10/05/2022
Bila kali terakhir kita hargai ibu?🥺
Tiada hari khusus untuk hargai ibu. Kerana setiap hari, ibu sangat layak diingati, dihargai, disayangi dan diberikan bakti.❤️
Sudahkah kita membalas jasa ibu?
Benar, jasa ibu takkan mampu kita balas walaupun kita berusaha melakukannya.😢
Namun, sekurang-kurangnya kita berusaha sedaya mampu berbakti kepada ibu dan mudah-mudahan dinilai kebaikan di sisi Allah jua.💕
Gembirakanlah mereka dengan seikhlas hati, selagi ibu masih ada.💚
Setiap hari, hari teristimewa buat ibu. 💕
Dan setiap hari, adalah hari ibu.😍❤️
Sayangi ibu anda setiap masa dan waktu. Doakanlah mereka. Hargailah mereka. 💕
{ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِی وَلِوَ ٰلِدَیَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِینَ یَوۡمَ یَقُومُ ٱلۡحِسَابُ }
“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.“ [Surah Ibrahim: 41]