Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas

Call Directions Website Contact the practice

Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas (OFFICIAL) Kini, PKD Pasir Mas telah berpindah ke bangunan baru, bersebelahan Hospital Pasir Mas sejak awal tahun 1997.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Mas bertanggungjawab terhadap kesihatan di jajahan Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. PKD Pasir Mas mula beroperasi di bangunan Klinik Kesihatan Bandar (KKB) Pasir Mas di Jalan Hospital, Pasir Mas semenjak tahun 1970-an. VISI
Pasir Mas akan wujud sebagai sebuah daerah kesihatan yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dari segi jasmani, rohani, mental, sosial dan persekitaran melalui sistem kesihatan yang lengkap serta mampu disediakan bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan persekitaran. Ini akan melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang prihatin dan sentiasa meningkatkan taraf kesihatan. MISI
Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan. Perkhidmatan akan diberikan melalui kerja berpasukan secara profesional, dedikasi, bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni. Kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program kesihatan awam akan diberi keutamaan.

๐Ÿ”ฅ ๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜! ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ž๐—š ๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ž๐—ฒ ๐——๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป! ๐Ÿ”ฅโ€‹Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Kg Dangar, Pasir Mas atas ...
16/09/2026

๐Ÿ”ฅ ๐—›๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜! ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ž๐—š ๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ž๐—ฒ ๐——๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป! ๐Ÿ”ฅ

โ€‹Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Kg Dangar, Pasir Mas atas kejayaan menjayakan program penting yang cukup bermakna: Pelancaran Kempen Gaya Hidup Sihat: Promosi Akta 852! ๐Ÿ‘

โ€‹Acara ini adalah satu langkah proaktif untuk membudayakan kehidupan bebas daripada penyalahgunaan bahan terlarang seperti rokok, v**e, dan dadah di peringkat sekolah. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, bukan? โœจ
โ€‹
โ€‹๐Ÿ” Kenapa program ini sangat penting? Ini antara manfaatnya:

โ€‹๐ŸŒŸ Meningkatkan Kesedaran: Memberi pendedahan mendalam kepada para pelajar tentang bahaya dan risiko kesihatan jangka panjang akibat rokok, v**e, dan dadah.

๐ŸŒŸ Memahami Akta 852: Pelajar bukan sahaja tahu bahaya, tetapi juga memahami implikasi undang-undang (Akta 852 - Kawalan Hasil Tembakau 2004) yang berkaitan.

๐ŸŒŸ Membudayakan Gaya Hidup Sihat: Menyemai semangat untuk memilih aktiviti fizikal dan pemakanan yang sihat demi kesejahteraan diri dan masa depan.

๐ŸŒŸ Mengukuhkan Peranan Warga Sekolah: Melibatkan pelajar, guru, dan ibu bapa dalam usaha membina persekitaran sekolah yang positif, selamat, dan bebas daripada pengaruh negatif.

๐ŸŒŸ Melahirkan Generasi Berilmu dan Bebas Dadah: Ini adalah pelaburan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI).

๐™ˆ๐™–๐™ง๐™ž ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™จ๐™–๐™ข๐™–-๐™จ๐™–๐™ข๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™ค๐™ ๐™ค๐™ฃ๐™œ ๐™ช๐™จ๐™–๐™๐™– ๐™ข๐™ช๐™ง๐™ฃ๐™ž ๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™Ÿ๐™–๐™™๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™œ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™๐™ž๐™™๐™ช๐™ฅ ๐™จ๐™ž๐™๐™–๐™ฉ ๐™จ๐™š๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž ๐™—๐™ช๐™™๐™–๐™ฎ๐™– ๐™๐™ž๐™™๐™ช๐™ฅ ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™–! ๐Ÿ’ช


โ€‹

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡, ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐“๐Žโ€™ ๐”๐๐€๐ ๐Ÿ‘Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas merakamkan setinggi-tinggi tahniah...
15/09/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡, ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐“๐Žโ€™ ๐”๐๐€๐ ๐Ÿ‘

Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga Klinik Kesihatan Toโ€™ Uban atas penerimaan tiga (3) QR Penghargaan daripada pesakit.

