Syafiq Nordin

Syafiq Nordin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syafiq Nordin, Doctor, KLINIK AISYAH YUSOF, Nilai.
(1)

RESTORATIVE MEDICINE, TUNG ACCUPUNCTURE DOCTOR (MD.RMP)
Corporate Medical Checkup / Training HRDC
Produk Peptides/Suplemen/Kalislab/Daging
Tadika/Rumah warga emas

Barangan Kalislab di sini :
https://tinyurl.com/y757jjra

Bagaimana kita nak merawat penyakit, kalau tenaga nak membaiki tak cukup? Ibaratnya, kita ada cukup bahan nak bina rumah...
31/05/2026

Bagaimana kita nak merawat penyakit, kalau tenaga nak membaiki tak cukup? Ibaratnya, kita ada cukup bahan nak bina rumah, tapi tenaga tak cukup nak hidupkan mesin, tak cukup nak bagi pekerja makan.

Bekalan tenaga itu ada, tapi tak boleh gunakan. Ibarat bateri menyimpan tenaga, tapi takde alat untuk tap tenaga tu.

Lagi sedih bila mana kita rendahkan kapasiti penghasilan tenaga dengan merendahkan komponen mitochondria dalam sel. Kebiasaannya CoQ10. Apa-apa bahan yang boleh kurangkan komponen penting ini, perlu dielakkan sedaya mungkin.

Bila tenaga cukup, baru badan boleh recover dari pelbagai penyakit.

Stay Curious

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine

31/05/2026

If AI generated content dominates, what is the value of a genuine content from a human being? Or its silence becomes priceless?

28/05/2026

Be selective with your daily battles. When you fight every issue, you exhaust yourself before the real challenges arrives.

DAGING PERLU DIBIARKAN SEKURANG-KURANGNYA BEBERAPA JAM SEBELUM DIMASAK?Pernah dengar orang tua-tua cakap, "Daging baru s...
28/05/2026

DAGING PERLU DIBIARKAN SEKURANG-KURANGNYA BEBERAPA JAM SEBELUM DIMASAK?

Pernah dengar orang tua-tua cakap, "Daging baru sembelih, jangan terus masak. Biarkan rehat dulu."

Ini menyentuh kepada topik 'meat aging' atau proses pematangan daging. Ianya adalah sebahagian daripada preparation untuk menyediakan hidangan yang terbaik bagi majlis tertentu, atau untuk makan seharian.

Aging ada dua cara. Wet aging atau dry aging. Secara umumnya, kita simpan daging dalam :
1. kawalan suhu tertentu.
2. untuk tempoh masa sekian.
3. teknik penyimpanan.

Proses Pematangan Daging ini penting untuk :
1. daging melalui 'rigor mortis' (otot kejang dan keras).
2. enzim semula jadi dalam daging (sistem calpain) aktif dan mula memecahkan protein rangka otot. Proses ini melemahkan struktur serat daging, menjadikannya kurang liat dan lebih senang dikunyah.
3. tingkatkan rasa.

Proses pematangan meningkatkan kandungan:
1. Asid amino bebas (terutamanya glutamat & aspartat yang memberi rasa umami).
2. Octapeptide (Lys-Gly-Asp-Glu-Glu-Ser-Leu-Ala) atau dipanggil "beefy meaty peptide”.
3. Nukleotida (IMP & GMP yang menguatkan rasa umami).

Hasilnya? Daging jadi lebih lembut, juicy, dan kaya dengan rasa "meaty".

======

Namun, ada juga concern tentang darah yang terkandung dalam daging.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mendapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau perkara itu adalah bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor.” al-An’am: 145

Penyembelihan dalam Islam sudah mengeluarkan sebahagian besar darah melalui pemotongan salur utama. Namun, bukan semua darah keluar serta-merta. Ada dua jenis darah yang perlu difahami:

1. Darah mengalir (دَمًا مَّسْفُوحًا) – Ini yang keluar semasa sembelihan. Haram dimakan.
2. Darah yang berada dalam tisu dan otot – Ini tidak keluar serta-merta kerana tersimpan di kapilari.

Dari sudut sains, darah yang mengalir, membawa HEMOglobin. Manakala yang tersimpan dalam otot, dipanggil MYOglobin. Hemoglobin hampir tiada dalam daging yang melalui proses penyembelihan yang betul. Oleh itu, warna merah pada daging bukan dari hemoglobin, tetapi dari myoglobin.

