Islah Optometri Parit Buntar

Call Directions Contact the practice

Islah Optometri Parit Buntar ISLAH OPTOMETRI CAWANGAN PARIT BUNTAR
Better Vision
. Affordable . Quality

PILIHAN UTAMA ANDA UNTUK PENGLIHATAN YANG JELAS SIHAT DAN SELESA
Optometrist kami sedia membantu!

YEAAYYY CUSTOMER KITA DARI THREADS 🤍Nampak post kita kat Threads, terus datang buat spek dekat sini hehe. Thank you seba...
17/09/2026

YEAAYYY CUSTOMER KITA DARI THREADS 🤍

Nampak post kita kat Threads, terus datang buat spek dekat sini hehe. Thank you sebab trust Islah Optometri 🫶🏻

Yang selalu scroll Threads tu jangan scroll je, mai singgah buat spek sekali


Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua 🇲🇾Islah Optometri Parit Buntar beroperasi seperti biasa harini dari jam 9.30 ...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua 🇲🇾

Islah Optometri Parit Buntar beroperasi seperti biasa harini dari jam 9.30 pagi hingga 7 petang. Siapa yang nak buat cermin mata, nak check mata boleh datang kedai naa :)


Sampai lagi stok baru Rayban 🕶👓✨Tak mau cakap banyak lah model ni sangat cantik dan selesa. Sekarang tengah ada promosi ...
12/09/2026

Sampai lagi stok baru Rayban 🕶👓✨

Tak mau cakap banyak lah model ni sangat cantik dan selesa. Sekarang tengah ada promosi bingkai starting RM3++ saja❗️Harga berbeza bagi setiap model. Kena datang Islah dulu lah kita bincang2 okiess 😉


Ramai orang ingat bila nampak jelas, maksudnya mata dah okay. 👀Sebenarnya… tak semestinya.Ada yang datang sebab rasa pow...
11/09/2026

Ramai orang ingat bila nampak jelas, maksudnya mata dah okay. 👀

Sebenarnya… tak semestinya.

Ada yang datang sebab rasa power dah berubah.
Ada yang selalu sakit kepala.
Ada yang nampak okay, tapi bila buat pemeriksaan baru kita jumpa perkara lain.
Sebab tu pemeriksaan mata bukan sekadar “check power”.

Mata kita cuma sepasang. Jangan tunggu sampai ada masalah baru nak periksa. 🤍

Tengah musim jerebu ni jaga kesihatan dan banyak minum air ya 👍🏻 Btw kalau nak buat spek boleh datang Islah kita ada Opt...
10/09/2026

Tengah musim jerebu ni jaga kesihatan dan banyak minum air ya 👍🏻 Btw kalau nak buat spek boleh datang Islah kita ada Optometris bertauliah untuk check dan staff terlatih yang boleh assist hangpa k

Islah Optometri ➡️ buka setiap hari

🌫️ 3 PENYAKIT YANG BIASA DIKAITKAN DENGAN JEREBUJerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan. Partikel halus dala...
10/09/2026

🌫️ 3 PENYAKIT YANG BIASA DIKAITKAN DENGAN JEREBU

Jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan. Partikel halus dalam jerebu boleh merengsakan mata dan saluran pernafasan serta mencetuskan atau memburukkan masalah kesihatan tertentu.

Antara keadaan yang biasa dikaitkan dengan pendedahan kepada jerebu ialah:

👁️ Konjunktivitis – mata merah, pedih atau gatal, berair dan rasa seperti berpasir.

🤧 URTI (Jangkitan Saluran Pernafasan Atas) – batuk, sakit tekak, hidung berair atau tersumbat dan bersin.

🫁 Asma – jerebu boleh mencetuskan atau memburukkan gejala seperti sesak nafas, batuk, wheezing (mengi) dan dada ketat, khususnya dalam kalangan individu yang mempunyai asma.

⚠️ Jika mengalami tanda dan gejala yang semakin teruk atau berpanjangan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di Klinik Kesihatan atau Klinik Komuniti dengan segera.

Sumber : FB Pejabat Kesihatan Bahagian Kucing

Cuti sekolah dah nak tamat ni, mana yang belum sempat nak check mata anak-anak boleh datang ke Islah harini tau. Kami bu...
06/09/2026

Cuti sekolah dah nak tamat ni, mana yang belum sempat nak check mata anak-anak boleh datang ke Islah harini tau. Kami buka sampai jam 5 petang ✅

📲 https://wa.me/601111973655
Atau 05-7160655 (telefon)


“ADA DAGING TUMBUH MASUK KE MATA…”Pernah nampak bahagian putih mata seperti mempunyai selaput atau isi berwarna merah ja...
05/09/2026

“ADA DAGING TUMBUH MASUK KE MATA…”

Pernah nampak bahagian putih mata seperti mempunyai selaput atau isi berwarna merah jambu yang perlahan-lahan menjalar ke arah anak mata?

