Pusat Kesihatan Universiti, UTHM.

Directions Website Contact the practice

Pusat Kesihatan Universiti, UTHM. "Page" Rasmi PKU UTHM “Kesihatan Anda, Keprihatinan Kami”

Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) @ UTHM 2026 telah dilaksanakan dalam dua siri, iaitu pada ...
27/10/2026

Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) @ UTHM 2026 telah dilaksanakan dalam dua siri, iaitu pada 8 Oktober 2026 dan 21 Oktober 2026, dengan penyertaan kira-kira 70 orang pelajar.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan HIV/AIDS, penyakit jangkitan seksual, keselamatan alam siber dan isu pemerdagangan manusia. Inisiatif ini turut menyokong pendidikan pencegahan bagi melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan sejahtera dari aspek seksual dan sosial.

Program ini dikendalikan oleh En. Muhammad Zhafri bin Mohamad Hisham, Kaunselor Unit Kaunseling UTHM Pagoh, Dr. Maizatulakmal binti Pathor Rahman dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTHM Parit Raja dan Dr. Fatin Hazdzirah binti Ismail dari PKU UTHM Pagoh.

Siri pertama dipantau oleh Puan Mahirah binti Mahmud dan Puan Maizurah binti Abdul Latiff, pegawai dan pelatih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Johor manakala siri kedua dipantau oleh Puan Haslinda binti Jumaren dan Puan Fatma Nabihah binti Ibrahim, iaitu pegawai dan pelatih. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Batu Pahat. Sejumlah 70 orang pelajar telah menyertai kedua-dua siri program ini sebagai usaha memperkukuh pengetahuan dan kesedaran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan sebagai remaja.

Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan, keselamatan diri serta mengamalkan tingkah laku yang bertanggungjawab. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mengharungi kehidupan sebagai remaja yang lebih matang, bijak membuat keputusan dan sejahtera dari aspek kesihatan serta sosial.






26/10/2026
HEALS@IGNITE UTHM 2026: KESIHATAN DIPERKASA, POTENSI KERJAYA DIPACUIlmu membentuk keupayaan, kemahiran menyerlahkan pote...
21/10/2026

HEALS@IGNITE UTHM 2026: KESIHATAN DIPERKASA, POTENSI KERJAYA DIPACU

Ilmu membentuk keupayaan, kemahiran menyerlahkan potensi, kesihatan menunjangi kecemerlangan. Berpaksikan aspirasi ini, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah menjayakan Program Kesihatan HEALS@IGNITE UTHM 2026: Healthy, Ready and Go! sebagai sebahagian daripada pengisian UTHM IGNITE 2026 pada 20 dan 21 Oktober 2026 di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM.

Sebagai platform anjuran Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni dan Pusat Teknousahawan Universiti, IGNITE dan BuLL 2026 mempertemukan bakat universiti dengan industri serta membuka ruang penerokaan pekerjaan, latihan industri dan keusahawanan teknologi. Dalam kerangka ini, HEALS@IGNITE melengkapkan persediaan kerjaya dengan membawa mesej bahawa kesihatan ialah aset penting untuk membina dan mengekalkan kecemerlangan profesional.

Menterjemahkan mesej tersebut kepada pengisian praktikal, program ini merangkumi pemakanan sihat, runding cara berhenti merokok, penjagaan kesihatan tulang belakang, penggunaan suplemen secara berinformasi serta asas resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan bantuan kecemasan tercekik. Saringan kesihatan, pameran interaktif serta khidmat runding cara dan pendidikan kesihatan turut memperkukuh pengisian program.

Gabungan ini menghubungkan pengetahuan dengan tindakan serta mengetengahkan kepentingan penjagaan diri dalam menghadapi tuntutan pekerjaan. Keupayaan mengenal pasti risiko, mengutamakan pencegahan dan membuat keputusan kesihatan yang bijak menjadi pelengkap kepada kompetensi yang diperlukan oleh bakal tenaga kerja.

PKU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni, Pusat Teknousahawan Universiti serta penceramah jemputan, Dr. Dinie Suhaili Darmaji, Doktor Kesihatan Pekerjaan, Hospital KPJ Batu Pahat. Penghargaan turut dirakamkan kepada semua petugas, pihak yang bekerjasama dan peserta atas komitmen serta sokongan yang diberikan.

Semoga pengetahuan yang diperoleh diterjemahkan kepada amalan, dan amalan yang diperkukuh berkembang menjadi budaya. PKU akan terus menyokong pembangunan warga universiti yang kompeten, sihat dan berdaya tahan agar setiap langkah menuju kerjaya disertai kesediaan untuk menyumbang kepada masyarakat serta negara.

