Hospital Kuala Nerang - FB Rasmi

Call Directions Website Contact the practice

Hospital Kuala Nerang - FB Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Kuala Nerang - FB Rasmi, Hospital, Hospital Kuala Nerang, Padang Terap.

BULAN KESEDARAN KESIHATAN LELAKI | NOVEMBER 2026Lelaki Sihat, Keluarga Sejahtera   Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Lel...
02/11/2026

BULAN KESEDARAN KESIHATAN LELAKI | NOVEMBER 2026

Lelaki Sihat, Keluarga Sejahtera

Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki, Hospital Kuala Nerang menyeru semua kaum adam agar tidak mengabaikan tahap kesihatan fizikal dan mental. Pemeriksaan dan saringan awal adalah kunci pencegahan penyakit.

Utamakan kesihatan demi masa depan dan insan tersayang.

Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
Pengarah Dr. Nurul Akmal Bin Hamzah, mewakili Peringkat tertinggi & Warga Kerja Hospital Kuala Nerang

Kami Sedia Membantu

SELAMAT HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN | 1 NOVEMBER 2026   Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kep...
02/11/2026

SELAMAT HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN | 1 NOVEMBER 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di Hospital Kuala Nerang atas komitmen, dedikasi, dan keringat yang dicurahkan tanpa lelah demi keselesaan serta rawatan para pesakit.

Anda adalah tulang belakang perkhidmatan hospital. Terima kasih atas bakti dan ihsan yang sentiasa menjadi pelengkap kepada pasukan kesihatan kami.

Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
Pengarah Dr. Nurul Akmal Bin Hamzah, mewakili Peringkat tertinggi & Warga Kerja Hospital Kuala Nerang

Terima Kasih YB Dato' Hj. Mohamad Yusoff @ Munir bin Hj. Zakaria... Nanti kita buat lagi YB Dato' nah..πŸ˜€
26/10/2026

Terima Kasih YB Dato' Hj. Mohamad Yusoff @ Munir bin Hj. Zakaria... Nanti kita buat lagi YB Dato' nah..πŸ˜€

25/10/2026

Yeeeahhh..! Terima Kasih atas sumbangan penyertaan anda.
Kredit : Siti Zamira Ismail

πŸŒΏπŸš΄β€β™‚οΈ MERIAH & BERTENAGA! SEKITAR PROGRAM KAYUHAN LOKAS & EKO TENAGA HOSPITAL KUALA NERANG TAHUN 2026 πŸš΄β€β™€οΈπŸŒΏTarikh: 24 Ok...
24/10/2026

πŸŒΏπŸš΄β€β™‚οΈ MERIAH & BERTENAGA! SEKITAR PROGRAM KAYUHAN LOKAS & EKO TENAGA HOSPITAL KUALA NERANG TAHUN 2026 πŸš΄β€β™€οΈπŸŒΏ

Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)

Telah berlangsung dengan jayanya Program Kayuhan LOKAS (Lokal Kolektif Alam Sihat) & Eko Tenaga Hospital Kuala Nerang Tahun 2026 anjuran Jawatankuasa Program Kelestarian Hospital dengan kerjasama Kelab Kebajikan Hospital Kuala Nerang.

Aspirasi & Objektif Penganjuran:
Program ini dianjurkan selaras dengan agenda negara bersama Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dalam mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) serta mencapai sasaran pelepasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih seawal tahun 2050. Usaha ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG 13 (Tindakan Terhadap Iklim).

Menerusi acara ini, HKN komited untuk:
🌱 Meningkatkan kesedaran warga kerja dan masyarakat terhadap pengurangan jejak karbon melalui aktiviti mobiliti hijau.
🌱 Membudayakan gaya hidup sihat dan amalan kelestarian alam sekitar secara konsisten dalam komuniti.

Pihak pengurusan Hospital Kuala Nerang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran barisan tetamu kehormat serta kepimpinan yang sudi meluangkan masa memeriahkan program

Tetamu Kehormat dan Barisan Kepimpinan JKN Kedah:
β€’ YB Dato' Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria - ADUN Kuala Nerang, Portfolio EXCO Kedah (Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar)
β€’ YBrs. Dr. Jeremy Rodney Davis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), JKN Kedah
β€’ YBrs. En Ahmad Fauzan bin Mohd@Jusoh, Ketua Jurutera Negeri JKN Kedah
β€’ YBrs. En Suhaimi bin Osman, Ketua Wilayah (Kedah/Perlis), Edgenta Mediserve Sdn Bhd
β€’ Pengurusan Tertinggi, Hospital Kuala Nerang

Selain acara pelepasan Kayuhan LOKAS (Fun Ride) sejauh 25km, suasana di Dewan Tunku Putra berlangsung cukup meriah dengan pelbagai pengisian:

πŸ”₯ Pembukaan Bertenaga: Tirai acara dibuka penuh semangat menerusi sesi senaman regangan X-Break dan Aerodance yang dikelolakan oleh Puan Siti Asma binti Abdul Manaf bersama barisan instruktor Team Trim & Fit Hospital Kuala Nerang bagi menyuntik kecergasan peserta pertandingan dan komuniti.

🎨 Pertandingan & Kreativiti: Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Melukis Doodle, Gubahan Pulut Kuning, Fashion Show Busana Bahan Kitar Semula, serta Pertandingan Video Kesedaran berasaskan AI.

🎭 Persembahan Khas: Pukauan persembahan hebat dan bertenaga daripada anak-anak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Syed Ahmad khas buat tetamu kehormat serta seluruh hadirin.

