03/09/2026
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ข๐ก๐๐ก ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ฆ๐๐ข๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐จ๐ง๐จ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐ฎ๐ฌ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ก๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐จ๐ง๐จ, ๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB) akan menganjurkan Majlis Sambutan 20 Tahun BSKB pada 29 September 2026 (Selasa).
Seiring dengan penganjuran majlis tersebut, Anugerah Kecemerlangan Profesion Kesihatan Bersekutu Tahun 2026 diperkenalkan sebagai satu inisiatif untuk menghargai dan
mengiktiraf warga Profesion Kesihatan Bersekutu yang telah memberikan sumbangan bermakna serta menunjukkan kecemerlangan, inovasi, komitmen dan impak yang signifikan
dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.
3. Sehubungan itu, Bahagian ini memohon pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan memanjangkan hebahan ini kepada semua pihak yang berkaitan bagi mengemukakan pencalonan ahli Profesion Kesihatan Bersekutu di bawah seliaan masing-
masing mengikut kategori anugerah yang bersesuaian sebagaimana yang dinyatakan dalam pautan yang disertakan.
Semua pencalonan hendaklah dikemukakan melalui pautan yang disediakan selewat-lewatnya sebelum atau pada 6 September 2026 (Ahad).
4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Suhaili binti Pariman di talian 03-88901011 samb. 151 atau e-mel ke [email protected] / Puan Norazwin binti Shamsudin di talian 03-88901011 samb. 154 atau e-mel ke
[email protected].
Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato'/
Datin/ Tuan/ Puan dalam menjayakan anugerah ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
https://sites.google.com/moh.gov.my/anugerahpkb2026/deskripsi-anugerah?authuser=0