Ini dipanggil pterygium.

Pterygium ialah pertumbuhan tisu pada konjunktiva, iaitu lapisan nipis yang menutupi bahagian putih mata. Ia biasanya bermula dari bahagian tepi berhampiran hidung dan boleh memanjang ke atas kornea.

Kenapa ia berlaku?

Pendedahan berpanjangan kepada sinaran UV merupakan faktor risiko penting. Sebab itu ia lebih kerap berlaku pada individu yang banyak berada di luar rumah, terutama dalam persekitaran panas, berdebu dan berangin.

Pada awalnya mungkin cuma nampak seperti sedikit “daging” pada mata.

Tetapi apabila semakin besar, ia boleh menyebabkan mata:

• Merah dan mudah iritasi
• Terasa berpasir atau seperti ada benda asing
• Kering, pedih atau gatal
• Mengganggu bentuk kornea dan menyebabkan astigmatisme
• Menjejaskan penglihatan jika tumbuh semakin hampir ke bahagian tengah kornea

Tidak semua pterygium perlu dibedah.

Jika kecil dan tidak mengganggu penglihatan, doktor mungkin hanya memantau serta merawat simptom seperti mata kering atau iritasi.

Tetapi jika ia semakin membesar, mengganggu penglihatan atau menyebabkan masalah yang ketara, pembedahan mungkin dipertimbangkan.

Yang ramai tak tahu:

Cermin mata hitam bukan sekadar aksesori.

Jika anda banyak bekerja atau beraktiviti di luar, gunakan cermin mata yang mempunyai perlindungan UV yang baik. Topi bertepi lebar juga membantu mengurangkan pendedahan cahaya matahari secara langsung.

Dan jangan cuba titiskan sembarangan ubat mata untuk “hilangkan daging” tersebut.

Jika ada sesuatu yang kelihatan semakin tumbuh ke bahagian hitam mata, buat pemeriksaan mata.

Mata kita cuma ada dua. Jangan tunggu penglihatan mula terganggu baru mahu menjaganya.

— Public Health Malaysia

Dapat surat rujukan pemeriksaan mata dari sekolah? Jangan abaikan!Jom buat pemeriksaan lanjut bersama Optometris bertaul...
01/09/2026

Dapat surat rujukan pemeriksaan mata dari sekolah? Jangan abaikan!

Jom buat pemeriksaan lanjut bersama Optometris bertauliah untuk pastikan penglihatan anak jelas dan selesa untuk belajar. 📚✨

👉🏻 Check mata PERCUMA sahaja.
👉🏻 Nak buat cermin mata pun kami ada pakej bingkai & cermin serendah RM98 sahaja tau. Upgrade ke cermin bluecoat + waranti 1 tahun hanya tambahan RM100

Boleh walk in terus ke Islah ya, kami buka setiap hari ☺️

PEMERIKSAAN MATA KOMPREHENSIF BERSAMA OPTOMETRIS BERTAULIAH — SERENDAH RM30 SAHAJA 👁👁Kesihatan mata bukan sekadar memeri...
31/08/2026

PEMERIKSAAN MATA KOMPREHENSIF BERSAMA OPTOMETRIS BERTAULIAH — SERENDAH RM30 SAHAJA 👁👁

Kesihatan mata bukan sekadar memeriksa power cermin mata. Pemeriksaan mata yang menyeluruh membantu mengenal pasti tanda-tanda awal masalah mata.

🔬 Pemeriksaan merangkumi :

✅ Penilaian refraksi mata / eye power
✅ Ujian rabun warna (colour vision)
✅ Pemeriksaan kesihatan luaran mata (katarak etc)
✅ Penilaian fungsi otot mata

Atau lain-lain masalah berkaitan mata sila whatsapp kami terlebih dahulu 😉📱

⏰ Isnin - Sabtu ➡️ 9.30 pagi - 7.00 petang
⏰ Ahad ➡️ 11.00 pagi - 5.00 petang

📲 https://wa.me/601111973655
Atau 05-7160655 (telefon)


Address

No 15, Jalan Maharaja 1, Pusat Bandar
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 09:30 - 19:00
Tuesday 09:30 - 19:00
Wednesday 09:30 - 19:00
Thursday 09:30 - 19:00
Friday 09:30 - 19:00
Saturday 09:30 - 19:00
Sunday 11:00 - 17:00

Telephone

+6057160655

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islah Optometri Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Islah Optometri Parit Buntar:

Shortcuts

Share

Category