πŸ«€ Slot Demonstrasi dan Latihan Bantuan Penafasan atau CPR Komuniti: Keterujaan terpancar pada wajah anak-anak dan komuniti setempat menerusi sesi pendedahan dan latihan praktikal CPR Komuniti kendalian Dr. Mohd Yassin bin Abd Razak bersama barisan kakitangan dari Unit Kecemasan & Trauma HKN.

πŸ₯ Kesihatan & Kebajikan: Kaunter Pemeriksaan Kesihatan percuma dan pendaftaran Ikrar Derma Organ.

🌾 Reruai Interaktif: Pameran Jabatan Pertanian Daerah Padang Terap, bengkel mencanting dan mewarna batik oleh Auni Batik, Free The Seed, serta J&T Pokok Sena.

πŸ›’ Jualan Rahmah & Agro MADANI: Jualan barangan basah dan keperluan dapur pada harga mesra rakyat yang dibawakan khas oleh pihak FAMA.

Sekalung apresiasi dan terima kasih dirakamkan seluruh warga kerja penganjur, rakan kolaborasi, barisan penaja, serta seluruh komuniti Padang Terap atas kerjasama erat dan sokongan padu dalam menjayakan program ini. Semoga semangat "Sihat Bersama, Alam Terpelihara" terus mekar dan berpanjangan! 🌱🚴✨

24/10/2026
MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BULANAN HOSPITAL KUALA NERANG BAGI BULAN OKTOBER 2026Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan Hospital Ku...
22/10/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BULANAN HOSPITAL KUALA NERANG BAGI BULAN OKTOBER 2026

Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan Hospital Kuala Nerang bagi bulan Oktober 2026 telah dianjurkan dengan kerjasama Unit Patologi, Unit Hemodialisis dan Unit Radiologi, bertemakan Sambutan Hari Makanan Sedunia (World Food Day).

Majlis ini turut diserikan dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Puan Noorlailina Moha binti Mohtar, Pegawai Dietetik dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), bersempena dengan sambutan Hari Makanan Sedunia. Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja tentang kepentingan pemakanan sihat dan seimbang dalam menyokong kesejahteraan serta kualiti hidup.

Penganjuran majlis ini diharap dapat memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga Hospital Kuala Nerang, di samping menyemai kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemilihan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Nurul Akmal bin Hamzah, Pengarah Hospital Kuala Nerang, atas sokongan dan komitmen beliau dalam menjayakan penganjuran majlis ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Puan Noorlailina Moha binti Mohtar atas perkongsian ilmu yang bermanfaat, serta kepada Unit Patologi, Unit Hemodialisis, Unit Radiologi dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan majlis ini.

Semoga usaha ini terus menyumbang kepada pembudayaan gaya hidup sihat dan pemerkasaan kesejahteraan warga kerja serta komuniti.

Hospital Kuala Nerang β€” Komited Memberikan Perkhidmatan Kesihatan yang Berkualiti.

πŸš‘ KURSUS TRAUMA LIFE SUPPORT MALAYSIA (TLSM) – BASIC COURSE 2026Memperkasa Kompetensi, Memantapkan Respons, Menyelamatka...
21/10/2026

πŸš‘ KURSUS TRAUMA LIFE SUPPORT MALAYSIA (TLSM) – BASIC COURSE 2026

Memperkasa Kompetensi, Memantapkan Respons, Menyelamatkan Nyawa.

Hospital Kuala Nerang telah menganjurkan Kursus Trauma Life Support Malaysia (TLSM) – Basic Course pada 21 Oktober 2026 bertempat di Dewan Alamanda, Hospital Kuala Nerang.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi anggota kesihatan serta agensi tindak balas kecemasan dalam pengendalian pesakit trauma, khususnya dari aspek penilaian awal, pengenalpastian kecederaan kritikal dan pengurusan trauma secara sistematik serta berkesan.

Kursus ini dikendalikan oleh barisan fasilitator berpengalaman yang diketuai oleh:

πŸ”Ή Dr. Mohd Yassin – Emergency Physician, Hospital Kuala Nerang
πŸ”Ή Dr. Mohd Fariq – Emergency Physician, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)
πŸ”Ή Barisan fasilitator daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Hospital Kuala Nerang (HKN) dan Hospital Jitra.

Program ini turut menghimpunkan peserta daripada pelbagai agensi dan fasiliti kesihatan, iaitu:

βœ… Hospital Kuala Nerang (HKN)
βœ… Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap (PKD Padang Terap)
βœ… Hospital Jitra
βœ… Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap
βœ… Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang

Penglibatan pelbagai agensi ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama antara sektor kesihatan dan agensi penyelamat, demi memastikan pengurusan kecemasan trauma yang lebih cekap, tersusun dan berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua fasilitator, peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam amalan klinikal serta operasi kecemasan sebenar, demi meningkatkan keselamatan dan peluang kelangsungan hidup mangsa trauma.

Setiap minit bermakna. Setiap tindakan membawa harapan. Setiap nyawa berharga.

Hospital Kuala Nerang | Unit Kecemasan dan Trauma







Tahniah YBrs. Dr. Nurain Binti Mohd Noor atas perlantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Soko...
18/10/2026

Tahniah YBrs. Dr. Nurain Binti Mohd Noor atas perlantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia. Seluruh warga Hospital Kuala Nerang mendoakan kejayaan dan kecemerlangan berterusan buat Dr. πŸ’βœ¨

Address

Hospital Kuala Nerang
Padang Terap
06300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kuala Nerang - FB Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Kuala Nerang - FB Rasmi:

Shortcuts

Share

Category

Nearby clinics