Selepas sembelih, myoglobin berada dalam bentuk deoksimyoglobin (merah keunguan). Bila terdedah kepada udara, ia menjadi oksimyoglobin (merah cerah), yang kita s**a lihat pada daging segar. Jika ageing terlalu lama, melebihi 28 hari, myoglobin teroksida jadi metmyoglobin (warna perang/coklat). Ini tanda daging mulai rosak dari segi warna, walaupun mungkin masih selamat dimakan.

======

Bila tanya semula, bila boleh masak daging selepas sembelih? Jawab saya, terpulang kepada citarasa sendiri.

Ada yang nak kenyal sikit.
Ada yang nak lembut sikit.
Ada yang nak hidangkan lauk tu cepat.
Ada yang nak rasa manis dan sanggup menunggu.

Tepuk dada tanya selera.

Tapi.

Jangan kelirukan air dari daging, dengan darah. Cecair merah jambu yang keluar dari daging ageing yang disembelih betul, adalah campuran myoglobin dan air, bukan darah yang mengandungi hemoglobin.

Warna perang bukan selalu tanda rosak, warna perang di permukaan boleh dipotong atau diabaikan. Tapi jika bau masam atau hanyir, itu tanda rosak.

Tidak haram untuk makan daging yang bercampur dengan darah kerana ia tidak mengalir.

Rujukan :
1. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/685-al-kafi-654-hukum-darah-pada-daging-urat-dan-tulang-haiwan-sembelihan
2. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC11007300/

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Stay Curious

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine


Apakah penciptaan manusia ini hanyalah "mere coincidence"?Only fools thinks that way. Dr Syafiq NordinRestorative Medici...
14/05/2026

Apakah penciptaan manusia ini hanyalah "mere coincidence"?

Only fools thinks that way.

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine

09/05/2026

Detox tidak terhad kepada bnd fizikal. Ia bermula dgn proses hentikan stimuli dan respon yg sama kepada badan. Cth, News 24/7.

Jangan pandang rendah kepada telur.Satu telur yang dibenihkan boleh melahirkan seekor hidupan lengkap. Otak. Jantung. Ot...
29/04/2026

Jangan pandang rendah kepada telur.

Satu telur yang dibenihkan boleh melahirkan seekor hidupan lengkap. Otak. Jantung. Otot. Tulang. Kulit. Semua terbina dari isi yang terkandung dalam sebiji telur.

Jadi pelik bila manusia hari ini, untuk takut makan telur. Tapi percaya kepada makanan yang perlukan label panjang untuk difahami. (Contoh susu formula)

Telur bukan sekadar makanan.
Ia adalah blueprint kehidupan.
Ia memberi bahan binaan untuk kehidupan.
Kalau ia cukup untuk membina seekor makhluk,
kenapa kita rasa ia tidak cukup untuk membina manusia?

Stay Curious

BIOENERGETIC SYMBIOSISMitokondria ialah komponen penting dalam sel manusia yang bertanggungjawab menghasilkan tenaga dal...
28/04/2026

BIOENERGETIC SYMBIOSIS

Mitokondria ialah komponen penting dalam sel manusia yang bertanggungjawab menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP, iaitu mata wang tenaga untuk semua fungsi kehidupan.

Ia berasal daripada bakteria purba yang hidup secara simbiosis dengan sel manusia, lalu menjadi sebahagian daripada struktur sel itu sendiri.

Hubungan ini sangat rapat ini di mana sel manusia menyediakan persekitaran dan nutrien, manakala mitokondria menjana tenaga yang diperlukan untuk sel berfungsi.

Stay Curious

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine





==========

Dapat sesuatu dari perkongsian ini? Jom Res.Q!
💳 Sumbangan boleh disalurkan ke akaun di bawah:
Restorative Medicine Association / Persatuan Perubatan Restoratif Malaysia (REMA)
Bank: CIMB
Account Number: 8605620939

02/04/2026

Genetik ialah benih. Environment ialah tanah, air, baja. Benih shj, tak tumbuh. Begitu juga masalah development.

01/04/2026

Blood clot spt b0mb. Ada yg instant drop dead, ada yg organ damage. How do you know you are susceptible?

Address

KLINIK AISYAH YUSOF
Nilai

Telephone

+60123222695

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syafiq Nordin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category