Penghargaan ini amat bermakna kerana ia hadir daripada mereka yang menerima sendiri perkhidmatan yang diberikan. Antara perkara yang dihargai ialah penerangan yang jelas dan penuh empati, layanan terbaik dengan maklumat yang tepat serta sikap baik dan profesional seluruh kakitangan.

Ucapan tahniah juga khusus buat ๐ƒ๐ซ ๐€๐ฌ๐ข๐ฅ๐š๐ก ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ง๐ฎ๐š๐ซ atas penghargaan yang diterima daripada pesakit atas layanan, penerangan dan nasihat yang diberikan.

Setiap kata penghargaan daripada pesakit merupakan satu suntikan semangat untuk kita terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang mesra, prihatin, profesional dan berorientasikan pesakit.

Terima kasih kepada seluruh warga Klinik Kesihatan Toโ€™ Uban atas komitmen dan dedikasi yang berterusan. Semoga budaya kerja cemerlang ini terus diperkasakan dan menjadi inspirasi kepada kita semua.

โ€œAnda Luar Biasa!โ€

๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข, ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—•๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Tanggal 16 September 1963 menjadi detik bersejarah apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung membentuk Malaysia.

Peristiwa bersejarah ini menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara yang terus melangkah maju dengan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air.

Selamat menyambut Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











Jangan lupa CME kita pada petang niโ€ผ๏ธTajuk: PROMOSI VALUE ADDED SERVICES (VAS) FARMASI & MYUBAT Tarikh: Selasa 15 Sept 2...
15/09/2026

Jangan lupa CME kita pada petang niโ€ผ๏ธ

Tajuk:
PROMOSI VALUE ADDED SERVICES (VAS) FARMASI & MYUBAT

Tarikh: Selasa 15 Sept 2026
Masa: 2.30 petang
Platform: Googlemeet
https://meet.google.com/bvo-xnft-gik

PRESENTER: Azma Nurhani, Pegawai Farmasi KK Rantau Panjang

Dijemput semua warga kerja KKM bersama dengan pusat perubatan swastauntuk menghadiri CME di atas secara atas talian.

*SIJIL DISEDIAKAN*

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

โ€œMembangun ilmu, Memperkukuh perkhidmatanโ€

Anjuran,
Jabatan Farmasi dengan kerjasama Unit CME/CPG Pusat Kelestarian Kualiti, PKD Pasir Mas

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ | ๐—›๐—”๐—ฃ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—˜๐——๐—˜๐—ฆ, ๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐ŸฆŸ๐ŸšซSempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita ...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ | ๐—›๐—”๐—ฃ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—˜๐——๐—˜๐—ฆ, ๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐ŸฆŸ๐Ÿšซ

Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan dengan menjaga kesihatan dan persekitaran demi komuniti yang lebih sihat dan selamat.

Denggi boleh dicegah. Jangan beri peluang kepada Aedes untuk membiak! ๐Ÿ’ช

๐Ÿชฃ Tutup bekas yang menyimpan air
๐Ÿ—‘๏ธ Buang barang terpakai yang boleh menakung air
๐Ÿงฝ Sental dan bersihkan bekas takungan air
๐Ÿ’ง Pastikan tiada air bertakung di sekitar rumah
๐Ÿ” Periksa kawasan rumah sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu

Pencegahan denggi memerlukan tindakan bersama. Pegawai kesihatan, pasukan vektor, COMBI, petugas klinik dan hospital serta masyarakat semuanya memainkan peranan penting dalam memutuskan rantaian penularan denggi.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™จ๐™ž๐™๐™–๐™ฉ ๐™—๐™š๐™ง๐™ข๐™ช๐™ก๐™– ๐™™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™–.
โค๏ธ ๐™ƒ๐™–๐™ฅ๐™ช๐™จ ๐˜ผ๐™š๐™™๐™š๐™จ, ๐˜พ๐™š๐™œ๐™–๐™ ๐˜ฟ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž!

๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– 2026 ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™‹๐™š๐™Ÿ๐™–๐™—๐™–๐™ฉ ๐™†๐™š๐™จ๐™ž๐™๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™–๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™‹๐™–๐™จ๐™ž๐™ง ๐™ˆ๐™–๐™จ.










JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI VIRTUAL CME PROMOSI VALUE ADDED SERVICES (VAS) FARMASI & MYUBAT Tarikh: Selasa 15 Sept 2026 Mas...
14/09/2026

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI VIRTUAL CME

PROMOSI VALUE ADDED SERVICES (VAS) FARMASI & MYUBAT

Tarikh: Selasa 15 Sept 2026
Masa: 2.30 petang
Platform: Googlemeet
https://meet.google.com/bvo-xnft-gik

PRESENTER: Azma Nurhani, Pegawai Farmasi KK Rantau Panjang

Dijemput semua warga kerja KKM bersama dengan pusat perubatan swastauntuk menghadiri CME di atas secara atas talian.

*SIJIL DISEDIAKAN*

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

โ€œMembangun ilmu, Memperkukuh perkhidmatanโ€

Anjuran,
Jabatan Farmasi dengan kerjasama Unit CME/CPG Pusat Kelestarian Kualiti, PKD Pasir Mas

๐ŸŽ—๏ธ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ | ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐€๐๐’๐„๐‘ ๐Š๐€๐๐€๐Š-๐Š๐€๐๐€๐Š ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐ŸŽ—๏ธSetiap anak berhak membesar, bermain, belajar dan mengejar i...
14/09/2026

๐ŸŽ—๏ธ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ | ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐€๐๐’๐„๐‘ ๐Š๐€๐๐€๐Š-๐Š๐€๐๐€๐Š ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐ŸŽ—๏ธ

Setiap anak berhak membesar, bermain, belajar dan mengejar impian mereka. Namun, bagi sebahagian kanak-kanak, perjalanan hidup mereka diuji dengan diagnosis kanser pada usia yang masih muda.

Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak Sedunia menjadi ruang untuk kita meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengenali tanda-tanda awal, mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sewajarnya serta memberikan sokongan berterusan kepada kanak-kanak yang sedang berjuang dan keluarga mereka.

Antara perubahan kesihatan yang wajar diberi perhatian termasuk sakit kepala berterusan terutama disertai muntah, perubahan penglihatan, lebam atau pendarahan luar biasa, sakit tulang atau bengkak berterusan, bengkak pada leher/ketiak/pangkal paha, kehilangan berat badan atau selera makan, demam berpanjangan tanpa sebab yang jelas serta keletihan melampau.

๐ŸŽ—๏ธ ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ๐š๐ง. ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐’๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐š๐ง. ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง.

Di sebalik setiap rawatan ada sebuah keluarga yang terus berharap. Di sebalik setiap senyuman ada seorang pejuang kecil yang luar biasa. Sama-sama kita hadir dengan ilmu, empati dan sokongan agar mereka tidak melalui perjalanan ini sendirian.

๐Ÿ’› ๐“๐จ๐ ๐ž๐ญ๐ก๐ž๐ซ ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐š ๐๐ซ๐ข๐ ๐ก๐ญ๐ž๐ซ ๐“๐จ๐ฆ๐จ๐ซ๐ซ๐จ๐ฐ
๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข, ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ž๐ฌ๐จ๐ค.







๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐๐€๐‘๐€๐…๐€๐ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐๐† (๐’๐“๐€๐‘ ๐‘๐€๐“๐ˆ๐๐†) ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐Œ๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Alhamdulillah, Audit ...
13/09/2026

๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐๐€๐‘๐€๐…๐€๐ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐๐† (๐’๐“๐€๐‘ ๐‘๐€๐“๐ˆ๐๐†) ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ
๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐’๐ˆ๐‘ ๐Œ๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, Audit Penarafan Bintang (Star Rating) Program Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas telah selesai dilaksanakan pada 13 September 2026, melibatkan penilaian merangkumi aspek tadbir urus, KPI, pengurusan fasiliti serta elemen-elemen penambahbaikan organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan auditor dari Pejabat Kesihatan Daerah Bachok yang telah melaksanakan pengauditan dengan penuh profesionalisme:

โญ Dr. Noorhidayu Monyaty binti Mohamed Noor
โญ Dr. Azilawati binti Dollah
โญ Dr. Norhasnizal binti Mohamed Yusof
โญ Dr. Azree bin Ali
โญ Dr. Nurain binti Abdullah
โญ Pn. Azliana binti Abdul Rashid
โญ Pn. Nor Hartini binti Abdul Halim
โญ Pn. Siti Norhafizah binti Mohamed Sudin

