun menuntut pengorbanan yang besar.

Rasulullah SAW bersabda:

فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.''

(HR Ahmad)

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mengajar bahawa ketaatan tidak terhenti pada lafaz, tetapi dibuktikan melalui kesanggupan menyerahkan apa yang paling disayangi demi reda Allah SWT. Daripada kisah inilah, umat Islam diajak untuk memahami bahawa korban bukan hanya pada sembelihan, tetapi juga pada usaha menundukkan ego, melawan kelalaian dan memperbaiki diri dalam ketaatan.

Justeru, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengucapkan Salam Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini menyuburkan jiwa yang lebih ikhlas, hati yang lebih tunduk dan amal yang lebih dekat kepada reda-Nya.

Terus ikuti perkembangan kami di: https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



[ DOA ARAFAH: KELEBIHAN & FADILAT ]Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam Islam. Pada hari ini, um...
26/05/2026

[ DOA ARAFAH: KELEBIHAN & FADILAT ]

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam Islam. Pada hari ini, umat Islam dianjurkan untuk memperbanyak doa, zikir dan pengharapan kepada Allah SWT kerana ia termasuk waktu yang penuh dengan rahmat dan keampunan.

Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: "Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah: Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu."

(HR Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan bahawa Hari Arafah merupakan peluang yang besar untuk seseorang hamba mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui doa dan zikir. Pada hari yang mulia ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyak permohonan keampunan, rahmat serta segala bentuk kebaikan dunia dan akhirat.

Semoga Hari Arafah pada kali ini dimanfaatkan sebaiknya dengan hati yang penuh pengharapan, doa yang bersungguh-sungguh dan zikir yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Terus ikuti perkembangan kami di: https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


Address

Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM (SPMM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM (SPMM):

Shortcuts

Share