_Healthy, Ready & GO!_

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

HEALS@IGNITE UTHM 2026Healthy, Ready and Go!Masa hadapan kerjaya dibina dengan ilmu, kemahiran dan kesediaan diri. Kesih...
20/10/2026

HEALS@IGNITE UTHM 2026
Healthy, Ready and Go!

Masa hadapan kerjaya dibina dengan ilmu, kemahiran dan kesediaan diri. Kesihatan p**a menjadi asas untuk melangkah dengan yakin dan terus memberikan yang terbaik.

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) mengundang seluruh warga UTHM menyertai Program Kesihatan HEALS@IGNITE UTHM 2026 yang diadakan sebagai sebahagian daripada pengisian UTHM IGNITE 2026 (Industry and Graduate Networking, Internship and Technopreneurship Expo), anjuran Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni UTHM.

Pengisian kesihatan ini melengkapi usaha mempertemukan bakat dengan peluang kerjaya, di samping mengangkat kepentingan kesejahteraan diri dalam persediaan memasuki alam pekerjaan.

BUTIRAN PROGRAM KESIHATAN HEALS@IGNITE

📅 20 dan 21 Oktober 2026
🕗 8.00 pagi hingga 5.00 petang
📍 Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM

Antara pengisiannya ialah sesi ceramah khas:

🎙️ “Bersedia untuk Bekerja: Kesihatan sebagai Aset Kerjaya”

👩🏻‍⚕️ Dr. Dinie Suhaili Darmaji
Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD)
Hospital KPJ Batu Pahat

📅 20 Oktober 2026 (Selasa)
🕑 2.00 hingga 3.00 petang
📍 Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM

Terbuka kepada semua warga UTHM. Ayuh, manfaatkan kesempatan ini untuk menambah pengetahuan dan meletakkan kesihatan sebagai sebahagian daripada perancangan masa hadapan.

Kerjaya membuka ruang untuk kita menyumbang. Kesihatan membolehkan sumbangan itu terus bermakna.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

🔥💪 WARGA UTHM PAGOH, JOM SERTAI KARNIVAL KOMUNITI MINDA SIHAT 2026! 🧠🎉✨ SIHAT BADAN, CERIA MINDA! ✨Ayuh, warga UTHM Pago...
16/10/2026

🔥💪 WARGA UTHM PAGOH, JOM SERTAI KARNIVAL KOMUNITI MINDA SIHAT 2026! 🧠🎉

✨ SIHAT BADAN, CERIA MINDA! ✨

Ayuh, warga UTHM Pagoh! Mari bersama-sama memeriahkan Karnival Komuniti Minda Sihat Bersama Hentikan Stigma Peringkat Daerah Muar Tahun 2026! ❤️

Karnival ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Muar dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti, UTHM.

🏃‍♂️ Cabar diri anda dengan menyertai FITNESS CHALLENGE – 7 STESEN KECERGASAN: MINI HYROX CHALLENGE! 🔥

💥 Tujuh stesen kecergasan menanti untuk menguji kekuatan, ketahanan dan semangat anda!
🏅 100 PESERTA TERAWAL AKAN MENERIMA PINGAT! 📜 Sijil penyertaan turut disediakan.

📅 Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan A9, Kolej Kediaman UTHM, Kampus Pagoh

🌟 AKTIVITI LAIN YANG TURUT DIADAKAN

👨‍⚕️ Sesi ceramah kesihatan
🦷 Pemeriksaan pergigian
🏵️ Pameran kesihatan

❤️ Jom tingkatkan kecergasan fizikal, pelihara kesihatan mental dan eratkan hubungan komuniti. Bersama-sama kita hentikan stigma terhadap masalah kesihatan mental!

📲 DAFTAR SEKARANG! Imbas kod QR pendaftaran pada poster atau daftar melalui pautan berikut: https://forms.gle/XLJqhxHSN3CuJnih9

🔥 CABARAN KECIL, SEMANGAT BESAR! 💪 Jangan lepaskan peluang ini. Ajak keluarga dan rakan-rakan anda untuk turut serta!

UKHUWAH DIPERTEGUH, KEJAYAAN DISYUKURI, TELADAN RASULULLAH DIHAYATIIndahnya kebersamaan apabila setiap usaha dipadukan d...
15/10/2026

UKHUWAH DIPERTEGUH, KEJAYAAN DISYUKURI, TELADAN RASULULLAH DIHAYATI

Indahnya kebersamaan apabila setiap usaha dipadukan dengan keikhlasan, setiap kejayaan diraikan dengan kesyukuran, dan setiap amanah dipandu oleh kemuliaan akhlak Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, Kontinjen Kluster Pendaftar dinobatkan sebagai Johan Kategori Perbarisan dalam Majlis Maulidur Rasul UTHM 1448H / 2026M.

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTHM turut mengambil bahagian di bawah Kontinjen Kluster Pendaftar, bersama warga universiti dalam majlis anjuran Pusat Islam UTHM pada 15 Oktober 2026 di Masjid Sultan Ibrahim, UTHM.