Terima kasih atas segala teguran, pandangan, perkongsian dan cadangan penambahbaikan yang diberikan sepanjang sesi audit. Setiap maklum balas yang diterima amat bermakna dan akan dijadikan ruang untuk kami terus memperbaiki kelemahan serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas khususnya semua pegawai dan anggota yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, yang telah bertungkus-lumus membuat persediaan dan memastikan segala keperluan Penarafan Bintang dapat disediakan sebaik mungkin. Segala masa, tenaga, komitmen dan kerjasama yang dicurahkan amat kami hargai. โค๏ธ

Audit bukan sekadar tentang sebuah penarafan, tetapi merupakan satu proses untuk kita menilai, belajar dan terus menjadi lebih baik. Semoga setiap teguran dan ruang penambahbaikan yang dikenal pasti menjadi pemangkin untuk kita terus memperbaiki serta memantapkan kualiti pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Terus melangkah bersama, memperkukuh kualiti dan membudayakan Kecemerlangan.

- ๐Š๐”๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐€๐Š๐’๐ˆ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ -

๐Ÿ’š SIHAT BERSAMA, KOMUNITI SEJAHTERA! ๐Ÿ’š๐Ÿ“… 12 September 2026 | Pondok Lubok TapahSempena Program Sambutan Maulidurrasul & M...
13/09/2026

๐Ÿ’š SIHAT BERSAMA, KOMUNITI SEJAHTERA! ๐Ÿ’š
๐Ÿ“… 12 September 2026 | Pondok Lubok Tapah

Sempena Program Sambutan Maulidurrasul & Merdeka, satu aktiviti Saringan Kesihatan dan Pemberian Vaksin Influenza telah dilaksanakan bagi mendekati komuniti serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan. ๐Ÿฉบ๐Ÿ’‰

โœจ Saringan Kesihatan โ€“ 37 orang
๐Ÿ‘ต Warga Emas: 25 orang
๐Ÿ‘ฉ Wanita Dewasa: 6 orang
๐Ÿ‘จ Lelaki Dewasa: 5 orang
๐Ÿง‘ Remaja: 1 orang

๐Ÿ’‰ Vaksin Influenza โ€“ 16 orang
๐Ÿ‘จ Lelaki: 9 orang
๐Ÿ‘ฉ Wanita: 7 orang

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang mengambil peluang untuk mengetahui status kesihatan serta melindungi diri daripada penyakit yang boleh dicegah. ๐ŸŒฟ

Semoga usaha mendekati masyarakat seperti ini terus diperkasakan demi melahirkan komuniti yang lebih sihat, lebih prihatin dan lebih sejahtera. ๐Ÿ’š

๐ŸŒŸ Sihat Itu Saya โ€“ Kesihatan Tanggungjawab Kita Bersama! ๐ŸŒŸ










*PROGRAM SARINGAN ENPHC ANJURAN KLINIK KESIHATAN MERANTI*TARIKH: 10 September 2026 | KhamisLOKASI: SK Gelang Mas dan SK ...
12/09/2026

*PROGRAM SARINGAN ENPHC ANJURAN KLINIK KESIHATAN MERANTI*

TARIKH: 10 September 2026 | Khamis
LOKASI: SK Gelang Mas dan SK Kedai Tanjong

Alhamdulillah, telah diadakan Program Saringan EnPHC di SK Gelang Mas dan SK Kedai Tanjong. Saringan ini khusus dijalankan kepada para guru dan staf sekolah. Seramai 50 orang guru dan staf dari kedua sekolah terbabit telah menjalani saringan yang melibatkan pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah dan BMI. Beberapa orang guru telah dikenalpasti memerlukan pemeriksaan lanjut dan diberikan temujanji susulan di Klinik Kesihatan Meranti.

Program saringan ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengesanan awal kepada penyakit NCD iaitu diabetes mellitus, hypertension, hyperlipidaemia dan obesity.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SK Gelang Mas dan SK Kedai Tanjong serta staff yang terlibat atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan program saringan ini.






Address

Jalan Hospital Lati
Pasir Mas
17000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas:

Shortcuts

Share