Farmasi Baitar - Paloh

Farmasi Baitar - Paloh “Always laugh when you can. It is cheap medicine.” — Lord Byron,

Selamat Hari Farmasi Sedunia 2023, Pharmacy strengthening health system🫶🏻
25/09/2023

Selamat Hari Farmasi Sedunia 2023,
Pharmacy strengthening health system🫶🏻

Sakit perut cirit birit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, jika ia berlaku kepada ahli kelua...
03/09/2023

Sakit perut cirit birit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, jika ia berlaku kepada ahli keluarga anda, terutamanya anak yang masih kecil, pasti anda akan rasa risau dan mula mencari cara merawat cirit birit berair di rumah. Tidak dinafikan, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan cirit birit daripada menjadi lebih teruk. Namun, jika rasa sakit dan cirit-birit yang dialami tidak juga sembuh, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar yang segera. Antara cara untuk mengelakkan cirit birit bertambah teruk ialah:

1. Elakkan mengambil makanan yang bergoreng.
2. Banyakan minum air masak.
3. Dapatkan ubat di farmasi atau klinik.
4. Elakkan makan makanan yang pedas.

Selain itu, terdapat banyak cara untuk memastikkan cirit birit tidak bertambah teruk. Anda juga boleh makan makanan yang dapat memberikan keselesaan terhadap perut seperti sayur-sayuran lembut, biskut, roti dan minum banyak air. Amalkan diet BRAT (https://hellodoktor.com/pemakanan/diet-sihat/pelan-diet-brat/) (pisang, nasi, sos epal dan roti) untuk melegakan cirit-birit.

SUMBER:
https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/cirit-birit/cara-merawat-cirit-birit-berair/

Sakit mata boleh berpunca dari berbagai-bagai struktur mata, termasuk struktur dalam mata, struktur dalam soket mata, da...
29/08/2023

Sakit mata boleh berpunca dari berbagai-bagai struktur mata, termasuk struktur dalam mata, struktur dalam soket mata, dan juga struktur di keliling soket mata. Hampir kesemua masalah mata yang boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan, boleh menyebabkan rasa sakit pada mata sekiranya keadaan tersebut bertambah teruk. Kebanyakan keadaan yang menyebabkan rasa sakit mata ada berkaitan dengan masalah kesihatan/penyakit-penyakit lain.

Rasa sakit mata boleh jadi sakit yang tajam ataupun sengal, sakit rasa di dalam mata ataupun di luar bola mata, sakit yang berpanjangan ataupun berselang seli, rasa sakit yang mencucuk ataupun berdenyut-denyut. Secara umumnya, sekiranya seseorang itu mempunyai rasa sakit mata di sertai dengan mata merah, beliau mestilah pergi membuat pemeriksaan mata.

📝 Tips dan rawatan sakit mata biasanya memerlukan nasihat doktor dan melibat beberapa peringkat seperti berikut:

1. Gunakan ubatan antibiotik atau antiviral
2. Ambil ubat antihistamin jika terdapat rasa gatal
3. Tuaman air suam pada area mata
4. Gunakan cermin mata gelap jika terlalu sensitif pada cahaya
5. Kuarantin atau mengasingkan diri untuk mengelakkan gejala sakit mata menjadi lebih teruk.

Cara merawat sakit mata yang paling berkesan adalah mendapatkan rehat yang secukupnya. Kurangkan waktu berada di luar rumah supaya jangkitan tidak menjadi semakin teruk.

KONJUNKTIVITIS
Beza jenis sakit mata merah

A. Konjunktivitis Bakteria
✅ Discaj pekat (tahi mata bewarna putih / kekuningan)
✅Kelopak mata melekat (bangun tidur)
✅Bermula satu mata dan berjangkit pada mata lain
✅Berlarutan selama 1 minggu

B. Konjunktivitis Virus
✅ Discaj cair (air mata yang banyak)
✅Bermula dengan mata sebelah dan berjangkit ke sebelah
✅Boleh berlarutan selama 2 minggu @ lebih

C. Konjunktivitis Alahan
✅ gatal mata, hidung jika melibatkan resdung
✅discaj yg berlendir mata sentiasa berair
✅kedua-dia belah mata sakit pada masa yg sama
✅ boleh berlanjutan dalam jangk masa panjang

Rujukan
1. http://www.myhealth.gov.my/sakit-mata-tanpa-kemerahan/

2. https://hellodoktor.com/kesihatan-mata/masalah-lain/sakit-mata-boleh-berjangkit

Selepas mengetahui kesan apabila tidak mendapat tidur lena secukupnya kepada kesihatan diri secara keseluruhan, pasti an...
25/08/2023

Selepas mengetahui kesan apabila tidak mendapat tidur lena secukupnya kepada kesihatan diri secara keseluruhan, pasti anda ingin mengetahui petua untuk mengubah keadaan tersebut, betul tak?

Anda disarankan untuk bereksperimen dengan cara mengatasi masalah sukar tidur yang dikongsikan bagi mendapatkan tidur lebih nyenyak pada waktu malam.

Cuba amalkan tips ini . Semoga bermanfaat.

https://siraplimau.com/tips-tidur-lena/

https://hellodoktor.com/tidur/insomnia/5-cara-mengatasi-insomnia/

Address

Farmasi Tawaqal, No 13 Jalan Ibrahim
Paloh
86600

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

+60194352970

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Baitar - Paloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Baitar - Paloh:

Shortcuts

Share