Mengambil kira keadaan jerebu dan cuaca semasa, acara perarakan perbarisan ditiadakan, manakala penilaian dan penjurian kontinjen diteruskan sebagaimana ketetapan penganjur.

Di sebalik gelaran johan, terserlah kesepaduan yang dibina melalui kerjasama, kesungguhan dan rasa tanggungjawab bersama. Setiap sumbangan melengkapkan usaha kontinjen, menjadikan kejayaan ini milik bersama yang disambut dengan penuh kesyukuran.

Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh Kontinjen Kluster Pendaftar. Semoga kebersamaan yang terjalin terus memperkukuh silaturahim dan menyuburkan budaya saling menyokong dalam melaksanakan amanah universiti.

Bagi warga PKU, penghayatan teladan Rasulullah SAW diteruskan dalam khidmat seharian: beradab ketika menyantuni, teliti ketika bertindak dan berihsan ketika menjaga kesejahteraan insan.

Piala menjadi kenangan; semoga ukhuwah terus berkekalan, dan akhlak Rasulullah SAW sentiasa menjadi pedoman.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Tidak semua yang sedang bergelut mampu meluahkannya. Ada yang memerlukan ruang untuk didengari, ada yang memerlukan kebe...
12/10/2026

Tidak semua yang sedang bergelut mampu meluahkannya. Ada yang memerlukan ruang untuk didengari, ada yang memerlukan keberanian untuk meminta bantuan.

Perubahan emosi, tidur, minat dan rutin harian wajar diberi perhatian, terutama apabila berlarutan atau menjejaskan kehidupan. Tanda ini bukan pengesahan diagnosis, tetapi langkah awal untuk mendapatkan penilaian dan sokongan.

Pusat Kesihatan Universiti UTHM mengajak warga kampus membina budaya prihatin: mendengar tanpa menghakimi, menyantuni tanpa melabel dan menggalakkan bantuan profesional apabila diperlukan.

Kesihatan mental berhak mendapat perhatian. Meminta bantuan ialah langkah menjaga diri.

12/10/2026
KENALI TIBI, BERTINDAK AWALBatuk mungkin dianggap biasa. Namun, apabila berlarutan melebihi dua minggu, ia wajar diberi ...
11/10/2026

KENALI TIBI, BERTINDAK AWAL

Batuk mungkin dianggap biasa. Namun, apabila berlarutan melebihi dua minggu, ia wajar diberi perhatian. Jika disertai demam, berpeluh pada waktu malam, susut berat badan atau batuk berdarah, segera dapatkan pemeriksaan.

Tibi disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan boleh merebak melalui udara daripada pesakit tibi paru-paru yang berjangkit.

Tibi boleh dirawat. Pengesanan awal dan pematuhan rawatan sehingga selesai menjadi kunci pemulihan serta perlindungan orang di sekeliling kita.

Pusat Kesihatan Universiti UTHM menyeru warga kampus agar mengenali gejala dan bertindak segera. Keprihatinan setiap individu memperkukuh kesejahteraan seluruh komuniti.

SELAMAT HARI DOKTOR MALAYSIA 202610 Oktober 2026Di ambang bilik rawatan, kesakitan mencari kelegaan, kebimbangan menanti...
10/10/2026

SELAMAT HARI DOKTOR MALAYSIA 2026
10 Oktober 2026

Di ambang bilik rawatan, kesakitan mencari kelegaan, kebimbangan menanti kepastian, dan harapan disandarkan pada sebuah kepercayaan.

Di situlah seorang doktor menyambut dengan empati, menilai dengan keilmuan dan merawat dengan amanah. Setiap penjelasan membuka ruang kefahaman; setiap ikhtiar membawa harapan untuk kembali menjalani kehidupan.

Dalam setiap khidmat, tergalas pertimbangan yang teliti, keputusan yang sukar dan tanggungjawab yang tidak ringan. Bakti itu terpahat pada keresahan yang reda, keyakinan yang pulih dan kehidupan yang kembali bermakna.

Sempena Hari Doktor Malaysia 2026, Pusat Kesihatan Universiti UTHM merakamkan penghargaan tertinggi kepada seluruh warga doktor, khususnya para doktor PKU UTHM, atas keunggulan profesionalisme, ketulusan khidmat dan dedikasi dalam memelihara kesihatan warga universiti serta masyarakat.

Kepada insan yang tekun menjaga kehidupan, semoga kesihatan, kekuatan dan kesejahteraan turut mengiringi setiap langkah yang didedikasikan.

Menghargai Dedikasi, Memartabatkan Bakti.

Address

Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 17:30
Sunday 08:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti, UTHM. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Kesihatan Universiti, UTHM.:

Shortcuts

Share